Saturday, August 10, 2013

balik kampung

kali ini sangat teruja untuk balik kampung.. bukan apa sebab kali pertama beraya di Terengganu setelah berkahwin.. bayangkan,  dah berapa lama saya tak beraya di kampung tempat bermain dan membesar.. huhuhuhu

petang isnin kami bertolak ke terengganu.  alhamdulillah jalan clear dan lebih kurang pukul 8 malam kami sampai..  tapi sadis sikit masa berbuka sebab singgah di petronas nak beli air/roti,  tapi DITUTUP untuk memberi laluan kepada staf di situ berbuka puasa.. sudahnya share air milo kotak zarin sambil minum air masak...

kemudian kami singgah di bazar Ramadan, memandangkan dah lepas waktu berbuka,  kakak penjual tu bungkuskan pelbagai kuih kepada kami dan semuanya PERCUMA... alhamdulilah.. rezeki kami dan Masyaallah baiknya kakak penjual tu.. terima kasih akak.. saya doakan perniagaan kuih akak bertambah maju.. amin...

setibanya di kampung halaman,  terus makan nasi,  tak lupa kuih muih tradisi terengganu,  keropok lekor,  satar,  tok aji serebang, pulut lepa... nyummmm....

pesan mama: baru nak update pelbagai cerita.. kat kampung intenet slow walaupun 4G LTE.. Tet!!

1 comment:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...