Saturday, February 23, 2013

kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 JAM SELEPAS BERSALIN


Salam, memandangkan sofea tengah lena tidur dan Zarin pula ikut mr.papa pergi beli breastmilk storage bottle/liner, jadi sempatlah saya mengupdate blog.

Hari ini saya nak berkongsi kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 JAM SELEPAS BERSALIN

1. susui bayi anda secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran
2. Ini penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
3. bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat sebaik sahaja dilahirkan (ROOTING REFLEX)
4. Membantu dalam pengecutan rahim untuk mengelak tumpah darah selepas bersalin
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama bayi
6. mengeratkan kasih sayang ibu dan anak (BONDING)

Berbalik pada kisah saya, masa bersalinkan Zarin dulu, saya tidak dapat memberi zarin susu secepat mungkin kerana zarin perlu di bawa ke NICU akibat tertelan najis. Sedih tapi redha.

feed me! or nobody sleeps

Bersalinkan Sofea pula, dari awal saya telah mengisi dan menandatangani borang untuk fully breastfeed. Jadinya, setelah sofea dibersihkan, memang sofea diberikan kepada saya untuk disusukan. Alhamdulilah :) Seronok tau, sebab first time bagi baby susu, terus pandai hisap, mata pun bukan main luas lagi celik. Baby zaman sekarang. Lahir sahaja dan bulat mata melihat dunia.. hehehehehe

Friday, February 22, 2013

mutiara kata #12

salam jumaat yang penuh keberkatan :)

Friday, February 15, 2013

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi dan ibu


Umum mengetahui bahawa penyusuan susu ibu membunyai banyak kebaikan. Berikut merupakan faedah-faedah susu ibu untuk BAYI:
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (tinggi IQ)
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
8.Menggalakkan Tumbesaran.
9. Penghadaman yang mudah.

Tidak dilupakan juga faedah-faedah yang diperolehi daripada penyusuan susu ibu untuk diri IBU itu sendiri:
1. Membantu mengecutkan rahim mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan (hihihi...xyah la ambil perancang)
5. Menjimatkan masa dan wang (yg ini papa n mama mesti senyum lebar)
6. Mudah dan tidak perlu persediaan (bila-bila masa dimana sahaja...selak sahaja!)

Selamat menyusukan bayi anda, Sharing is caring :)

Oh ya, sila jangan jemu sekiranya selepas ini banyak entri berkaitan susu ibu :)

psst: sejak bertukar status mama anak dua (hanbag kiri kanan), tak berkesempatan nak blogwalking. Insyaallah jika berkelapangan saya pasti jejakkan kaki ke rumah kamu, kamu, dan kamu yang cute tu! 

Thursday, February 14, 2013

Berat nanang ke ringan nepung?

14 Februari,

 Hari ini genap 25 hari berpantang. tik tok tik tok, kejap je masa berlalu. Kalau berpantang 44 hari, berbaki lagi 19 hari. Ummi saya cakap pantang 42 hari sudah. Kalau 42 hari maksudnya ada baki lagi 17 hari. Oh tak lama dah, lagi dua minggu je lebih kurang. 

Semasa mengandung, perihal berat badan yang paling ditakuti. Bukan apa, Mengandungkan sofea berat saya naik 22 kg. Maknanya berat last masa checkup adalah 72kg. whatttttt???? 72kg habaq hang! Bukan ringan ok, berat nanang dah tu!

Setiap hari duk risau boleh turun ke tak lepas bersalin nanti. Bila lepas bersalin, setiap hari timbang, nak kata susut sangat takla juga, adalah penurunan tapi takla secepat turun zarin dulu. Ok takpe, makan je dalam pantang ni, tak perlu diet. Sebab dalam pantang memang sentiasa lapar. So jangan duk berBFF sangat ngan penimbang tu. Jadi semalam saja gatal-gatal pi timbang. Rupa-rupanya berat saya dan susut banyak! dan masuk ke 5 series ok! i like!!!!!


59.8kg, banyak dah menyusut ni. berat nanang ke ringan nepung ni?

Alhamdulilah, ternyata banyak juga yang turun sepanjang 24 hari tu. Misi seterusnya nak mencecah berat badan sebelum bersalin, 50kg. Oh, hampir 10kg lagi lelemak kena nyahkan dari badan ni! Cuma risau juga, berjayakah misi itu? Tak pa kita ikhtiarkan. Nak kata saya diet tak juga. Setakat ni nasi memang 2 kali sehari, biskut jacob's dan habis dua tin, biskut hup seng dan masuk plastik ke 2 dah! kahkahkah..

Setiap kali tiba waktu lunch dan dinner selalu pesan kat ummi, nasi sikit, sayur banyak. Tapi yang datangnya tetaplah setimbun nasi. Kata ummi, makan takat habis, dalam pantang takleh tambah. So bila ummi kata makan takat habis dan takleh tambah, akhirnya memang habislah nasi yang setimbun itu. kahkahkahkahkah gelak lagi. 

Ummi kata lagi, orang menyusu kena makan banyak, dan sentiasa lapar. (memang pun, tak dinafikan memang terasa lapar je manjang) tu ummi tengok dah kurus dah tu. Insyaallah boleh kurus macam dulu. Makan je la. (oh, pujukan dan kata-kata yang sukar untuk saya tolak segala jumlah hidangan yang disajikan). Kesudahnnya Makan sampai licin lagiiiiiiiiii!!!!! 

