Thursday, December 26, 2013

Isu curi gambar yang tak sudah sudah!

Tak tahu nak mula dari mana. Tapi itulah hakikatnya bila isu curi gambar tak sudah-sudah. Bukan saya saja yang terkena, tapi rasanya ramai lagi yang terkena. Perasaan???? Macam-macam ada macam pakej Astro. 

Yang nak jadi bertambah marah bila gambar kita digunakan untuk tujuan komersil, kali ini gambar strawberi cheesecake. (boleh rujuk sini). Susah sangat ke hah kamu-kamu wahai penjual nak tempek gambar sendiri? Susah sangat ke? Bancuh sajalah tepung instant yang kamu jual tu, hias dan ambil gambar. Mudahkan? sesimple ABC. 


Baru-baru ini saya dah berPM dengan penjual tepung instant juga, katanya ramai dah guna gambar saya tu untuk produk mereka. Tambahnya lagi, kalau gambar internet sesiapa pun boleh cilok. Ok fine! Pada saya susah nak bercakap dengan orang macam ni. Dahla curi gambar orang, pastu nak cakap dia je yang betul. So bila sembang-sembang akhirnya dia setuju utk kreditkan gambar itu pada saya dan akan bagitau pengedar lain supaya jangan gunakan gambar saya lagi.

Sebenarnya bukanlah nak marah sangat, tapi rasa macam mereka menipu. Menipu sebab gambar yang mereka ambil sebagai contoh untuk jual produk sebenarnya tidak menggunakan produk tersebut. Kita susah payah godek resepi alih-alih orang senang senang je cakap guna tepung instant. 

Dunia oh dunia. Kalau ada modal untuk hasilkan tepung instant, takkan tak ada modal untuk upah photographer ambil gambarkan? pleaselah jangan buat kerja mudah saja! Hargailah peluh ketiak orang lain ok! Susah sangat upah ajelah Ai untuk ambil gambar. Ai tak cas pun, cukuplah dengan bekalkan tepung instant free tu pada Ai. Miahahahahahaha

Pesan Mama : Tq pada kawan-kawan yang sentiasa peka dengan gambar saya. Jasa kalian sangat-sangat dihargai. pssstt: Lagi geram bila orang ambil gambar kita, pastu claim yang tu gambar dia punya. Memang dasar tak tahu malukan??? mmmmmm

6 comments:

  1. Nak senang saja diaorang ni kan...

    ReplyDelete
  2. uishhhhhhhhhh. napa prangai g2 lahai... ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eb, serius mmg ramai yg berperangai gitu. tp untuk kita nak check mmg tak dptla. kadang kadang bila terlintas di wall baru perasa, eh tu gamba aku tu! huhuhuhuhuh

      Delete
  3. Kira nak senang.tp x pikir panjang..nak meniaga tp cilok org punya gambar..apadaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula sis. Tak faham sgt org gini. dah nak meniagakan, gunalah hasil titik peluh sendiri. lagi baguskan :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...