Tuesday, July 30, 2013

solid food

Sofea sudah pun berusia enam bulan.  Jadi sudah tiba masanya untuk saya perkenalkan solid food untuknya.  Sedikit sebanyak buat research pasal solid food ni.  Ada yang kata perkenalkan puri buah dulu,  kemudian bijirin,  selepas itu sayur.  Ada juga yang tulis bijirin dulu,  sayur dan last sekali buah. 

Mmmm.. Akhirnya saya memilih untuk memberi bubur nasi kosong dahulu. Alhamdulilah Sofea suka makan bubur nasi kosong ni. makan pun taklah banyak, dalam 4-5 sudu gitu. Oklahkan, permulaan. Bila dah hampir seminggu makan bubur nasi, saya buat pula puri apple, kemudian puri pear. Tapi kedua-duanya di reject. Sob-sob. Berpatah balik pada bubur nasi. Oh laju dia makan. Nampak gayanya memang Sofea ni perut Melayu, suka makan nasi. ahahhahahaahahaha




Semalam dah beli baby carrot, ingat nak buat puri carrot, tapi masih belum berkesempatan. heheheheeheh. Weekend ni la. Pernah terbaca yang kena ajarkan satu-satu makanan dalam beberapa hari, lihat sama ada alergik ke tak.  Serius saya sangat suka sediakan makanan untuk anak ni. Zarin dulu memang sepenuhnya home made food, harap Sofea pun begitu juga. insyaallah.  

4 comments:

  1. Makin bam bam la kamu lepas ni Sofea :)

    ReplyDelete
  2. Semangat betul sofea...geram tgk! :)

    ReplyDelete
  3. comey nye sofea.. dah macam umur 1 tahun.. :-)) banyak minum susu ni. tahniah mak nye

    ReplyDelete
  4. Aida pon mcm Ida jugak..memula try Apple, lps tu Pear skrg ni tgh bagi mkn carrot..semuanya dia bedal..except for carrot..slow sikitla makannya..maybe tak sesedap apple n pear..hihihi...Btw,lepas ni confirm cik pea kita semangat lagi badannya..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...