Tuesday, August 27, 2013

Indahnya beraya di desa

Masih lagi dalam mood raya kan. Hari raya tahun ini saya sekeluarga beraya di Terengganu. Oh ya, untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya berasal dari Terengganu. Tapi Family saya dah lama berpindah ke Kedah. Dan Mr. papa pula memang Kedah tulen. 

Sebenarnya saya langsung tak pernah menyambut hari raya di Terengganu semenjak berkahwin. Jadi tahun ini, kami semua sepakat untuk beraya di kampung. Di Terengganu masih ramai lagi saudara mara yang ada, termasuk atuk saya. Jadi saya kongsikan gambar hari raya di kampung. Seronok!

Saya kongsikan sedikit gambar beraya di kampung.


Pagi raya, Zarin dan sepupunya. Sangat susah nak ambil gambar Zarin ok!

Sofea yang sedang lena diulit intan. 

Dan inilah atuk saya aka to'ki man

Mr. papa dan Sofea

Kami bertiga tanpa Zarin yang entah ke mana pergi beraya

Sofea dah mula perangai kepanasan

Family abang saya

K.A.M.I ehem..inilah gambar berempat yang senonoh sikit

Family kakak saya. Spoil gambar bila syafiq berselipar jepun. huhuhuhu

Ummi saya yang pegang handbag tu. Bersama keluarga kak rose
Sedih juga bila berjumpa makcik-makcik yang katanya selalu teringatkan saya. Salam, peluk-peluk sambil nangis-nangis. sob-sob. bukan saya tak pernah balik, selalu juga, tapi tak bekesempatan untuk menziarah. sob-sob

kata Abang Zarin;

Zarin sukalah raya kat kampung terengganu, seronok!

Yelah, mana tak seronoknya, ikut sepupunya beraya dari satu rumah ke satu rumah (rumah saudara mara yang berdekatan). Sebelum ni memang tak pernah gitu.

Memang tak banyak rumah yang dapat pergi, sebab raya kedua kami dah balik Kedah.  Apepun memang sangat seronok dapat berjumpa saudara mara. Makanan yang dihidangkan pun semuanya sedap-sedap. Ada nasi dagang, nasi minyak, nasi beriyani, laksa terengganu, nasi tomato, nasi bukhara, ketupat palas, tapai pulut. Oh perut kempis dah bertukar macam mengandung 3 bulan! hahahahahaha.. Oh, i love terengganu so much. ehem-ehem, Mr. Papa tahun depan beraya di terengganu lagi boleh! ^_^

p/s : tahun ni xde kasut raya. Yang berkenan semua tak de size. nanti sya buat entry pasal kasut ya. huhuhuhu

Pesan mama : Indahnya beraya di desa. 




6 comments:

  1. Replies
    1. mmg best sgt beb.. terasa bezanya dgn kl.. tenang damai.. mknn yg menjadi tarikan utama..

      Delete
  2. teganu kat mana ida...lenkali kalu balik umah tokki..singgah ar umah sy...mcm dkt jer..tgk gmbr cam belah pantai jer...umah sy kat area pdg kemunting wakaf mesira jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kg gong balai merchant.. mmg tepi pantai.. ooo cik dah pun org ganu ya... ok.. ok.. insyaallah.. bulan 3 tahun dpn nak balik lg... nanti kita contact ya... best dpt juga geng blogger ni

      Delete
  3. ooo barulah faham..anak jati Terengganu lah jugak ni kan Ida..hihihi..beraya kat kampung memang best..terasa kemeriahannya!Hubby kita samalah..orang KEDAH..hihihi..tapi Aida pn love KEDAH..makanan Heaven plus Murah..hihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bau budu ni Aida... hahaha... kedah mknn mmg heaven la... kedah kat man's?

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...