Thursday, January 31, 2013

apa nama ZS jr.?

assalamualaikum...

sebelum ini kami memang tidak merancang sangat nama baby memandangkan scan asyik tak nampak sahaja. namun pada 38 weeks doktor mengesahkan bahawa baby yang saya kandung 100% girl! alhamdulilah, rasa macam nak lompat bintang pun ada...

pada hari ahad yang lalu mr. papa pun ke jpn untuk membuat surat beranak. nak tahu apa nama ZS jr.?????

jeng jeng jeng!

ZEA SOFEA

ZEA dalam bahasa latin bermaksud butiran (sesuai untuk nama bayi perempuan)
SOFEA pula bermaksud ' menawan'

jadi jika digabungkan menjadi 'butiran yang menawan'.

Kami memanggilnya dengan nama SOFEA.

oklah, hingga ke temu lagi, tuan puteri sofea dah merengek minta susu tu,

bye :)




Wednesday, January 23, 2013

dah bersalin!

assalamualaikum...

alhamdulilah, saja nak maklumkan pada kawan-kawan yang saya telah pun selamat melahirkan baby girl pada 21 januari 2013...

serius, kesuntukan masa untuk mengupdate blog, baru nak sesuaikan diri dengan status mama anak dua, kihkihkih...

apepun terima kasih pada yang mendoakan saya ya.. nanti saya ceritakan pengalaman bersalinkan baby ya, agak-agak ada yang nak baca tak?

saja kongsikan sekeping gambar baby semasa dalam labour room ;)

Friday, January 18, 2013

Mak sentap!

Bila berjauhan daripada suami memang macam-macam perasaan ada. Lebih-lebih lagi melibatkan Zarin. Ya, Zarin memang tersangat rapat dengan papanya. Setiap hari bangun pagi dia bertaya

"Mama, nape papa tak balik lagi? Banyak sangat ke work papa tu?"

 Kalau soalan yang macam tu, memang bolehlah nak reka-reka jawab. Tapi baru-baru ini tengah tidur tiba-tiba nampak dia nangis teresak-esak. Badannya terhinjut-hinjut. Ingatkan lelah ke apa. Bila saya kejutnya sambil nangis dia cakap

"Zarin rindu papa! Bab tu Zarin nangis!"

 Ya Allah, serius sentap hati mama ni! terus rasa nak balik KL. Huwaaaa, lepas tu dua-beranak duk layan nangis. Cuba pujuk-pujuk dia.

"Kalau abang goodboy, abang tak boleh nangis. Nanti baby dah keluar kita balik KL."

Pagi semalam dia kata lagi.

"Papa ni asyik work je, papa tak sayang Zarin!"

Haaaaa, kali ni bapak dia pula yang sentap! sob-sob-sob.

manja papa


Tapi buat masa ini, dia oklah. Biasanya Zarin akan cakap macam tu bila time nak tidur dan bangun tidur. Syukur juga kakak dan abang saya selalu bawa dia keluar jalan-jalan, main kat taman, dan sebagainya. Tak adalah dia asyik duk teringat kat Mr. papa je.

Setiap hari ummi dan kakak saya asyik bertanya apa yang saya teringin nak makan. Begitu juga Zarin. maklumlah Zarin ni agak high taste. Biasa Mr. papa yang akan melayan kerenah anak bujangnya itu. Pagi ini pula mak mertua bawakan nasi kerabu yang saya idamkan. Tak lama selepas itu, adik ipar pula datang bawak KFC untuk Zarin. Alhamdulillah, syukur ya Allah saya dikelilingi oleh orang-orang yang sangat memahami dan menyayangi.

 Psst: Selalu pujuk adik baby supaya cepat keluar, kalau Zarin dulu awal seminggu dari EDD. Adik baby ni tataula camne.

Wednesday, January 16, 2013

update 38 weeks ++

Assalamualaikum...

