Tuesday, September 24, 2013

MamyPoko dan Goo.N

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak kisahlah dari segi apapun, asalkan berbaloi dengan nilai wang yang dikeluarkan sudah pastinya akan menjadi pilihan. Kali ini saya ingin berkongsi diaper pilihan saya untuk Sofea.
 
Saya sangat menggemari dua jenis diaper ini iaitu Mamypoko dan juga Goo.N. Mamypoko pun ada beberapa jenis juga. Sebelum ini pernah juga beli Mamypoko yang pants color kuning tu, tapi rasa macam tak berapa sesuai dengan Sofea. Pakai kejap dah penuh dan kadangkala bocor juga. Walaupun harganya agak murah, tapi bagi saya kualiti dia macam kurang sikit. Mungkin juga Sofea jenis yang membuang dalam kuantiti yang banyak. hehehe
 
 
 
 
 
Jadi kami terus balik kepada mamypoko biasa ni. Yang ini tersangatlah ok pada saya walaupun tak setebal dulu.  Harganya pun pada saya agak berbaloi. Kalau tiba time offer boleh dapat dengan harga RM40.99 untuk pek Jumbo ini. Mamypoko ni saya biasa gunakan untuk Sofea pada waktu siang. Alhamdulilah tak pernah bocor, dan sesuai dengan kulit Sofea juga. Dan harga sekeping diapers ni lebih kurang dalam RM0.70-RM0.80 bergantung pada size dan juga Offer.
 
Dan diapers yang paling saya suka setakat ini adalah Goo.N. Lebih tebal dan harganya mungkin sedikit mahal atau lebih kurang dengan mamypoko juga. Biasa dijual dengan harga RM55.95. Tapi bila dicampur tolak bahagi harga sekeping jatuh dalam RM0.75, mengikut size, kalau size besar mahal sikitlah. Pada saya masih berbaloi lagi. Selalu pakai diaper ni waktu malam dan kalau keluar jalan-jalan. 

Apa yang saya suka pasal Goo.N ni selain daripada ketebalannya ialah terdapat lebih kurang 10-15 design dalam satu paket ni. Boleh pilih-pilih nak pakai gambar apa. Selain itu, sizenya juga lebih besar dari Mamypoko. Nak tunggu Goo.N ada sale memang payah. Tapi sekali dia offer memang sangat-sangat berbaloi ok!
 
Perlu diingatkan, baik untuk anak saya tidak semestinya baik untuk anak kawan-kawan. Yang paling penting di sini ialah kesesusaian pampers dengan kulit anak kita. Kadang-kadang isu diaper ini pun boleh tahan jugak hebatnya. Mmmm, tapi itulah saya hanya berkongsikan apa yang saya rasa berbaloi dengan nilai wang saya keluarkan dan sesuai untuk anak saya.  Juga sebagai info kepada bakal-bakal ibu yang kadang kala rasa buntu nak pilih diapers mana.
 
Pesan mama : Zaman sekarang semuanya perlu berbelanja secara bijak dan berhemah. Semua benda dah naik harga oiiii!

8 comments:

  1. Anak2 saya lebih serasi dengan Pet Pet & Drypers... murah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ziela, yang penting serasi dengan anak-anakkan. kalau naik ruam kesian pulak nanti

      Delete
  2. anak setakat ni ok pakai drypers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, saya tak pernah try drypers. ramai yang kata antara yang terbaik juga tu :)

      Delete
  3. huhuhu..Medina pakai semuanya asalkan murah...heheeee..Skrg pakai huggies sebab tengah offer..bulan depan tgk ape plk yg murah..terukk Mommy dia ni..kikik..Tapi wajib pakai Mamy Poko time pantang sebab time tu kulit baby sensitif kan..huhhu..Mamy Poko memang berkualiti habis..tapi harga..alamak..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, bestnya gitu. Medina jenis tak alegik mmg ok sgtlah tu. saya tak berani nak try, sbb masa zarin dulu pernah try brand lain merah punggung. Sofea tak berani. Tapi bila kira-kira balik sebenarnya. kalau sehari pakai 5 keping, mungkin brand lain 7-8 keping, ikut harga hampir sama juga. saya pun setiap bulan tengok kat mana yang ada offer 2 brand ni. heheheheheehehehe..

      Delete
  4. anak-anak saya, dulu kakak sekarang adik serasi dengan drypers. Pernah sekali konon nak tukar habis naik ruam. Kira ok lah tu sehari pakai 4 keping.

    ReplyDelete
  5. Nayli pakai whoopee ...skrg ni berjinak2 balik dgn CD

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...