Thursday, October 3, 2013

Parkcity Medical Centre (SDMC Parkcity)

Sampai di Parkcity Medical Centre (SDMC Parkcity) kami terus ke klinik paediatrik di tingkat satu, berjumpa dengan Dr. Salehuddin Samsudin. First time jumpa Dr. Saleh rasa macam pernah tengok, dan dia sangat baik ok! Terus jatuh cinta. Ahahahahahahaha. Jatuh cinta untuk servis dia ok!

Sofea masih aktif bermain di hospital

Masa check dengan Dr. Saleh, memang kahak sofea banyak, demam pun tak adalah tinggi, 37.4'C. Cerita sedikit sebanyak perihal demam Sofea dan sebagainya. Dr. Saleh meminta kami untuk ambil nebulizer dulu, tengok ada perubahan atau tidak bila ambil neb tu. So kami pun ikut sajalah. Bila lepas neb, check balik memang ada perubahan, tapi Dr. terpaksa tahan sofea di ward untuk continue neb 2 jam sekali, dan Sofea juga kena x-ray untuk lihat paru-parunya.  Kot-kot ada jangkitan kuman. 

menunggu untuk di x-ray

klinik paediatrik - nursing room
Result x-tray Sofea tidak ada yang membimbangkan, semua ok, cuma ada sikit jangkitan kuman.  Tapi tiada apa yang perlu dirisaukan.  Dr.  Saleh juga memberi dua pilihan iaitu,  pertama - bagi ubat secara oral terlebih dahulu,  kalau tak ok baru drip. Pilihan kedua itulah drip. Oh dengar drip mula kepala mama pusing.  Tak sanggup tengok tangan ketak ketak sofea kena drip... huhuhu..

Jadinya kami terpaksa menunggu sebentar sementara di hantar ke ward paediatrik di tingkat 7.  Dalam waktu menunggu tu, sempat jugalah saya meninjau keadaan hospital, cantik! Bila bilik sudah tersedia, kami pun terus ke tingkat 7.

ward paediatrik - comelkan lukisannya?
Comel sangat giraffe dan butterfly tu

Dalam pukul 6 petang macam tu, Dr. Salleh datang melawat Sofea. Tiba-tiba juga demam Sofea naik kepada 38.8'c. Apa lagi, teruslah terkejut kami. Dr. Salleh mencadangkan agar ujian darah dilakukan. Risau juga sekiranya ada perkara lain yang timbul. Terus kami ke treatment room. 

Di treatment room, Dr. Salleh belek-belek tangan Sofea, katanya

"Tangan adik ketak-ketak tak nampak urat ni."

Dari tangan kanan, beralih ke tangan kiri. Kemudian kanan pula. Kemudian Dr. Salleh meminta nurse padamkan lampu dan bawa torchlight (mungkin istilah lain) lampu color merah, suluh di bawah tapak tangan untuk cari urat, tapi tetap tak jumpa. Dr. Salleh check pula kaki Sofea, Katanya ada urat satu, tapi risau juga nak buat, takut tak berjaya, sakit pulak adik tangan ketak-ketak ni. huhuhuhhuhuhuhu

Kemudian, saya meminta agar Dr. Salleh menunggu mr. papa datang (mr. papa pergi solat), senang sikit dia nak pegang sebab Sofea kuat menggelupur dan menendang. Tak lama lepas tu, mr. papa muncul dan darah berjaya diambil. Ahamdulilah, saya duduk di luar, penakut pun ya, juga. Jadi tak dengar pula suara sofea menangis. Mungkin tak nangis la kot, tanya Mr. papa dia kata ok saja. 

Bila result darah keluar, Dr. Salleh menerangkan kandungan protein (kalau tak silap saya) dalam darah Sofea sedikit tinggi. Tapi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Sofea hanya perlu ambil antibiotik. Neb diteruskan 2 jam sekali. Oh lega sikit, tapi saya kali ini tak adalah panik semacam, sebab dah terbiasa dengan kes macam abang Zarin dulu. Tapi risau tetap ada. 

Maka berkampunglah kami di hospital tersebut. huhuhuhuhuhuhu.. 

Pesan Mama : Risau bila anak-anak tak sihat

15 comments:

  1. betul tu. memang akan jadi risau bila anak tak sihat,.. fikir macam-maca.. moga kembali sihat yer.. comel je ikat rambut gaya tu :)

    ReplyDelete
  2. ok lah sebab hospital pun dah mcm kat dlm bilik hotel

    Semoga adik tangan ketak ketak akan cepat sembuh yer syg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ziela.. trade mark tgn ketak rambut pokok nyiur dan mata sepet.. hihi

      Delete
  3. itulah, kalau bab anak2 ni..mng terlebih risau...

    ayat penegasan-" tangan adik ketak-ketak" ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kak.. naluri ibu kan.. fikir di luar jangka sokmo..

      Delete
  4. Moga cepat sembuh baby kpop.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hijau.. kalau tidak keberatan boleh saya dapatkan emel awak tak?

      Delete
  5. Replies
    1. tq ann.. alhamdulilah da sihat da dia

      Delete
  6. Cik Pea comell..Wad tu pun comel!hihi..yang sakit terus rasa sihatnya..hihi..Wad Paed kat SDMC Subang pun colourful jugak sebab still baru n cantik..hihihi..Aida pon kalau anak2 sakit memang nak refer SDMC je, sebab kepakaran mereka lebih dipercayai ..hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kami pun akan pilih yg ni jugak... hihihi

      Delete
  7. Alhamdulillah tak de apa2 kan

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...