Thursday, July 11, 2013

Bazar ke Bazir???

Bila tiba sahaja bulan Ramadan, wujudlah Bazar Ramadan. Seakan sinonim gitu.  Bazar Ramadan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka. Ada pebagai jenis makanan, kuih muih yang enak-enak, air yang pelbagai color dan sebagainya.  

Dulu-dulu saya suka juga ke Bazar Ramadan. Memang penuh tanganlah bawa. Tapi 3-4 tahun kebelakangan ini, kami tidak gemar berkunjung Bazar Ramadan. Bukan apa, bila ke sana memang macam-macam beli. Tengok semua sedap. Semua nak beli! Hasilnya tidak ubah seperti gambar di bawah. 





Source: FB

Kalau dapat makanan yang sedap tu oklah. Tapi kalau asyik mendukacitakan, memang boleh sakit hati di samping frust menonggeng!   Huhuhuhuhu.. So tahun ini, sebolehnya kami nak elakkan untuk singgah di Bazar Ramadan. Insyaallah. 

Pesan Mama: Membazir amalan syaitan! Peace!!!


13 comments:

  1. kalau makan yg x sedappp mmg bazir jer huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Masya..rasa nak ngamuk, nak nangis semua ada. nak selamat amsak sendiri..walaupun hanya ikan goreng sambal belacan tapi nikmatnya hanya Tuhan saja yang tahu. hehehehehe

      Delete
  2. masak sendiri lagi sedap kannn....bak mai udang sambal pedas kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya setuju...udang pedas kena minta ngan zarin..tiap-tiap hari tau nak udang pedas.. hinggakan daku yang masak ni pun naik muak tengok. hahahah

      Delete
  3. aida pn dah serik jugak pegi Bazaar semalam..dah la tak sedap mahall plk tu!haih!!hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal tu sudah semestinya.. eg Aida dah pergiya.. so far kami masih bertahan. :)

      Delete
  4. betul..setuju!

    kami laki bini hari pertama semalam dah ke bazar tp tak membazir..alhamdulilah

    tapi tetap nak kena start masak jugak nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah. bagus sgtlah Wina dapat tahan diri dari beli macam-macam. kalau saya semua nampak sedap dan nak beli. sudahnya tong sampah yang makan.

      masak sendiri walaupun simple tapi puas makan :)

      Delete
  5. setuju tu sis..
    mmg akan beli mcm2 bila ke Bazar Ramadhan...
    skrg ni klu akak ke bazar ramadhan akak bawa duit sikit..so, tak boleh lah nk beli mcm2 sbb duit terhad...hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..good idea... duit sikit beli pun sikit lah dak??? bagus-bagus.. Tapi saya ni selalu pergi dengan suami..so kalau duit tak cukup dia yang bayarkan. aduiii..

      Delete
  6. g bazar..smua nmpk sedap..huhuhu..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...