Friday, October 4, 2013

cute gown for a cute patient

Malam pertama di hospital, Sofea baik-baik sahaja. Tapi tiba time neb dan makan ubat memang nangisla.  Paling tak tahan, masa makan antibiotik, memang muntah kahak dia. Sudahnya sarungkan juga gown hospital yang cute ni. 

auwwwww!
Mungkin sebab fobia kena paksa makan ubat, apa saja yang disua kat mulut memang langsung taknak. porridge, air masak, biskut, semua tak nak, yang nak hanya susu sahaja. Sedih oo tengok anak nangis. Dengan mama sekali turut sedih. 

sleeping beauty

Di hospital, pergerakkannya agak terbatas. Hanya boleh membuas atas katil sahaja. Mula la dia boring, Sudahnya tidur dan tidur. Hari kedua baru ok sikit, dah mula nak makan , neb pun dah tak nangis. redha ajelah adikkan? Kecuali makan ubat tetaplah simpan dalam mulut dan sembur sikit-sikit. huhuhuhuhuhuhu.

haaa, dah bangun

Demamnya pun semakin hari semakin baik. Dan kahaknya juga semakin bertambah baik juga. Syukur ya Allah. Bila abang ada, memang segar bugar. Riuh dengar suara dia main dengan abang. Tarik rambut dan telinga abang memang hobinya. Abang pulak jenis sabar, redha. Paling-paling pun keluar ayat

"ouuuhhh! sakitlah adik, jangan buat abang!" Tapi tangan adik tetaplah buat juga. Alhamdulilah Abang Zarin memang sayang adik dia. Rasanya tak pernah lagi dia nak buat adik dia. Adik buat abang ada. hihihihihihihi

alhamdulilah dah sembuh - adik abang

Paling rasa terharu dan tersentuh hati mama bila adik demam dengar dia berdoa sebelum tidur

"Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah Sofea adik abang!" 

Dan bila dia borink teman adik kat hospital dia cakap

"mama bila doktor nak datang ni? Nanti abang nak cakap kat doktor nak suruh adik balik rumah kita, adik dah sihat!"


4 comments:

  1. alahai comelnye gaun hospital tuuuu!

    alhamdulilah amoi korea dah sihat...allah dgr doa abng zarin :)

    ReplyDelete
  2. alahai, cute nye gown sepital..;-))

    sweetnya zarin..moga zarin dan sofea menjadi ank2 yang soleh! amin

    ReplyDelete
  3. alahaii..sweetnya Zarin..Zarin dah besar kan..mesti sayang adik..adik pon comell sungguh!!geramm...Sofea banyak ikut belah Ida kan..cute mute!heheh..gown sama dengan Medina time warded hari tu!Alhamdulillah Sofea dah sihat..hihihi

    ReplyDelete
  4. Wpn sofea sakit tetap cute la...geram tgk..pandainya abh zarin jaga adik ye

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...