Tuesday, July 16, 2013

Kaki suka berjalan

Entri jalan-jalan sebelum puasa dan shopping pre raya!

Hari minggu sememangnya akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan cari makan. Walaupun Mr. papa kerja 7 hari seminggu, sebelah petang pasti bawa mereka keluar. Kalau tidak macam-macam aksi dan dramalah budak dua orang ni. Jadinya 7 Julai kami pun pergilah berjalan dengan tujuan untuk cari baju raya juga. Sana sini sale, wajiblah terjah sekupang!


Mama dan Sofea posing sikit

Paginya, kami ke One Utama dahulu. Cari-cari barang, pilih-pilih, bayar-bayar, makan-makan, jalan-jalan. Tapi kali ini agak frust sebab tak banyak pilihan. Mungkin orang dah start shopping raya awal lagi dari kami kot.  Jadi taklah sakan sangat membeli, adalah sikit-sikit. Zarin pula sampai saja terus cakap

Zarin : Mama, abang nak mainan!

Mama : Hari ni tak boleh beli mainan. Kita nak beli baju raya je tau!

Zarin : Satu je mama

Mama : Tak boleh! (cakap slow-slow tapi dengan penegasan)

Zarin : Mama ni semua tak boleh. Abang nak satu je.

Mama : Semalam kan dah beli mainan. Mainan tak boleh beli selalu. Kalau beli mainan tak boleh beli baju raya. Nanti raya abang pakai mainan tu.

Zarin : Mainan mana boleh pakai. Mainan untuk main je. Apelah mama ni. Itu pun tak tahu.

Mama: Haaa, tau pun. kalau asyik beli mainan habislah duit mama.

Zarin: Duit habis mama pergilah bank. Kat bank kan banyak duit. Tekan-tekan keluarlah duit. 

hahahahahhahahaha.. pitam dengan ayat last Zarin tu. Kat bank memang ada banyak duit, tapi duit orang, bukan duit mama! tet!!!!

Tapi alhamdulilah, dia faham. Dan hari itu tiada mainan dibelikan. YES! Lepas dah puas jalan-jalan kat OU, Fikir punya fikir Mr. Papa ajak ke Lot 10, seterusnya ke Pavillion.

Zarin dan Sofea yang baik

Waktu itu, jam baru pukul 2 petang. So saya pun ok saja. Kali ini Mr. papa ajak naik train, kesian Zarin sebab dah lama dia nak naik 'ketapi'.  Selepas singgah sembahyang zohor di masjid TTDI, kami bergerak ke brickfields, parking kereta kat situ, kemudian naik monorail ke Lot 10. Sekali sekala penuhi permintaan anak, Seronok Zarin dapat naik ketapi.

Sampai di Lot 10, terus lah cari barang lagi. Kemudian terus ke Pavilion cari barang lagi. Tapi mendukacitakan juga sebab banyak yang tak ada size. Tapi adala juga beli sikit-skit.  Hari pun dah beransur petang, Lebih kurang pukul 4.30 kami pun balik. Kali ini sedikit mencabar naik train sebab orang ramai.

Bila dah sampai ke kereta, Zarin nak makan ais kacang dan main kat taman. So kami pun singgah pula makan ais kacang dan air kelapa, kemudian bawa Zarin ke Publika. Kat situ ada taman dan dekat dengan rumah. Memang dia suka main kat taman situ pun.

ice cream.. nyum-nyum!

Sementara Zarin main kat taman, saya sempatlah jengah-jengah apa yang patut. Jalan-jalan terpandang Fittflop ada sales up to 30%. Jadi sempatlah saya cuba-cuba. berkira-kira nak beli ke tak, nak beli ke tak! Sudahnya tak beli pung! Pakai ajelah yang dah ada tu. Kena pastikan antara keperluan dan kehendak! ^______________^

Hikhikhik.. 

Bila dah pukul 6, terus ajak Zarin balik. Lain kali kita datang main kat taman lagi sebab mama belum sembahyang Asar. hahahahhahahahaha, opppsssss!!. Sebelum balik singgah beli barang dapur kat BIG kejap. Siap Zarin pow mama beli asi krim bentuk paw! Dahlah mahal sebatang RM8.90. Sticky gelato kot nama kiosk dia. Dah lupa dah. Tapi sedap!

lepas beli barang dapur teruslah balik. Kami dalam satu hari boleh pergi banyak-banyak shopping kompleks. Nasib baik mood Sofea hari itu ok-ok saja. Haaa, satu famili dasar kaki suka berjalankan.

Eh, kawan-kawan dah habis shoping raya? Saya baju raya pun tak ada lagi ni. Untuk anak-anak baru beli sikit-sikit. Tunggu weekend ajalah. Kalau tak ada choice juga, pakai ajelah mana yang ada ye anak-anak! hikhikhikhik  Harap kaki kuat untuk berjalan bulan puasa ni. Kalau lepas berbuka memang tak dapat pergilah. Mr. Papa nak terawih.

Pesan Mama : Jalan-jalan cari makan. Sudah makan hati riang. Dapat beli barang-barang!


12 comments:

  1. ku dah setel semua..almaklum tak bleh berjalan sakan kali nie..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya..paham2.. hikhik..

      semoga dipermudahkan ya :)

      Delete
  2. hebatlah ida...blh pegi 2-3 shopping mall sehari dgn 2 anak kecik...naik lrt lagi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi wina.. kami mmg suka berjalan pun. pernah juga pergi, klcc, ou, mid. dalam satu hari.. anak-anak biasanya ok, cuma mak dia juga kadang x ok :P

      Delete
  3. hihihi...jalan sungguh naa..takpe yang penting keperluan anak2 yang di utamakan..aida pon baru nak mencari baju2 raya budak2 ni..klo bju kurung n bju melayu dah siap dah..tinggal nak membayor je...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida, baju kurung untuk mama pun xde lagi ni.. sobsob..

      itulah..keperluan anak2 diutamakan, mak bapak tunggu dulu. hahahahaha.. tapi nak juga nampak gojes di hari raya :P

      Delete
  4. cuba cek tgk kat tapak kaki tu..ado taik lalat dok? ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada pun kak. balik ni kena check kaki anak2 pulak. sekarang ni Cik pea pun kalau g jalan diam je. masuk kete terus tdo.. kalau kat rumah puas berdodoi baru tido. hihihihihihih

      Delete
  5. jalan sakan...sy x bole plak kali ni...baby kcik kali ni...x brapa nak bejln...pgi soping pun dah rupa lipas kudung...huk3....

    ReplyDelete
  6. Unyung ada husben layah sopibg 3 4 tmpat sehari... rasa mcn pnjang jek masa awk eh.. kita klu p 1 tmpt pun rasa x smpt pusing habis dh kena balik..kiki

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...