Monday, October 7, 2013

discharged and follow up

Masih lagi berkisar tentang demam Sofea, bukan apa semuanya perlu dirakam untuk rujukan di masa hadapan. Ok, berbalik pada cerita, Sofea mula masuk ward pada Khamis petang, Jumaat malam, lebih kurang pukul 10.20 malam, dr. salleh datang melawat Sofea. Ketika itu, Sofea dah tak demam dan menurut doktor, keadaan Sofea much much better! So neb dari 2 jam sekali terus bertukar jadi 4 jam sekali. Syukur sangat-sangat. 

Pagi Sabtu, Dr. Salleh datang melawat lagi, menurutnya Sofea memang dah beransur baik. Tak perlu risau apa-apa, insyaallah after lunch nanti dia datang lagi dan jika Sofea bertambah tambah baik, petang nanti dah boleh discharged! hoooorayyyy!!

Cik pea dah siap kelek bag toiletries. Ai nak balik rumah u olls!
 Fuh lega sangat-sangat mendengar penjelasan doktor tu. Boleh balik paling best, tak perlu lelama di hospital cukuplah tidur 3 hari dua malam sahaja. Lunch hour Dr. salleh datang dan setelah check Sofea, kami dibenarkan pulang dengan syarat teruskan ubat hingga tiga hari dan hari selasa datang balik untuk follow up. Baik doktor! Terima kasih pada doktor dan semua nurse yang sangat baik hati memberi layanan yang first class pada kami sepanjang di sana. Paling tak lupa bila ada nurse yang basuh berak Sofea dengan tangan kanan. hadoiii.. 

Sudahnya hari isnin saya cuti lagi untuk monitor Sofea. Hari selasa saya dah hantar dia ke nursery. Tapi pukul 1.30 dah ambil sebab appointment dengan Dr. Salleh pukul 2. 

Masham je muka cik pea time ni. huhuhuhuhu

Alhamdulilah, semasa follow up, Dr. Salleh mengesahkan yang Sofea sudah pulih sepenuhnya. Kemudian beliau memberikan beberapa pandua kepada kami ketika menghadapi anak demam.

"Demam perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak. Apa yang perlu kena monitor suhu, jangan lebih 38.5'C. Kalau selsema kenal pasti keadaan hingus tu, sama ada cair, likat atau hijau. Kalau hijau tu dah serius. Kalau suhu tinggi, hinggus likat memang kena cepat cepat bawa jumpa doktor, tak kisah doktor klinik biasa atau pakar. Satu lagi, batuk atau kahak yang terlampau banyak boleh menyebabkan paru paru menyempit dan susah untuk bernafas. kalau dibiarkan boleh membawa kepada asma." 


Ok, itu sajalah yang saya ingin kongsikan. Semoga anak-anak kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik pada masa masa akan datang. amin!

Pesan mama : Anak adalah anugerah Allah. Jagalah mereka sebaik mungkin :)

4 comments:

  1. Alhamdulillah sofea dah sembuh ....lega kan

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah.semoga terus diberi kesihatan yg baik.comel betul dia

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..anak demam..sapa tak risau kan..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...