Friday, December 27, 2013

cik pea cetum

Terasa cepat masa berlalu, Alhamdulillah sekarang Zea Sofea dah pun 11 bulan.. Dah makin besar semakin banyaklah telatah yang kadang-kadang buat kami gelak,  kadang-kadang geram. Tapi selalunya gelak lah.
Hobi terbarunya sekarang ialah koyak tisu sampai cetum lah mulutnya.  Kalau ikutkan mulut cetumnya itu siap buleh ikat reben.  hehe

cetum cetum ralit

Selalunya dia akan merangkak dan masuk bilik abang zarin. Senyap je,  alih alih dah bersepah tisu. Risau juga kadang kadang dia suka masukkan dalam mulut. 

Biasanya abang Zarin lah yang selalu monitor sofea.  Kalau terdengar dia menjerit

koyak lagi, lagi dan lagi

Ya Allah Adik!  habis sepah bilik Abang. 

Kemudian Abang zarin keluar sambil dukung sofea yang dah nangis sebab dah kacau kekhusyukkannya sepahkan bilik abang.

Mama adik berat macam gergasi!


paling khusyuk ni

heheheheheh.. jangan marah mama! Nanti papa vacum ya

hasilnya, baru sikit
Pesan Mama : Anak-anak yang sentiasa menceriakan hidup kami. Semoga terus membesar dengan sihat sayang!

5 comments:

  1. hahahaha....berat mcm gergasi yg tak tahan tuh!

    ReplyDelete
  2. comey lah cik pea ni..jeles kat rambut dia tu ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. betul la, muncung tu sampai boleh ikat reben...comel betul :)

    ReplyDelete
  4. macamana la gaya abang zarin dokong pea kan..."berat macam gergasi.."..hamboih la hai..

    ReplyDelete
  5. Teringat Pa'e dulu2 begini juga... suka carik2 tisu.. tapi kan pernah baca bagus tau dia main carik2 ni..IQ nak berkembang...
    makin comellll lah dia..:)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...