Thursday, July 11, 2013

terbabas sahur

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! 

Nangis ok!  Baru dua hari berpuasa kami dah terbabas sahur! Bila tersedar tadi jam dah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Terus saya kejutkan Mr. papa..

Saya : Pa, bangun.. dah kul 6.15..tak dan sahur!

Mr. Papa: (Bangun sambil tenyeh mata). Silap kot jam tu..(sambil renung lama-lama jam)

Saya: Betullah kul 6.15 tu. uwaaaa..nak sahur! nak sahur! sambil wat muka sebek

Mr. papa: Tak boleh dah (sambil baring balik)..

Saya: Eh dah 6.15 la..bangun siap pi keje. Jangan sambung tidur!

Malam tadi Sofea sedikit tak nyenyak tidur. Asyik terjaga dan kami pun sama-samalah berjaga. Tu yang bila dia nyenyak kami pun nyenyak sama hingga terbabas sahur! Tambahan pula, pagi tadi hujan lebat. Semakin syok mengerekok dalam selimut. kihkihkih..Apa nak dikata!



Oh, Cik Pea yang tembam. Jangan risau, susu ada untuk kamu nak. 


Sedih tau. Sebelum ni kalau tak sahur tak kisah sangat. Tapi bila kita tengah menyusu anak ni, mula terfikir macam-macam. Lebih-lebih lagi orang menyusu ni kerap lapar! Risau juga memikirkan susu nanti. Tapi alhamdulilah, walaupun tak sahur hasil mengepam sehingga jam ini maintain macam biasa. Syukur alhamdulilah. 

Cuma yang tak berapa nak maintain, sayalah. Pagi-pagi perut dah nyanyi lagu apo kono jang! Siap buat rapping sekali. huhuhuhuhuhuhu ... Ni pun rasa macam gigil kepala lutut. makin kuat pulak rappingnya.. Oh badanku yang sihat dan kuat, sila bertahan hingga ke petang ya. ^______________^

Pesan mama: Lepas ni kena beli jam loceng yang kuat bunyinya. Handfon-handfon tak jalan dah! Muahahahahahahaha



3 comments:

  1. Adoiyaiii..aida pon kalau tak sahur,tak tau lah mampu puasa ke tak?sebab,hr ni puasa dan bersahur pon rasa nak pitam,apatah lagi klo xsahur..semoga Ida mampu bertahan!!Cik pea tuu..comellnyaa..rasa mcm nk gomol!!hihihi

    ReplyDelete
  2. sama la...sbb bf bby kan...klau x sahur...mcm2 pikir la dlm kepala ni...
    rambut dia...'semangat'...!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...