Eh ada yang rindu saya tak? dah beberapa hari tak update blog. Malas nak ngadap pc. Ni pun pinjam ipad zarin. So lepas ni saya akan update guna benda alah ni je la sepanjang berpantang, serius tak best.

oh ya, sebenarnya saya dah berada di kampung, saja ambil cuti bersalin awal, sekarang sedang menunggu hari...tik tok tik tok...seram sejuk berdebar semua ada. follow up check up baru-baru ni doktor memjelaskan bahawa jalan dah pun terbuka. hanya tunggu masa sahaja. Alhamdulilah semuanya dalam keadaa yang baik...

Oklah, hingga ke temu lagi, doakan semoga segalanya dipermudahkan ya :)

Thursday, January 10, 2013

Wondermilk -Red Velvet Cupcakes

Surprise! surprise!!!!

Oh, terharunya bila Mr. papa baru sahaja menghantar red velvet wondermilk seperti yang saya idamkan ke ofis. Dari semalam teringin nak makan red velvet, tak kisahlah kek ke cupcakes. Semalam juga dia cari, tapi dah habis kat wondermilk, so dia pergi beli kat bangsar. Tengok luaran, Ya allah menggeliurkan!!!! Tapi bila makannnnnn?????? Langsung tak sedap. Creamnya bukan cream cheese, tapi cream icing kot. Serius nak nangis bila rasa tu.

siap ada luv-luv ko! romantic juga Mr. papa ni. kehkehkeh
 

Terus tak jadi nak makan, masuk bilik lipat baju sambil sebek. Hohohohoho... Tapi hari ni hati kembali ceria. Tiga biji RVCC yang comel tu dah selamat masuk perut. Alhamdulilah. Mak yong tak ngidam dah. 

Tq Mr.Papa, sungguh terharu rasanya. Terus terasa diri dilayan seperti puteri raja. Walaupun memang dah dilayan macam puteri pun.

Wednesday, January 9, 2013

mengidam vs teringin

Bab mengidam dan teringin ni memang sinonim sangat dengan orang mengandung. Kadang-kadang yang tak mengandung pun duk teringin macam-macam. hehehehehehehehe...

Ok, berbalik pada tajuk entry, di hujung-hujung kehamilan ini terasa nak mencatat pula apa yang saya lalui sepanjang kehamilan khususnya melibatkan makananan. Alhamdulilah, sepanjang mengandung kali ini saya tak ada mengidam atau teringin nak makan sesuatu yang pelik-pelik atau susah nak dapat.

Berikut merupakan makanan yang saya suka makan (bukan mengidam ke teringin ke apa) tapi suka makan. (*_________*) sebab tu badan naik banyak!

 1. Spagheti/pasta.

yang dimasak sendiri, apa kurangnya :)

Di awal kehamilan memang inilah selera saya. Setiap hari kalau boleh nak makan spagheti/pasta. Oh selera omputih sungguh. Macam-macam kedai juga yang masuk, siap google dan listkan lagi restoren mana nak pergi, atur siap-siap.

tony roma's punya, udang gemuk juicy

Sesetengah tu saya masak sendiri je bila dah terasa nak makan sangat, tambah-tambah kalau dah tengah malam. Gigih bangun masak spagethi olio. Itu je yang paling mudah. Tetapi yang menjadi kegemaran saya ialah shrimp pasta kat tony roma's ni. udang yang juicy, pedas-pedas sikit. Oh! oh! Hampir dua minggu juga selera omputih ni berlegar dalam diri saya.

 2. Nasi Arab

Selepas selera omputih, beralih pula ke selera timur tengah iaitu Nasi mandy. memandangkan saya tak suka sangat kambing, jadi kebanyakan kalau saya order nasi arab saya akan order chicken mandy.

pic from google

Selera saya lebih kena pada chicken mandy di Restoren Saba. Al-Rawsha, ok juga, tapi lebih suka yang Saba. Kat lain tak pernah makan pula. Kalau tak dapat makan tengah hari, balik kerja, kalau tak sempat juga, Mr. papa tapaukan. Pernah tak boleh tidur malam sebab duk teringat-teringat nasi Arab ni. Punyalah hebat selera masa tu sehingga ada yang cakap, confirm baby nanti hidung terpacak, kenan kat Pak Arab. ehehehehehehehe..

