Tuesday, October 22, 2013

Roti tiga rasa

Abang Zarin memang seorang yang sangat-sangat boleh diharap.  Sudah dua malam dia menyediakan hidangan yang sangat ISTIMEWA untuk mamanya.  huhuhuhuhuhuhu.. Memang terharu hingga tak tertelan. 


Roti tiga rasa. Ada yang nak cuba?

Inilah hidangan ISTIMEWA itu. Roti bakar sapu mayonis, jem blueberi dan sos tomato. pada mulanya saya menolak, kata dah kenyang, nanti mama gemuk makan malam-malam. Tapi bila dia mula merajuk sambil buat muka masam kalah asam kecut saya bersetuju untuk menikmati hidangan ISTIMEWAnya itu. Dia juga berkata kalau mama gemuk, perut mama besar nanti kita dapat baby baru lagi. Ai is hampir pitam ok! 

Oh sangat sweet kamu abang Zarin, tapi mama yang sadis nak habiskan. Serius meremang bulu tengkuk nak telan roti tiga rasa ini. Lagi sadis bila dia tunggu di depan suruh mama makan, sambil berkata sedapkan, mama. Hebatkan abang! Tak boleh nak ngelat. Slow slow kunyah dan telan *_____________*

set roti yang maveles!

Malam sebelumnya pula dia turut menyediakan hidangan roti bakar untuk mama. Lagi terharu siap letak air masak dan bawa ke bilik. Katanya abang sayang mama, abang takut mama lapar. Mama cepat makan, abang buat ISTIMEWA untuk mama. Rasalah..ce bau.. sedapkan mama! Oh sungguh terharu mak. Tapi bila digigit. huhuhuhuhuhuhu.. mayonis + jem oren you! Sob-sob

Pagi tadi semasa hantarnya ke sekolah, dia cakap malam ni mama goreng nugget untuk abang. Abang buat roti bakar untuk mama. Abangkan sayang mama. Tapi kali ini saya dah berpesan supaya abang buat roti ikut selera mama, nanti mama ajar buat roti bakar yang ISTIMEWA dan hebat macam abang! Kita buat sama-sama. 

Pesan Mama : Memang saya dah cakap suruh letak itu, ini dalam roti tu, tapi dia kata. Takpe mama, abang dah besar, abang tahu buat roti bakar. Oh ada tanjat nak jadi masterchef abang Zarin ni . 

4 comments:

  1. hehehe lawak la zarin ni.. kalo sos tu letak sosej ker ok la.. heheheh 3 rasa cmner la rasanya.. gurlppp

    ReplyDelete
  2. hahahaha
    pandai abang zarin...
    makn mama makan..hahahaha

    ReplyDelete
  3. kehkehkeh...siap ade myonis yg tak tahan tu!

    ReplyDelete
  4. Alahaiii..sweetnya abang Zarin ni..terharu Auntie!boleh buat calon menantu ni..hihihi..tapi bab roti tiga rasa tu, memang auntie tak boleh telan lah sayang..tapi nak rasa je, mungkin boleh..hihihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...