Monday, August 19, 2013

oh my anak

Semalam saya terpaksa pulang ke Alor Star kerana ada urusan segera.  Dapat tahu pun sehari selepas balik kl semasa berhari raya... argghhhh.. tensen juga pada mulanya... yela,  baru sampai kena balik lagi.  Bila berbincang dengan Mr. papa,  kami putuskan untuk saya seorang sahaja yang balik. 
 
Mula mula susah hati juga nak tinggalkan anak anak.  Bila memikirkan zarin lagilah susah hatinya.  Semasa hantar saya ke airport semalam pun nangis juga sikit sebab 
 
naaaaaaaaaakkkkkk mamaaaaaaaaaa!
 
Selepas itu dah ok bila Mr. papa makan McD.  lega..  serius saya tak senang duduk bila berjauhan dengan anak - anak.  kejap kejap whatapps.. dan Mr. papa pun hantar la gambar zarin dan sofea..  inilah sebahagian daripadanya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi mcD,  tengah hari Domino's pizza,  malam wendy's!  oh my Anak,  kuatnya makan fast food... 
Balik kl semalam flight saya pukul 9.45 malam. sebaik nampak kelibat saya,  zarin terus berlari mendapatkan saya dan menjerit 
 
mamaaaaaaaa!
 
habis orang kiri kanan tengok. lagak macam dah berbulan tak. jumpa.  padahal beberapa jam saja.. hihihihihihii 
 
Alhamdulilah, semua urusan selesai dengan jayanya. Syukur, boleh menarik nafas lega.
 
Pesan mama : Anak anak adalah segala-galanya.

4 comments:

  1. yg ibunya susah hati..anak2 sedap melayan makanan...

    Lumrah hati ibu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ziela. kita ni punyalah risau ok ke tak ok ke tak. dia syok aje makan..huhuhuhu

      Delete
  2. alahaii..bagusnya Mr Papa tolong jagakan anak-anak..huhuhu..kalau hubby aida, memang surrender la...hihih..Nampak Zarin lagi manja dengan mama dari adik kan..ke adik tak boleh cakap lagi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah aida. Mr. papa mmg lagi cekap jaga anak dari mama. huhuhuhuhu. kalau dengan Mr. papa anak-anak behave. kalau ada mama, mula la duk meregek. hihihihihihihi.. so far memang abang manja sangat. Adik dia ni nampak lagi manja dengan mr. papa.

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...