Friday, October 11, 2013

Conteng dinding

Huhuhuhu.. Memang tak dapat kesan sejak bila abang Zarin mula membuat mural (conteng dinding) dalam bilik dia. Alih-alih masa kemas bilik dia baru-baru ini, terus terpandang makhluk asing dua ekor ni.
 
Bila saya tanya  memang macam macam jawapan dia. Antaranya yang menarik perhatian saya
  
 
comel juga monster ni


Jawapan 1 : Kat dinding ni papa tak cat (memang kami cat dinding  merah dan cream), jadi abang lukislah gambar monster. Cantikkan mama?
 
Jawapan 2 : Abang lukis mama dan abang. Yang depan tu mama, yang belakang tu abang. Bila mama Tanya kenapa abang duk belakang ? katanya :  Abang merajuk sebab mama asyik marah abang je bila abang nak gi kedai.
 
Jawapan dua paling tak menahan tu. Kalau abang asyik merajuk confirm penuh mural dilukisnya nanti. Lepas perasaan ke bang? Oh sangat bahaya ok. Silap silap mama yang jadi monster nanti. hukhukhuk...
 
Tapi bila tenung lama-lama macam comel pulak monster yang dia lukis tu. Boleh jadi Zarin Picasso besar nanti ni.
 
Plan asal nak gantung frame ditangguhkan dulu, biarlah abang zarin buat lukisan comel di dinding biliknya itu. tet! Dinding bilik sendiri sahaja, tahu???  
 
Pesan mama: Anak-anak kawan-kawan macam mana? suka conteng dinding juga ke?
 
 
 

4 comments:

  1. hahaha.. lawak la zarin. sama la dengan qebal.. abis dia contengnya.. kena nyorok abis pen pensil colour semua.. satgi abis dinding dia lukis.... heheheh =))

    ReplyDelete
  2. Pandai die lukis... anak saya main colour water... ade sekali tu main cap cap tangan die... letak colour kat tapak tangan lepas tu tekap kat dinding....

    ReplyDelete
  3. Dari nak marah terus tak jadi marah kan :)

    ReplyDelete
  4. hehe..memang super duper comel abang zarin ni...pandai je buat Mama tak boleh marah abang kan..heee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...