Friday, March 29, 2013

Himalaya Member's Day One Utama

Himalaya member's day kembali lagi! 28 mac 2013 bertempat di one utama, Hanya satu hari, so saya pengguna produk Himalaya sudah pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Jom tengok apa yang saya borong

makin bertambah koleksi shampoo
   
 Oh yang kat atas tu goodie bag. PERCUMA!

untuk mengawal kolesterol
Seperti biasa, supplement untuk mr. papa :)    

suka hand sanitizer ni, wangi. 
hand sanitizer ni dah lama nak beli..kali ini offer 80% you! wajib la grabkan.. dan pencuci muka saya, hanya offer 20%. sob-sob. jadilah dari tak ada offer langsungkan.

anak-anak punya
Dan untuk zarin dan sofea juga tidak dilupa. wangi sangat-sangat. suka!

hasil borongan
Kali ini saya tak dapat bagi detail harganya sebab cari resit tak jumpa. dah lupa letak mana. Nak tahu berapa saya habiskan untuk kesemua barang di atas??? Hanya RM112.06 sahaja. Berpatutankan? 

Cuma rasanya kali ini member's day nya tak meriah sangatlah. Tak banyak sangat barang yang dioffer. Ke sebab saya dah ada semua barang yang dioffer itu, jadi tak dapat borong banyak? ermmmmm... think! think! think! 

 Dan part yang paling best bila ke OU

zarin dan sofea punya :)
   
tadaaaaaaaa!!!!! shopping baju bajan anak-anak. Teruja bila kali ini dapat shopping baju baby girl..hikhikhik..

Thursday, March 28, 2013

FAEDAH PEMBERIAN SUSU IBU SECARA (ON DEMAND)


Hari ini saya ingin berkongsi faedah-faedah pemberian susu ibu secara (On Demand)

1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi. (perlu diingat lain baby lain caranya, jadi pastikan cara penyusuan bayi anda.)
2. Memudahkan ibu menyusukan bayi
3. Mengekalkan penghasilan susu
4. Merangsang pengeluaran susu denagn cepat
5. Mengurangkan bengkak payu dara. (sakit woooooo....buleh demam nie...Nasib baiklah setakat ni tak pernah alami bengkak susu lagi. Serik dah masa Zarin dulu)

Wednesday, March 27, 2013

al-fatihah

Pagi tadi saya dikejutkan dengan pemergian kawan baik saya iaitu Ej (Jamaeyah Ismail). Serius saya terkejut sangat hingga hilang kata-kata. Sebelum ini kami telah dikejutkan dengan berita yang dia mengidap kanser usus stage 4 dan juga turut menjalankan kimo.

Hingga sekarang saya masih lagi bersedih dengan pemergiannya. Ye lah, dia merupakan kawan baik kami semasa di Universiti. Tidur sebantal makan sepinggan! Masih teringat lagi telatah lucunya itu. Dia memang seorang yang sangat periang.


Ej (tudung warna belacan) dihari pernikahan saya. al-fatihah
 

 Hati saya bertambah sedih apabila mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil. Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui. Buat Khalid (suami Ej) dan juga ahli keluarganya, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sama-samalah kita doakan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. Al-fatihah

Tuesday, March 26, 2013

Gadis Bunga

Kalau dah baby gurlkan???? Memang tak sah kalau tak beli headband. Hahahahahahahaha

 Nampak sangat cute bila sofea pakai headband bunga besar ni. Tapi setakat ni, kalau keluar tak pernah pula pakaikan sofea hedband. Pakai untuk ambil gambar saja. Emmm, tunggu besar sikit kot.

   

 Kalau tengok aksesori baby gurl ni syok sungguh. Semua nak borong. Laju je tekan beli, beli, beli. sedar-sedar duit dalam akaun makin menyusut. Bahana shopping online.

   

 Sekarang ni ada macam-macam jenis headband di pasaran. Sebagai ibu bapa kita wajib memilih yang terbaik dan selesa untuk anak-anak. Teringat terbaca artiket pasal headband ni, cantik tapi memudaratkan. emmmm... minta dijauhkanlah.

Friday, March 22, 2013

Live from KPJ Damansara Specialist Hospital

Oh sudah lama tidak mengupdate blog. Busy-busy-busy like bee + mood nak berbloging belum datang... 

Tapi hari ini saya rajinkan diri untuk mengupdate status perkembangan terkini saya dan keluarga. Buat masa sekarang saya masih di KPJ Damansara Specialist Hospital. Bukan saya yang sakit, tetapi anakanda Zarin Shah yang tidak sihat.

Bermula dari demam biasa hinggalah kepada demam yang agak panas sehingga mencecah 39.8'C. Pada mulanya saya ingatkan Zarin hanya demam biasa atau demam rindu kerana papanya tak ada di rumah selama 4 hari. Setiap hari minta nak papa, yang lain semua tak mahu. Memang susah hati ditambah lagi menjaga dua anak seorang diri, satu masih bayi, satu tidak sihat. Oh sangat mencabar ok!

 Kadangkala saya menangis sendirian. Tidak tahu punca, hanya air mata yang mengalir. Sebolehnya elakkan dari terlihat oleh Zarin, nanti dia pun down tengok mama dia sedih. Ingatkan papa dah balik demamnya ok, sebaliknya semakin panas. Bermula hari selasa berkampunglah kami di KPJ ni.

Jemu oii, pilih menu hospital ni!
 

 Rentetan dari demam yang on off dan berlarutan hingga 4 hari dengan suhu mencecah 39.8'C, Zarin terpaksa di tahan di wad. Kami di sini sudah 4 hari 3 malam. Huhuhuhuhuhu...

Dan Alhamdulilah keadaan Zarin bertambah ok. Demam dah tak ada, cuma kahak dan batuk masih ada. Menurut Dr. kena lihat dahulu perkembangannya hari ini bagaimana, kalau ok dah boleh discharge, kalau tidak bermalamlah kami semalam lagi. huhuhuhuhuhu.. 

Alhamdulilah saya dan Mr.Papa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anak.Memang kami kena kuat. Serius katakan kadang-kadang saya rasa bagai nak tumbang. Sudah hmpir seminggu berjaga, kepala pun ada sedikit ting tong! Yang paling kesian adalah sofea, terpaksa bawa dia bermalam di hospital juga, tak ada choice. Tak apalah, anak kita, susah senang jaga sendiri. 

 Apepun terima kasih pada yang tidak putus-putus bertanya khabar tentang saya dan anak-anak dan yang turut mendoakan kesihatan Zarin. Ingatan dan doa kalian tidak mungkin mampu saya balas.

Friday, March 8, 2013

Betul! Betul! Betul!

Assalamualaikum,

 Renungilah kata-kata ini!

source FB
 
Memang sebetul-betul dan betulnya!

 Sharing is caring!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...