Monday, October 21, 2013

RSMY Cheese Naan Medan Tuanku

Oh rasa macam dah lama tak upkan entry pasal makan-makan. Sekarang dengan dua 'handbag hensem dan comel' memang tak sempat sangat nak snap gambar. Kalau ada mood baru boleh.  Hari ini nak bercerita pasal RSMY cheese naan medan tuanku yang katanya best intown. Yaaaa, saya setuju .. memang best pun. Dah berkali-kali pergi tapi tak pernah entrykan. Aduiiiii... dan inilah sahaja yang sempat disnap.

sementara menunggu cheese naan sampai

amboi, bukan main happy lagi cik pea ni

Kebiasaannya kami pergi lepas balik kerja, kalau Mr. papa dah ambil Zarin dan Sofea kat nursey, teruslah kami ke sana. Tambahan pula, memang roti naan ni beroperasi dari jam 6 petang ke atas. Memang ok sangatlah kan. Kat sini ada beberapa jenis juga roti naan. Pilihan kami sudah semestinya cheese naan dan juga plain.


oh cheese naan pujaan hatiku

keema


Untuk kuah pula, ada dhal, keema, ayam, kambing. Mr. papa memang sukakan kambing, saya dapat dhal pun dah cukup sedap. Ayam kurang sikit, sebab kalau ada merah merah kat tulang saya tak suka. Zarin dhal dan kuah kambing (asalkan tak pedas) dia ok saja.


tengok??? memang maveles ok!

oklah, kalau ada yang teringin nak makan cheese naan memang berbaloilah sangat singgah di sini. Alamatnya

Location: 11 &13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, 

Phone:  03-2697 0700 / 03-2697 1700

Pesan mama :  Suka makan roti naan, tetiba teringat roti tempayan di kg. gong balai terengganu. oh maveles jugak! 


7 comments:

  1. Walaupun kerja kat tengah2 KL ni tak pernah pulak saya makan kat sini. Nampak marbeles ja Nan Cheese tu...

    ReplyDelete
  2. rindu cis nan RSMY! tunggu line clear molep...buleh la g ;-))

    ReplyDelete
  3. tetiba terasa meleleh air liur..hhuhu

    ReplyDelete
  4. oh tidak...nak singgah jugak petang ni huwaaaaa

    ReplyDelete
  5. besar dag cik pea..lama tak aktif berblog cheqna ni...=)
    sihat??

    ReplyDelete
  6. Thanks for the support!! Im owner's daughter 😘👍

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...