Monday, June 3, 2013

Semakpon oh semakpon!

Sudah empat hari semakpon (smartphone) saya rosak. Punca rosak tak pasti. Sebab pagi Jumaat pukul 6.00 saya tutup alarm ok lagi screennya. Dalam kereta bila nak touch dah tak boleh. Dah keras kejung. Apa pun tak boleh! Mungkin juga terkena segugus kunci rumah masa saya campak dalam handbag kot.

Sudahnya saya gunakan telefon yang kecik comel ni. Nokia 2330 classic! Serius mula-mula macam terkial-kial juga, ye lah sebab dah lama tak guna. Paling geram bila nak unlocked keypad, tekan banyak-banyak kali pun  tak jadi juga. Lepas tu, semua nombor tak save. Satu nombor pun tak ada. Paling geram ramai pulak yang duk call time telefon rosak ni. Sudahnya setiap orang yang call saya tanya siapa ni? 


pic from : www.GSMArena.com

Mr. papa kata 

"Mama memang sesuai pakai nokia ni, sebab malas charge telefonkan? Telefon ni kalau pakai lima hari pun bateri ada lagi 2 bar! "


Arghhhh!. Saje Mr. papa ni. Tapi memang betul pun kata-kata dia tu. Sebab saya memang malas nak charge telefon. Balik rumah kalau telefon takde bateri pun biar je. nanti Mr. papa tolong chargekan. kalau dia pun terlupa, so esok pagi dalam kete baru charge. hikhikhik

Tambah Mr. papa lagi

"mama, telefon ni orang tekan dengan sebelah tangan jelah. Tak payahlah guna dua tangan. Lagi satu, tak payah tekan kat atas tu, takde button untuk nak switch off ke apa, nanti dia padam sendiri!"

Arrrggghhh!!! terus termalu, sebab dah terbiasa dengan semakpon yang dulu tu. teruslah perasaan nak beli semakpon membuak-buak! Sekarang ni tengah berkira-kira nak beli semakpon baru ke tak. Nak repair kan kena 2-3 ratus, baik beli baru terus.  Mmmmm, harap adalah yang sudi nak hadiahkan telefon ni. Amin.. kalau nak keluarkan duit sendiri kena buat kira-kira dulu, sebab saya memang kedekut bab keluarkan duit beli telefon ni. Mr. papa tolongggggggg!!!! Bolehlah...bolehlah.. Belikan sebagai hadiah lepas bersalin, tak pun sebagai hadiah sebab berat saya dah kembali pada berat asal sebelum mengandungkan Sofea.. aci gitu??? ^______________^ (Macamlah Mr. papa baca blog wife dia ni!)

Tetapi, dalam hati tetap ada keinginan untuk beli semakpon baru dan pilihannya sudah pasti HTC jugak. Sekarang tengah fikir nak yang mana sama ada HTC Butterfly atau HTC One. Yang mana satu ya?

Psstt: Walau secanggih mana pun telefon, telefon nokia model lama macam saya guna sekarang ini memang terbaik!  Walaupun kadang-kadang orang duk jeling-jeling bila saya keluarkan telefon ni dari bag! arggghhhh!!!!!

4 comments:

  1. uhuk, memang semak pon! kak lebih suka hp yang jenis2 lama tu, jatuh empatplohempat kali pun, tetap smart! hik3...bila dh canggih sgt, mula la terkial2 mcm jakun giler! (kak la tu..hik3)...apa lagi, mr papa, hadiah lepas bersalin, apa lagi! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak diey, bab jatuh empatpuluhempat kalipun tetap smart mmg setuju sgt! hehehehehehe.. insyaallah tgh survey ni :)

      Delete
  2. Hehe....request..jgn tak request ye

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...