Tuesday, October 1, 2013

Demam on-off

Jom sambung pasal demam on off si Sofea ni. Sebenarnya Sofea start demam hari Ahad, Isnin tu dah mula batuk dan bawa jumpa doctor, doctor pun nampak macam serba salah nak bagi ubat. Kemudian dia hanya bagi ubat batuk, memandangkan paracetamol masih ada di rumah. Sebenarnya doctor tak galakkan sangat kami bagi ubat kat baby macam Sofea ni, Tapi kalau dah tak ada choice baru bagi ubat batuk tu, itupun 1 ML sahaja. Saya ada sapukan balm 21st Century perisa strawberry untuk Sofea. Sapu di dada, belakang badan dan juga tapak kaki.

 Sofea pula kejap demam, kejap ok, kejap demam kejap ok. Siang ok, malam demam. Pernah suhu sampai 38.7’C. Memang kami asyik jelum dan lap badan dia dengan towel. Kawal suhu supaya tak tinggi sangat. Risau juga kalau suhu terlampau panas kan.  Tapi nasib baiklah Sofea jenis yang aktif, demam pun tetap aktif, makan dan minum seperti biasa. Hari Rabu, nampak macam Sofea sudah pulih sepenuhnya, sebab memang dia aktif dan main sampai pukul 2 pagi.  Jadi tak adalah nak risau sangat walaupun batuk ada lagi, dan ada sedikit bunyi – wheezing (kahak).




Jadi hari khamis tu, giliran Mr.Papa pula jaga Sofea. Pagi pagi saya whatapps tanya keadaan sofea macam mana pesan itu ini, bla-bla-bla-bla... mungkin juga Mr. Papa dan borink asyik dengan soalan sama saja. Hahahahahahaha..

Tup-tup pukul 12.30 Mr. Papa Call ajak pergi balik klinik. Badan Sofea panas lagi. So saya pun teruslah ikut. Dalam kereta dah bersembang dengan Mr. Papa dan dapat agak yang Sofea akan kena admit. Demam on-off dah lebih tiga hari, ditambah pula dengan wheezing. Sampai klinik, bila jumpa doctor memang dia buat surat untuk refer ke hospital, walaupun ketika itu suhu Sofea 37.4’c. Tapi kahak banyak dan bimbang akan dapat jangkitan kuman. Setelah siap surat, kami pun decide nak pergi hospital yang mana. Akhirnya kami memilih Sime Darby Medical Centre ParkCity. Hospital baru, dan hanya 10 minit dari rumah.

Pesan Mama : Eh macam panjang jugak lagi ni, next entry ajelah. Ok bye! 

11 comments:

  1. ank saya msa smpi spital suhu dia 39.6..masa kat umah x sempat nk check..kelam kabut dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi tu mar. budak budak memang kena selalu monitor takut kena sawan.

      Delete
  2. harap cepat sembuh tau... musim sekarangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayu azmir. alhamdulilah dah sembuh.. sekadar catatan di diari alam maya ni. :)

      Delete
  3. Baby kalau demam, memang kita akan rasa bimbang kuasa 4 kan..Alhamdulillah Sofea dah sembuh..Tapi SDMC Park city baru 1st time dengar..sebab selama ni just kat Subang n Ara Damansara je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aida. eh, aritu medina dekat sdmc jugakan? ya, ni baru launching. 12.12.12 aritu baru beroperasi sepenuhnya. kat sini fokus lebih pada kanak-kanak, wanita dan orang tua. tp dah tukar logo ramsay sime darby.... skang sdmc ada 3 cawanganlah

      Delete
  4. kesian kat sofea.. semoga baby sofea cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lavender, alhamdulilah dah sembuh sekarang. sebagai catatan sahaja :)

      Delete
  5. Moga deary sofia kpop cepat sembuhhhh... Amin nnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sofea kpop? ahahahhahahahahaha.. tq hijau.. amin-amin.. terbaca blog awak pasal pembedahan tu. harap semuanya ok

      Delete
  6. Oh..sofea bermula dgn demam ye...nayli batuk2 dan selsema je...tu yg tak perlu warded

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...