Friday, October 18, 2013

Freezer untuk simpan EBM

Dah lama tertangguh entry ini. So hari ini saya jawab pertanyaan kawan berkenaan freezer tempat simpan EBM Sofea.  

Inilah dia rupa  freezer saya untuk simpan EBM.  Kalau ikutkan nama penuh (eceh nama penuh pulak dah) nama yang selengkapnya MISTRAL MFZ-101U upright chest freezer. Saya beli chest freezer ni cap MISTRAL. Kalau simpan dalam freezer ni boleh tahan sampai 6 bulan ke atas. 

pic from here

Dan ini pula adalah spec untuk freezer ni 

  • 4 Drawer
  • Wide Body
  • Exterior Temperature Dial
  • Corrosion Resistant Cabinet
  • Concealed High Efficiency Compressor
  • Low Energy Consumption
  • Space Saving Interior
Specifications ;-
Voltage: 240V ~ 50Hz
Power: 95W
Net Capacity: 92L
Gross Capacity: 100L
Gross Weight: 39kg
Carton External Dimension: 570 x 595 x 855mm
Power Consumption: 0.84 kwh / 24h 

Thank you, dear. Ya, saya memang beli peti ini untuk simpan stok EBM Sofea. Peti ini seperti dalam gambar. Ada 4 drawer. 


pic from : mistral.com.my

Macam nilah rupa bila peti tersebut apabila dibuka. Masa ini masih belum isikan apa-apa barang lagi. 


susun nipis nipis macam susun fail

Dan yang ini pula masa dah saya susunkan stok EBM Sofea.  Freezer ini saya beli di Jintexelectronic.com. dengan harga RM780. 

Pada mulanya ingat nak beli deep freezer yang macam peti aiskrim tu, tapi entah macam mana bincang punya bincang dengan Mr.Papa kami decide beli yang ini. So far saya sangat sukalah freezer ni. Cumanya kita tak dapat jangka berapa banyak susu kita. Kalaulah saya tahu rezeki susu Sofea murah, confirm saya akan beli yang lagi besar.  Freezer ni memang dah penuh, dan dah beberapa kali buang EBM, ganti dengan stok EBM yang baru.  Dan EBM yang saya tumpangkan di rumah seorang kawan rasanya lebih kurang 100 botol juga. Terima kasih sebab bagi tumpangkan susu. 

Pesan mama : Sentiasa berdoa supaya Allah murahkan rezeki untuk Sofea. Harus diingat semuanya dengan izin Allah, kita hanya berusaha. Selamat menyusukan bayi kawan-kawan :)

13 comments:

  1. samalah kita...akk dulu pun siap beli freezer nak simpan susu..sebab susu akk dulu memang banyak..Alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. Memang Freezer ni berguna dan senang nak manage kan..Untung Sofea susu untuk dia memang banyak..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Sy tgh survey nk beli deep freezer.. Ingt nak cari yg mcm tpt aiskrim je..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..byknye susu..saya pun tengah survey deep freezer nie..freezer kat rumah dah penuh..harapnya dapat membantu menjayakan isi penyusuan sus ibu sehingga 2 tahun:)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Assalam.. awk nk beli freezer utk ebm gak ke? Blh email kat sy.. sheilamutalib@yahoo.com

      Delete
    2. wslm siti aminah. saya mmg nak letgo pun upright freezer ni.. berminat boleh email saya ya. sweetgaban@gmail.com tak pun boleh add FB ya. tq

      Delete
  6. salam
    nak tanya da letgo ke freezer ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm awatif. Freezer dah sold. Sorry ya

      Delete
  7. assalamualaikum wbt
    saya pun tgh servay DF peti sujuk di rumah pun dah tak muat
    sama-sama kita doakan kita dapat susukan anak-anak sehingga 2 tahun amin

    saya terfikir bgus jgk beli yang jenis drawer nie kan..
    nmpk senang sikit kalu mau manage EBM

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Baru lepas beli kat Jintex Electronic tadi..
    Kat Seapark, PJ..
    Dah naik dah harganya..
    Rm848..
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. oh dah naik harga ya... banyak juga beza dari angka 7 di depan ke angka 8 :)

      Delete
  9. Salam..
    Baru lepas beli kat Jintex Electronic tadi..
    Kat Seapark, PJ..
    Dah naik dah harganya..
    Rm848..
    ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...