Thursday, October 24, 2013

Solid food

Alhamdulilah, hampir tiga bulan Sofea telah disajikan dengan makanan pelengkap.  Dan makanan kegemarannya ialah bubur nasi. Setiap hari juga asyik duk tukar tukar sayur itu ini untuk elakkan dia jemu.  Baru-baru ini saya tambahkan ikan dalam bubur nasinya. Alhamdulilah dia suka. Sebenarnya nak beli isi ikan merah, tapi selalulah tak ada kat kedai depan tu. So yang ada hanyalah isi ikan tenggiri. oklah jugakan. 


isi ikan tenggiri 

Seketul ikan tenggiri saya potong kecil untuk stok seminggu dan di simpan dalam tupperware kecil ni. Setiap kali masak bubur, saya akan keluarkan seketul dan bakar atas non stik pan. Saya tak campur terus dalam bubur, takut hanyir pula. Semasa nak blend, saya akan masukkan ikan, nasi dan juga sayur. Siap!!!! 

Lagi satu, saya tak minat untuk buat stok solid food contohnya puree buah, sayur, dan sebagainya banyak-banyak  dan kemudian frozenkan. Nak guna just panaskan dan campur. Saya lebih suka masak untuk sehari terus. Cara saya, malam sebelum tidur saya akan masak nasi dalam slow cooker. Bangun pagi saya akan stim/rebus sayur dan bakar ikan. campur semunya dan blend kemudian masukkan ke dalam thermos dan bawa ke nursery. Bekal yang saya bawa cukup untuk dua kali makan. 

Kalau petang balik kerja, nampak Sofea macam nak makan, saya hanya masakkan couscous. Tak pun hanya bagi biskut. Kadang kala buntu juga fikir nak masak apa lagi. hehehehehehehehehe

Sebelum ini pernah juga campurkan bubur sofea dengan tofu telur, tapi bila makan, akan ada merah merah di bawah dagu Sofea. Mungkin juga dia allegik. So stop terus. Setakat ini hanya isi ikan tenggiri yang saya gunakan. Ayam, daging dan lain-lain masih belum try. 

Kalau kawan-kawan ada link resepi untuk si manja share la ya :)

Pesan mama : Lain orang lain caranya kan???? Hanya yang terbaik untuk si manja anda

3 comments:

  1. ha ya ya..lain budak lain caranya..kikiki... cik kmbr skang suka sgt kentang+brokoli...berebut2 deme dua tu..kakak pun skang dh buntu nk buh apa skang ni...kalu tenggiri, kak goring ngan minyk zaitun...bila nak mkn baru tabor dlm bubur nasi dia.. skang dh tak blender nasi..kak just masak lama n penyek2 je..;-)) kentang mmng tk pernanh tinggal...ada je dlm bubur nasi dia.. (anak2, mak, pak mmng gile kentanggg! ahaks!)

    ReplyDelete
  2. I like ur stail beb...same la tak suka bagi puree kat anak..better masak terus..

    ReplyDelete
  3. hehee!!sama!!aida pon tak buat Frozen Food..ntah..macam tak sampai hati nak bagi Frozen Food kat Medina..bertungkus lumuslah jugak masak pepagi..Aida semua dah try kat Medin..Ikan merah, ikan tenggiri, ayam daging..semuanya dia telan..cuma telur je tak pernah try lagi..tak berani..hihihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...