Monday, December 9, 2013

siang mengantuk malam berjaga

Oh, oh oh. Jadual tidur anak-anak genius kami bertukar sekarang ni. Siang mengantuk malam berjaga! mula-mula ingat sekejap sahaja perubahannya, tapi dah masuk hampir tiga minggu kot! Serius kepala mama agak ting tong bila datang ofis, walaupun kebanyakkannya Mr. Papa yang banyak berjaga. hihihi..
 
 
 
eh, awal lagikan mama? jangan marah yaaa.. senyum cikit macam sofea ni!

Jadual tidur Sofea lebih kurang ginilah, balik dari nursery dalam pukul 8-9 malam akan tidur dan bangun pukul 11-12 malam. Kadang-kadang dalam kereta dah tidur. Bila dia dah terjaga tengah malam tu, dia asyikla bermain dan akan tidur balik antara jam 2-4 pagi.


Main sorang-sorang pun jadi

Bila dah tidur lambat, bangun pun surelah lambat. Sofea bila hantar ke nursery memang tidur, dan akan bangun  antara jam 11-12 tengah hari. Memang saya dah pesan kat cikgu, biar je dia tidur. Bila waktu dah bertukar ni, minum susu pun kurang. Sehari hanya 2 botol sahaja. Makan okey macam biasa.

Ni aktiviti abang, tengok movie!

Itu perangai si adik, dan ini perangai si abang pula. Bila adik tak tidur abang pun raya sakanlah jugak. Kadang-kadang tu geram juga sebab bila mata adik dah layu, si abang datang bilik mama dan main lompat atas katil, kadang-kadang saja nak peluk adik lah, nak main ngan adiklah, dan macam-macam lagi. Bila si abang dah ada, si adik apa lagi, melentik-lentik macam ulat dah seronok nak main ngan abang. phewwwwww!!!! peluh kami laki bini weh!
 
Satu lagi, Zarin tengah-tengah malam memang akan minta makanan. Katanya kalau abang tak makan nanti abang mati. Perut abang dah sakit ni. So kena prepare makananlah. Kadang-kadang order Pizza, KFC, kadang-kadang masak nasi lauk telur pedas atau pun udang pedas.  Macam semalam saya buat mee kungfu. Lepas makan mee kungfu, minum pula hot coklat semug dan roti bakar dua keping.

Seronok main


Tapi syukur alhamdulilah, zarin tidurlah lewat macam mana pun, bangun pagi tetap ok, takde lah nak ngamuk ke nangis ke apa. Cuma mengantuk tu ya lah. Sebab tu masa hantar kat nursery dah bagitau cikgu dia supaya bagi dia tidur dulu kalau mengantuk, sebab tidur lambatkan. Nasib baiklah cikgu-cikgu dia ok.
 
Ada juga yang berkata, jangan ajar anak tidur lambat. Tapi entahlah, bukan kami yang ajar atau latih pun, tetiba sahaja jadual mereka bertukar. Ada juga yang cakap, jangan bagi tidur awal tu. tapi kalau dah mengamuk menangis nak tidur (sofea) memang akan tidur jugalah. Harapnya kejap jelah. Tapi rasanya kalau budak baya sofea memang normal jadual tidur bertukar. Sebab seingat saya dulu Zarin pun gitu juga, malah lagi teruk rasanya.
 
Pesan mama : Anak-anak dan Mr. papa memang ok saja jadual macam manapun. Tapi mama yang kaki tidur ni, memang macam garfieldlah kat ofis. Aduhaiiiiii. anak-anak, kita tidur macam biasa naaaa.

4 comments:

  1. kak ida sama la dengan dak qebal n qeram.. duk ngadap laptop sampai 2 pagi sanggup.. mama papa lena tetiba terjaga dengar gelak2 dedua org ni.. aduiihhh.. geram pun ada.. kang hempuk jugak laptop tu..

    ReplyDelete
  2. badan dia x plak besar ek makan lambat pun

    ReplyDelete
  3. Alahai kesiannya mama n papa..kalau aida pon tak larat nak tunggu..mengantukk..huhuhu...Hopefully jadual mereka akan berubah dan kembali ke normal..Anak2 aida pulak,tak kisah lah baru bangun tido ke,kalau Mommy nya dah tido,diorang pon akan ikut tido jugak..hahaha..kami kembaq siam!

    ReplyDelete
  4. kihkihkihk..nya buat keras mata cik pea... si abang pun tegak aje nonton movie..mcm2 perangai kan... nk buat mcm mana kan...;-))

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...