Tuesday, July 23, 2013

Persiapan raya yang masih berlubang-lubang

Sudah 14 hari kita berpuasa. Macam mana puasa kawan-kawan? dah tinggal? ke masih penuh? saya so far masih penuh, harap-harap memang penuhlah tahun ni. Orang BF kan, biasanya lambat cik P datang. Cik P, please jangan datang naa. Tak larat mak nak ganti puasa nanti :P

Macam mana dengan persiapan raya? dah settle? ke masih lagi berlubang sana sini.  Persiapan raya kami anak beranak masih lagi berlubang-lubang. hahahahahahahaha.  Masih banyak masa, insyaallah. Untuk anak-anak adalah sikit-sikit yang tak cukup. Rasanya untuk abang Zarin dah ok, kecuali songkok. Untuk Sofea masih ada yang perlu dicari, kasut pun tak ada lagi.  Rasanya nak jugak beli kasut yang comel-comel untuk dia. 

Setiap tahun tayang kasutkan? haaaa, ni kasut raya abang Zarin tahun ni. Merah putih ko! Nasib baik tak ada gambar tengkorak. Abang Zarin panggil kasut harimau, sebab ada lambang harimau kat dalam kot. Beli semasa famili saya datang dulu, jalan-jalan kat KLCC, kebetulan ED Hardy ada sale, dah sepupunya beli dia pun naklah. Nasib baik ada yang berkenan. Oklah kan. Yang penting ada MERAH! memang Abang Zarin pencinta merah. 



Sebenarnya kasut ni pun dah siap pakai 2-3 kali. Setiap tahun macam tu. ahahahahahahaha. Tahun ni tak payah beli sandal crocs lagi, sebab bulan 4 hari tu Mr. papa dah beli crocs beach line shoes masa kat Phuket. Pakai ajalah yang mana ada. 

Untuk Cik Pea ingat nak cari kasut macam ni. Macam comel+klassic gitu. Tapi pergi mothercare tak ada pula. sob-sob. 

Mama dan papa pula? Oh, masih banyakkkkkkk yang tak lengkap. Mama banyaaaaakkkk lagi benda yang tak beli. Oh sangat cerewet kali ini. Tapi itulah, berazam untuk bersederhana sahaja. Kalau tak jumpa idaman hati, pakai ajelah mana yang ada. Anak-anak didahulukan. tet!

Pesan Mama : Seronok tengok anak pakai cantik-cantik, hensem dan kemas. Ingat jangan membazir! Bersederhanalah!  ^_________^

4 comments:

  1. Samalah..aida pon tahun ni persiapan utk diri sendri mmg takde sangat..Baju kurung tu je la yang wajib..nama nak cari jeans ke casual wear tuk diri sendri mmg takde..untuk anak2..InsyaALLAH Jumaat ni baru shopping sakan..hihihi..Kasut Sofea tu comel!!tp tula nak cari yg mcm tu mmg susah..hari tu pn aida pg Mothercare pon takde kasut yg berkenan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Saya anak2 sudah ready cumanya kasut kot kena tambah. Mama nak beli tudung je lagi pun. Abah mama tak ambik port sebab dia cerewet...ahahaaaa...

    ReplyDelete
  3. hikihki..tk po tk po..tenang deh..kito g satu satu..insya-Allah....

    ReplyDelete
  4. Yup bersederhana dah cukup dah kan :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...