3. Tembikai 

Ya, inilah buah kegemaran saya. Sekali beli 2 biji, merah dan kuning. kadang-kadang buat air dan paling suka ulam dengan nasi. Bukan saya je yang suka, malah Mr. papa dan zarin pun suka juga. Cuma tak suka sikit bila Zarin sebut tembikai, jadi (babikai) sob-sob...

pic from google

4. ABC

 Air batu Campur, paling suka dekat brickfields. Tapi ABC ni saya hanya akan makan bila saya cakap nak ABC, wajib ada depan mata. Bila bagitau Mr. Papa nak ABC, pastu petangnya baru dia tapaukan, terus simpan berhari-hari dalam peti, sampai jadi keras kejung.

 6. Taufu fa 

Yang ni sama macam mengandungkan Zarin dulu, teringin nak makan tau fu fa, makan masa sejuk-sejuk. oh nikmatnya. Dan last sekali yang saya suka makan sekarang ialah 

 7. Coconut shakes.

 Merata kedai dah cari dan beli, tapi masih tak dapat puaskan tekak ni. Ada yang beli, minum seteguk terus buang, sebab tak sedap langsung. gara-gara mencuba pelbagai jenis coconut jygalah saya batuk baru-baru ni. hohohhohohoho... 

Rasa-rasanya itu je la kot yang saya mengidam dan teringin nak makan. Alhamdulilah, kali ni tak adalah nak makan yang pelik-pelik. kalau benda pelik peluh juga ketiak Mr. Papa nak cari. kehkehkeh

Lain orang lain ragamnyakan? Apepun bersyukur kerana apa yang saya teringin dan mengidam semua dapat. yang ni bab makan je tau, tak termasuk yang lain macam, cincin berlian ka, gelang mas ke, kereta sport ke, rumah cantik ke. hohohohoho....

Tuesday, January 8, 2013

anggur dan jaundis

"Kata orang, memakan buah anggur ketika hamil dapat mengelakkan bayi yang dilahirkan terkena jaundis. Kita ikhtiarkan, semuanya dengan Izin Allah." 

Umum mengetahui bahawa anggur memang banyak khasiatnya, mengandung kali ini saya lebih suka makan tembikai. Namun bila baru-baru ini, ibu saudara saya bersalin dan anaknya langsung tak terkena jaundis. Jadi saya pun korek-koreklah rahsianya, katanya makan buah anggur dan juga sengkuang china bila dah masuk kandungan 7 bulan.

hijau, hitam, merah. satu persatu masuk mulut silih berganti..nyum-nyum

Sudahnya saya terus meminta Mr. Papa belikan semua jenis anggur yang dijual digerai yang dia singgah. Hihihi, walaupun dah terlambat tapi tak apalah. Makan buah-buahan memang bagus pun untuk ibu hamil. 

Friday, January 4, 2013

Hadiah Tahun Baru

Oh, sungguh tak sangka tahun ini dapat hadiah tahun baru dari Mr. papa. Nak tahu apa hadiahnya??? haaaaaaa, handbag seketul! alhamdulilah, rezeki orang nak bagikan, free sape tak suka. kehkehkeh. 

Saya bukanlah peminat handbag sangat, maksud saya bukan jenis yang wajib tukar-tukar handbag selalu, biasanya hanya ada 2-3 je, sekali pakai hingga lunyai, baru tukar-tukar, kadang-kadang tukar-tukar juga ikut keadaan, nak pakai jenis tote ke, sling ke ikut keadaan. Sebelum ini saya penggemar nine west dan juga charles and keith. Itu je yang mak mampu!

Sebelum ini memang saya ada mention kat Mr. Papa nak beli handbag baru. Setiap kali nak keluar mesti cakap nak survey-survey handbag, tapi bila dah sampai shopping complexs, barang untuk anak-anak yang dicapai dulu. Kemudian dah balik rumah baru cakap, alamak terlupa tengok handbag. Kadang-kadang tengok juga, tapi tak ada yang berkenan. Mak cerewet nyah bab handbag ni! :P

selamat sampai

Memandangkan Mr. papa sekarang ni penjual handbag coach. So dapatlah saya merasa pakai handbag ni. Ye la, selalu order untuk orang sahaja, kali ini orderlah sekali untuk bini kesayangannya ni! Bukannya dia tak pernah suruh saya pilih, selalu sangat, bila ada orang order, selitlah juga untuk saya. Tapi saya selalu cakap nantilah, nantilah, nantilah saya pilih. Sudahnya tak terpilih. Jadi kali ini dia sendiri yang pilihkan untuk saya. Pilihannya ialah Coach Leather Zipper Tote F19456. Surprise gitu, mak suka!!!!! 