Nampaknya masih ada berbelas-belas hari untuk saya turunkan berat ni. Orang kata masa dalam pantang nilah nak diet pun, sebab berat cepat turun. Insyaallah. Oh, Fellina belum lagi saya guna. Agak-agak kalau guna Fellina confirm MELIDI lepas ni, tak adalah besar dan terkadang macam batang Pisang! (^____________^) Tet!

Wednesday, February 13, 2013

Kasih Abang!

Alhamdulilah, Abang Zarin tersangat sayangkan adiknya Sofea. Setakat ini abang Zarin memang boleh diharaplah. Mungkin juga dia dah besar, dah faham tanggungjawab seorang abang. Bab minta tolong memang maveles, ambil pampers, ambil baju, wipes dan segala-galanya pantas dibuat tanpa perlu disuruh berulang kali.


Abang bucuk, jangan kiss adik!

Cuma yang tak best bab main bukak tutup pintu je yang tak berapa best. Suka sangat hingga adik terkejut dan terjaga! aduiiiii!


Kasih abang, Zarin dan Sofea

Paling suka time dia nak pujuk adiknya sofea dari berhenti menangis, terus keluar 'lailahaillallah! lailahaillallah!lailahaillallah!' (dibaca dengan nada slow hingga kuat) lagi adik tak berhenti nangis lagi kuat dibacanya. Kadang-kadang kalau adik nangis dia tanya 

 "Baby Sofea nape nangis, Sofea rindu papa ke? Abang pun! nanti Papa balikla!"Hok aloh, menusuk kalbu sungguh ayat mu abang Zarin weh! huhuhhuhuhuhu 

 Apepun syukur sangat Zarin tak banyak kerenah. Memang sayang sangat kat adik dia ni. 

 Zarin dan Sofea permata hati kami :)

Tuesday, February 12, 2013

Menu dalam pantang

Setiap kali berpantang memang inilah yang ditunggu-tunggu, iaitu menu-menu dalam pantang. Semuanya berkhasiat dan paling penting dapat turunkan berat badan dengan cepat, i like! 

Inilah antara menu saya untuk lunch dan dinner ketika sedang berpantang

1. Nasi putih, sawi masak air, dan juga ikan termenung bakar 
2. Nasi putih, sawi masak air, dan juga ikan tenggiri goreng garing 
3. Nasi putih, sawi masak air dan sup ikan haruan
4. Nasi putih, sawi masak air dan juga ikan haruan goreng garing

Untuk breakfast dan waktu-waktu (kecederaan) sebenarnya kelaparan iaitu untuk sarapan pagi, minum pagi, minum petang dan supper ialah 3-5 keping biskut cream cracker jacob's atau biskut cream creaker hup seng cicah horlick atau cicah dutch lady coklat. oh sungguh nikmat!

Selain itu, saya banyak minum air masak. Alhamdulilah, nasib baik ummi saya bukanlah orang yang jenis catu air, kalau tidak jenuh juga. Kurang air nanti jadi dehidrasi pulak, susu pun kurang. So banyakkan minum air masak ya :)

    

Ummi saya ada juga bertanya kalau-kalau saya nak makan roti bakar, tapi serius saya tak berani lagi. So makan jela makanan rutin dalam pantang. Ikan stiam pun saya taknak makan lagi. Setiap kali ummi nak masak mesti pesan, sayur banyak-banyak pun tak apa. hihihihihihihi...Yang penting makanan yang berkhasiat dan seimbang. Entah kenapa pantang kali ni saya tak makan sunkist. Oh nampak gayanya kena suruh mr. papa beli la. 

 Pssst: sejak berpantang ni berat dan turun 12kg you! dari 72 tinggal 60! yessssss! lagi 10 kg kena nyahkan lemak dari badan ai ni!!! muahahahahahaha, harap misi mencapai berat badan ideal setelah habis pantang berjaya, insyaallah.

Thursday, February 7, 2013

setia hujung nyawa

hikhikhik, nak gelak dulu. sejak cuti tiga bulan ni, banyak pula masa dihabiskan untuk menonton tv. tak kira cerita dari negara mana semua saya layan. bosan agaknya, cerita sinetron yang suka jegil-jegil mata, tertukar anak dan sebagainya. sungguh sudah lama tak menikmati cerita-cerita begini. tet!

baru- baru ni, terjebak pula dengan cerita slot akasia di tv3, setia hujung nyawa. saya tengok pun dah episod yang ke belas-belas dah. nak tahu, punya la gigih saya siap khatam lagi cerita tu dari episod 1 sampaila ke episod 27 semalam. saya suka cerita ni, sweet je tengok kerenah pelakon utama dia, comey dan hensem. ahahahahahahaha...bila mama anak dua duk layan cerita muda mudi ginilah jadinya..

masa zain tengah marah dan suka buli ersalina tu geram juga. tapi bila derang dah bebaik ni, alololo, sweetnyaaaaaaaa... tapi sayang hari ni dah episod last dah. agak-agak apa kesudahannya ya. happy endingkah?

eh, korang tengok tak cerita ni sebenarnya? kalau tengok jangan lupa saksikan episod akhir petang ni ok?

oh ya, lagu-lagu dalam cerita dia pun best. haaaaaa, mak budak dah mula jadi kaki tengok tv untuk 3 bulan ni.. hohoho...

bukan apa, untuk hilangkan rasa boring + rindu kat mr. papa, so xdelah setiap masa terkenangkan encik suami yang jauh dimata dan sentiasa dihati tu.. kihkihkih...

ai tengah pjj sekarang ni, rindu ok! eh, ada kena mengena ke dengan tajuk entri ni? kahkahkah..hentam sajalah :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...