Thursday, July 4, 2013

Wak Lan Bayu Malam, Bagan Lalang


Dah lama tak menikmati ikan bakar. Last makan masa pilihan raya hari tu di kedah. Tapi tak menyengat ikan bakarnya, biasa-biasa sahaja. Semasa famili saya datang minggu lepas, mereka ingin ke Nilai, sebab ramai yang kata barangnya murah-murah. Serius kami memang tidak pernah ke Nilai. Jadi bila mereka nak pergi, kami ikutkan sahaja., yelah pemandu pelancong kekdahnya! hahahahahahaha..

Sampai di Nilai, saya, Mr. papa dan Sofea tak turun pun. Sampai pun dah hampir pukul 5 petang. Mereka sahaja yang turun, kami menunggu di kereta, tambahan pula Sofea tidur. Hampir 45 minit di sana, kami pun terus ke destinasi seterusnya iaitu Bagan Lalang untuk menikmati ikan bakar. 

Sebenarnya abang ipar saya yang teringin nak makan ikan bakar. Mula-mula ingat nak makan kat Melaka, tapi bila fikir-fikir balik rasa tak berbaloi nak pergi Melaka semata-mata nak menikmati ikan bakar. Jadi kami pun ke Bagan Lalang. Oh ya, ini merupakan kali pertama kami makan di Bagan Lalang. 

Pada mulanya kami singgah di restoren HM kot nama dia. Tapi masa sampai tu, penuh sebab bank muamalat (kalau tak silap) ada buat annual dinner ke family day, gitulah. Jadi memang fullhouse! Jadi kami ke kedai lain iaitu Wak Lan Bayu Malam.

Sampai, sampai terus pilih seafood, semuanya nampak fresh. Dah inilah hasil tangkapan pada hari tersebut. 


Sotong goreng tepung, kerapu bakar kering (garam+kunyit) siakap stim halia, ketam, pepahat, kepah, dan sayur+tomyam. Saya suka sotong goreng tepung di sini sebab rangup, taklah macam sesetengah restoren, rupa sotong goreng tepung dah macam jeput (cekodok). 



Alhamdulilah, semua menu yang dipilih memang menepati citarasa. Sedap sedap sedap! Wah dah kecur liur rasa ni. Mesti kena repeat lagi, lagi dan lagi! Tapi itulah, kalau makan ikan bakar kena ramai-ramai baru best dan happening. Kalau setakat kami empat beranak, macam tak meriah sangatlah. Apa yang penting, tak sesia kami datang untuk makan di sini, servis yang cepat, makanan pun sedap dan yang paling penting harga pun berpatutan. Memang disyorkan :) (Tak apa bayar mahal kalau makanan sedapkan?)

Pesan Mama:  Bila tiba di Bagan Lalang, terus terasa nak check in kat Golden Palm Tree tu. ehehehehehehehe.. Insyaallah.. tunggu kami datang ya! ^_________^

8 comments:

  1. alahai...alahai pagi² dah terliur!

    insyallah pegi gold coast nanti nak makan ikan bakar gakk!

    ReplyDelete
  2. akak penah sekali je ke Bagan Lalang tu pun 7 thn lepas.

    ReplyDelete
  3. yela..ramai kata kat situ mmg sedap..
    saya je x sampai lg..jauhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Sdpkan.dulu g bagan lalang fam day hubby nye kompeni

    Wah.bile nk g palm tree.nk itot!

    ReplyDelete
  5. terliurrrrrrrrrrrr...sedapnye..

    ReplyDelete
  6. Sdpnya....makin berselera bila mkn ramai2... Dah lama sgt x kesana...

    ReplyDelete
  7. hihihi..mode bercuti macam terus memanggil-manggil kan...tengok makanan tu pun rasa cam best..apatah lagi kalau sedap, mmg tak rugi kalao byr mahal pon ..hihihi

    ReplyDelete
  8. Kdi mkn ni mmg harga berpatutan n rase ok,cume time kami prgi angin kuat bangat,rase kedai bhgn khemah mcm nk terbang...
    If nk stay sepang gold best time time weekday..weekend & peak season rege menangis sket...tp servis mmg top!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...