Tuesday, November 12, 2013

Alahai budak budak zaman sekarang

Baru balik dari majlis konvokesyen Abang Zarin.  Kali ini mama benarkan dia naik bas bersama kawan-kawan. Belajar berdikari sikit sebab memang asyik nak melekat dengan mama je. Tadi sampai nampak je mama terus berhenti makan nak duduk atas riba. Aduiiiila... Anak oh anak! Sementara menunggu gilirannya, sempatlah juga beramah mesra dengan kawan-kawan yang selalu disebut-sebutnya. Dalam duk sembang-sembang tu tiba-tiba ada sorang kawan Zarin ni bertanya, dia lelaki ok! 

Selfie kekdahnya! ibu dan anak

Kawan Zarin : Auntie, apa auntie pakai ni? sambil tunjuk kat mata
MamaZarin : oh, ni auntie pakai eyeliner.
Kawan Zarin : Cantik! apa kat baju auntie ni? sambil kuis-kuis manik kat baju saya
MamaZarin : Ni manik. Memang orang lekat kat baju.
Kawan Zarin : Cantik! Kenapa auntie pakai ni? sambil pegang cincin kat jari saya.
Mama Zarin : oh, ni cincin kahwin auntie.
Kawan Zarin : Kahwin?????? sambil senyum-senyum malu. Mummy kita pakai camni-camni je (sambil gosok-gosok tangan) mungkin losyen kot.

Aduhai, sungguh tak tersangka soalan-soalan kawan zarin ni. Budak 5 tahun ok! budak-budak sekarang memang suka perhati kot eh.

2 comments:

  1. hikhikhik... betul la budak budak sekarang...

    ReplyDelete
  2. alahai..bijaknya budak tu..macam2 soalan dia nak tanya..nasib auntie Ida rajin melayan..hihihi..Abg Zarin buat muka macam tu,so comel la..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...