Tuesday, December 24, 2013

Two one grill di Jalan Kuang

Entry makan-makan yang dah lama terperam hampir 3 minggu kot. Apa yang dimakan pun dah selamat menjadi baja. Tapi arini baru nak entrykan. Pertama kali kami makan di two one grill di Kuang, berhampiran dengan Tasik Biru. Kalau tak silap restoren ni pernah masuk dalam Jalan-jalan cari makan. 

Sebenarnya tak rancang nak ke sini, lepas beli barang dapur kat Jusco AU,  terus mr. papa cadang ke sini. Pada mulanya rasa macam malaslah nak pergi, macam jauh dari rumah. Lagipun dah hampir jam 9 malam. Bila tengok anak-anak ok, lantas ubah fikiran terus nak pergi. Tapi sebelum pergi singgah rumah kejap untuk simpan ikan sofea dan dalam masa yang sama sofea dah siap buat "kuih" pun.  huhuhuhu

Ai is kurang penyabar orangnya. kejap kejap tanya, kejap kejap tanya mr. papa 

"Jauh lagi ke? jauh lagi ke?"

Mr. papa kata dalam 30 minit. Dan dia juga berkata mama pun dah jadi macam Zarin. Tanya soalan yang sama berulang kali tanpa jemu. hohohohohoho.. Anak beranakakkan? haruslah sama gen. hehehe

Akhirnya sampailah kami kat sini. Tak adalah jauh sangat pun, kejap je rasa. Masa sampai orang pun lebih tahan juga ramai. Dan inilah yang kami order. Ada dua jenis makanan yang tak snap gambar, sebab anak-anak dah mula menunjukkan aksi super duper aktif. 

oren dan tembikai

carrot cake, datang dengan set steak termasuk air. Tapi tak ada dalam gambar airnya. heheheehehehe.. kek ni dah makan nak habis baru ingat nak snap gambar. 

mashed potato, untuk cik pea-

Chicken Chop mama punya tapi abang Zarin yang habiskan. sob-sob

steak, mr. papa punya

Abang Zarin yang super duper aktif suka dapat naik boyan

cik pea aka semek jepun. Langsung taknak duk dalam baby chair. Sebab tengok abang duk lari sana lari sini, main-main. tunggu 'dapat kaki' ye dik! 

Untuk Zarin dia nak ayam, (ayam goreng drummet), 5 ketul setnya, tapi tak makan, Mr. papa yang habiskan. Dan juga burger daging, tapi makan sikit sahaja, Mama yang kena habiskan. Haaaissshlah anak, macam manalah papa mama dan jaga badan kalau macam ni. Pheewwww! 

Keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan makanan dan servis di sini. Harga pun memang berpatutan, iaitu antara RM12 dan ke atas. Sekali sekala nak ubah angin makan western bulehlah ke sini. Memang macam macam menu ada. Persekitaran pun ok. Dak Zarin suka sebab ada boyan (buaian). 

Oklah nak review lebih-lebih tak reti, sebab selera masing-masingkan. Tapi kalau nak mencuba bolehlah terjah ke sini. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari jam 5.30 petang hingga 12.00 malam. 

Pesan mama : Alamat??? oh tatau. Ambil kad dia, tapi dah hilang. huhuhuhuhuhuhu


3 comments:

  1. presentation makanan pun nampak menarik :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap! Haisy, camner ni, penuh dah senarai tempat nk g mkn, satu pun belum pergi. Bukan main bersungguh kak senarai..last2 mkn nasi goreng cina kat sentul jugak! hahahha, adoi la...

    ReplyDelete
  3. uhuhu..nampak macam sedap!air tu yang tak tahan..hihihi..Cik pea!comelnyaa awak..rasa nak gomol..hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...