Monday, July 15, 2013

Eh, dah tumbuh gigi

Kejap je masa berlalu. Sedar tak sedar Sofea dah pun tumbuh gigi. patutlah sebelum ni asyik meragam je. Suka menggigit, meleleh air liur dan badan pun dedar juga. Rupanya dah tumbuh gigi. Sebelum ni tengok gusi dia memang dah bengkak dan nampak putih dua. Tapi tak tumbuh lagi. Hari sabtu haritu tengok-tengok dah tumbuh sebatang, gigi bawah belah kanan. 

Sama macam Zarin dulu juga, cepat tumbuh gigi. Tapi jalan masa umur setahun. Orang kata kalau cepat gigi lambat kaki.  Tataulah betul ke tak. Just wait and see jelah. Lagi satu setiap perkembangan budak ni tak sama. Yang tu kena ingat! 

gigi mahal, tak boleh tengok!


Bila cakap kat dia 

"Sofea, buka mulut, mama nak tengok gigi"

Haaaa, kemah keming dia tutup. Tak bagi kerjasama langsung. Tapi kalau duk agah dia bagi dia gelak nampaklah gigi sebatang tu baru naik. Orang kata baby nak tumbuh gigi ni sakit tau. Patutlah Sofea asyik merap dan kalau kat nursery minggu lepas teacher dia kata 

"Sofea perangai sikit hari ni, tak boleh nak letak langsung. kalau letak dia nangis" 

Hadoiii nak oiii. Janganlah buat perangai lagu tu. 

Pesan mama : Nampaknya Sofea beraya dengan gigi sebatanglah tahun ni. Dan jangan duk mengigit mama naaaa!

13 comments:

  1. alololo..comelnya budak yang dah tumbuh gigi ni..tak bagi tengok gigi pulak tu..hihihi..Ntah la..Aida pon penah jugak dengar kalo tumbuh gigi dulu lambat sikit jalan..tp tak tahu lah betul ke tak..Mcm Aqil dulu gigi dapat 14 bulan..Tp jalan dalam 10-11 bulan cam tu..Yang Medina ni nanti tak tau camana plk..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aida, orang kata mcm tu la.. xpe nanti kita tgk medina pula macam mana. So gfar sofea kalau gigi sama je macam abang dia. tapi meniarap dia lagi cepat.

      Delete
  2. Replies
    1. amoi kampung dusun. eh tetiba :P

      amoi celup ni

      Delete
  3. ehhhhh geram la dgn rambut amoiiii ni!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb, baru teringat mungkin sebab masa awal2 pregnant dulu daku suka makan spagheti kot. tu yang rambut lagu tu ;)

      Delete
  4. mcm anak korea la sofea ni..gigit sikit boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng k-pop "nobody nobody but you!"

      boleh, best juga kalau dapat jumpa dengan triple H ni :)

      Delete
  5. dah tumbuh gigi yer...comel!!!

    ReplyDelete
  6. aloloalo..comelll nya dia.. geram nengok...
    Anak sy dulu cepat tumbuh gigi..dlm 5 bulan lbh dah bergigi...jalan nya lmbt skit, 1 thn 2bulan br berjalan/lari...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, agaknya betulla orang duk kata tu atie.. cepat gigi lambat kaki. :)

      Delete
  7. Raya ada gigi baru bkn stakat baju jek baru.. kiki. Ank sy yg prtama jalan setahun gigi 1.3 tahun. Both lambat. yg sulung ni bjalan slo2 dah 10m. Gigi hanya banyangan jek. X nk gg tu klua..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...