Mr. papa pun suruh saya tukar purse, tapi buat masa sekarang cik LV tu masih menambat hati saya. Sudah 6 tahun saya guna, tak ada masalah. Tunggu lunyai dulu la ye papa! Tapi kalau nak suruh saya pilih handbag satu lagi pun ok juga, saya nak jenis sling pula. Haaaaa, dah bagi betis nak peha pulak. kehkehkeh! 

Oh ya, kalau kawan-kawan berminat nak beli handbag coach ni bolehlah maklumkan pada saya ya. Bukan saya yang jual, tapi suami saya. Lucu pula bila mr. papa kata orang kastam cakap "biasanya orang jual handbag ni jenis yang lembut-lembut, tak sangka orang tough pun jual handbag jugak! nanti saya nak order jugalah". hahahhahahahahahahaha..

 Apepun tq so much Mr. papa. Sayang dia ketat-ketat ^_______________^

carta perencanaan anak soleh

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi carta perencanaan anak soleh

source: FB
     Anak-anak ibarat kain putih. Kita ibu bapa yang mencorakkannya. Renung-renungkan :)

Thursday, January 3, 2013

Zarin ke tadika

Semalam merupakan hari pertama Zarin ke Tadika Islam Masjid Wilayah. Bukan main excited dia, mama je yang cuak. Kalau Mr. Papa dia kata " Kita hantar je Zarin, tak payah tunggu". 

"Hello papa, anak kita baru 5 tahun ok! Bukannya form 1!" 

So semalam mama pun cutilah sebab nak hantar Zarin masuk tadika. Alhamdulilah, Zarin seronok ke sekolah. Tak ada adegan air mata atau berkepit celah ketiak mama. Masuk kelas duduk kat tempat, dah dapat kawan baru. Mama yang ngintai kat luar langsung tak dihirau. Sekali sekala je bila ada budak yang nangis mak bapak datang pujuk barula mata dia duk melilau cari mama, lepas tu bye-bye dan senyum!"


senyum simpul nak masuk kelas
 
Alhamdulilah, rasa happy bila anak tak perangai pergi sekolah. Oklah, Zarin pun dah besar. Sebelum ni pun memang dah pesan kat dia " Abang Good Boy, tak boleh nangis, dengar cakap cikgu, belajar pandai-pandai...bla...bla...blaaa..." Yang lucunya balik rumah semalam dia mintak nak tengok gambar dia kat sekolah, bila tunjuk dia cakap "mama, kenapa mama tak ambil gambar kawan yang nangis nak mak dia semalam tu?" Hamboiiiiiiiiii, bukan main lagi budak ni.

Kasut pun tulis nama sebab takut bertukar, itu pesan cikgu, semuanya mesti dilabel 
 

 Dan pagi tadi bila hantar dia ke sekolah, simpan kasut atas rak dia cakap "Mama salam dan kiss zarin dahla..tak payah ikut zarin masuk kelas" hamboiii lagi. hihihihihihihihi...

Tapi saya bawa juga dia masuk kelas, pesan itu ini dan terus tinggalkan dia. Pukul 10 lebih, cikgu nurserynya call cakap saja datang tengok Zarin kat sekolah, alhamdulilah tak nangis dan ok je, tengah belajar ABC.

Pukul 12 lebih pula cikgu nurserynya call lagi cakap dah ambil Zarin dan bawak ke nursery dah :) (kes cikgu yang akan ambil Zarin dari sekolah, kemudian transit ke nursery nanti)

Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan. Semoga Zarin seronok dan rajin-rajin belajar. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...