Wednesday, July 31, 2013

Mari mengookies


Perkiraan saya tahun ini rasa nak pencen dari buat kuih raya (kekangan masa) eceh, alasan tak boleh terima dek akal :P. Namun apabila abang Zarin asyiklah duk tanya

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"


Tak ubah macam burung kakak tua, tak pun macam talking tom tu, duk ulang-ulang hingga mama pun jadi pening. So untuk tidak menghampakan permintaannya, jadi gagahkan diri untuk buat cookies ni. 



Special untuk abang zarin. Sanggup tunggu mama wat kuih sambil tengok ipad, menulis dan mewarna. Ok juga, adalah teman berbicara dari sunyi sorang-sorang kan.

Kawan-kawan dah ada kuih raya? buat sendiri ke atau kuih tunjuk-tunjuk??? hehehehehehehe

Pesan Mama: Oh, tahun ni tak dapat nak ambil tempahan. Tahun depan insyaallah. Bila orang tanya tak buat cookies ke tahun ni, Da? Jawapan saya : Ada anak kecik tak sempat, Duk gotel sofea ja. hahahahahahaha

3 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...