Monday, December 16, 2013

Big Bad Wolf Books

Big Bad Wolf Books sememangnya dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi peminat bukukan. Kami sekeluarga pun tidak terkecuali dari ke sana. Sebenarnya kami tak merancang nak ke sana. Cuma adalah cakap-cakap pasal BBWB ni kat Mr. papa. Kebetulan anak buah saya pun ada datang, so ajaklah dia sekali. 

Mula-mula ingat nak pergi pukul 1 pagi, tapi saya sakit kepala dan tertidur. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Dalam masa yang sama Mr. papa pun terjaga juga, so kami decide untuk pergi waktu tu. Dalam pukul 5 pagi kami pun sampai di sana. 

Alhamdulilah orang tak ramai dan tak adalah kami terhimpit-himpit dan berebut buku. Paling penting boleh tolak stroller anak-anak. Hihihihihihhii. Parking pun senang. Tak perlulah parking kat luar dan jalan jauh-jauh macam tahun-tahun sebelum ni yang saya pergi. 

Jom lihat suasana pukul 5 pagi di BBWB dan aksi anak-anak serta buku-buku yang dibeli. 

lengang, senang nak pilih buku dan tolak stroller

Abang Zarin punya buku

Sofea yang lena beradu

Buku-buku Abang Zarin

Eh ada novel twilight la.. hehehehe

Yang ni sofea punya. Antara buku yang saya suka. RM15 untuk dua buku ni. Murahkan?

Yang ni pun Sofea punya juga. Murah-murah hingga terasa sayang kalau tak beli

Membaca jambatan ilmu, khatam novel la lepas ni

Aksi my chenta hati

Muka orang tak mandi ke BBWB. muahahahahahaha

Buku-buku di sini ada pelbagai genre, seperti novel, best seller, photography, masakan, novel melayu, kanak-akanak dan sebagainyalah. . Harga pula serendah RM2. Sape yang tak kemaruk weh! Capai-capai dan capai. Abang Zarin pun bukan main lagi, siap minta kotak untuk isi bukunya. Ingatkan tidur, tapi cerah biji mata tengok buku. Cumanya dia tak nak jalan sebab lenguh. 

Melihat telatah orang di BBWB pun best juga, ada yang tolak troli, bawak luggage, dan macam-maca. stroller anak juga tidak terkecuali dari menjadi tempai mengisi buku. Masa tengah que untuk bayar tu, orang dibelakang saya beli buku 5 kotak! 

Sejam setengah di BBWB kami pun pulang. Orang pula dah semakin ramai. Nasihat saya kalau nak pergi BBWB ni, silalah pergi pagi-pagi buta ya :)

Pesan mama: Next time nak pergi lagi, best sangat! Berbaloi-baloi

7 comments:

  1. Replies
    1. hihihihi...musim BBWB majoriti entry sama :)

      best kan fiza g sana

      Delete
  2. akhirnya saya tak sempat jugak nak pegi BBWB :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe ann, tahun depan ada lagi. memang berbaloi. saya suka beli buku untuk anak-anak

      Delete
  3. Ala..jelesnyaaa..tak sempat nak pergi langsung BBW ni..geram tengok orang memborong buku2 anak2..NEXT BBW please!!hihih..

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah, umur panjang tahun depan boleh pergi! ;-))

    tak mandi pun okey jerr! macam comey je..macam busyuk jer.. ahaks! jgn marah k.ton!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...