Friday, July 12, 2013

Jadual Mengepam Susu

Memasuki Bulan Ramadan jadual mengepam susu di ofis pun sudah bertukar, tetapi masih lagi 3 kali sehari. Sebelum ini saya mengepam pada jam 10.00 pagi, 1.00 tengahari dan 4 petang.  Tapi sekarang jadual berubah kepada 8.30 pagi, 12.00 tengah hari dan 2.30 petang.  Sebab bertukar jadual saya pun tak pasti, mungkin sebab kita bersahur dan makan awal, jadinya cik B cepat penuh awal tu. Jadi saya pun kenalah tukar rutin. 

Walaupun berpuasa, alhamdulilah pengeluaran susu masih seperti biasa. Syukur pada Allah kerana memurahkan rezeki untuk Sofea. Kebiasaanya untuk sesi I saya akan dapat antara 14-17 oz. Sesi II dan III saya akan dapat antara 4-6 oz. Kesemuanya double pumping. Purata sehari saya berjaya kumpul antara 23-25 oz. Setiap kali mengepam saya mengambil masa antara 15-20 minit. 


Kebiasannya sesi I saya akan guna botol avent yang besar ni. Sesi II dan III saya akan gunakan botol yang 5 oz. Inilah rupa susu yang telah saya asingkan untuk Sofea sekali minum siap-siap. Biasanya saya akan isikan antara 4-5 oz.  Dalam sehari (sepanjang di nursery) Sofea akan minum 4-5 botol. Ikut keadaan. kadang-kadang ada juga sampai 6 botol.

bekas bumble bee pujaan hati

Tapikan, kadang-kadang saya skip juga jadualnya. Kalau sibuk dan datang penyakit malas saya hanya pam 2 kali sahaja. Itupun kalau dah bengkak. Oh.oh..oh.. Jangan tiru perangai tak senonoh saya ni tau. Bukan apa, kalau malas kosongkan breast, maka sikitlah hasilnya nanti. huhuhuhuhu.. penyakit M, sila pergi main jauh-jauh ok! Jangan nak bermanja-manja tak ketahuan dengan saya pulak!

Setiap minggu saya akan bawa susu Sofea mengikut keperluannya. Contohnya, hari Isnin saya akan bekalkan 6 botol. 4 chilled EBM dan 2 Frozen EBM. Saya akan labelkan siap-siap nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6. Jadi teachernya akan mengikut nombor yang telah saya labelkan. Biasanya saya akan letak no 2. dan no. 4 untuk Frozen EBM.


Cik Pea baru bangun tido. Bau busyuk masyam bangun tido dia tu sangat best untuk digomol ok!  


Hari Selasa hingga Khamis saya akan bekalkan 4 Chilled EBM dan 1 Frozen EBM mengikut permintaannya. Kadang-kadang saya bagi semua yang Chilled EBM. Eh faham ke ni??? haaaa..lebih kurang gitulah. kalau tak faham buat-buat faham ajelah :P

Alhamdulilah, sepanjang berpuasa (3 hari ni)  bekalan susu untuk Sofea masih seperti biasa. Diharap rezeki untuk Sofea pada hari-hari akan datang akan sentiasa Murah. Amin-amin amin! Tapikan, setiap kali selesai mengepam mulalah perut jadi lapar. Kalau dah masuk sesi III tu mulalah rasa macam ada bintang bulan kat atas kepala ni, lutut pun gigil sikit-sikit. eheheheheeheheheheeh 

Pesan Mama: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Kita hanya berusaha, selebihnya hanya dengan izin Allah.  

8 comments:

  1. semangat ku nak mengepam lepas nie..lama dah tak melalui sesi ini :)

    ReplyDelete
  2. Wah...banyaknya hasil tenusu. Saya paling byk bawa balik 15-20 oz.

    ADa amalkan apa2 petua ker?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki cik pea ni...

    ReplyDelete
  4. suka sgt tgk susu byk2...
    rezeki ank

    ReplyDelete
  5. Banyaknya Susu Ida..hihihi..Ikut keperluan Sofea jugak kan..Aida mmg tak bnyak sangat susu tapi Alhamdulillah masih cukup untuk Medina..Cik pea bam bam harus minum susu banyak..medina kurus skit dari Cik pea, minum pn sikit..hihhi..(sikit-sikit pn,jenuh nak cukupkan..hihihi)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah amsih ada rezeki utk si comel sofia ni.. moga Allah Permudahkan segala urusan di bulan Ramadhan ni:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dengan rezeki Allah pada bulan Ramadhan ni :-)

    ReplyDelete
  8. huihh dasat...tk penah lg sekali pam dapat sampai banyak gituu....paling kuat pun 11 oz...rezeki masing2 kan ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...