Friday, April 26, 2013

Rawatan root canal : part 1

Setiap kali mengandung dan bersalin pasti akan ada masalah gigi. Jika Zarin dulu hilang gigi sebatang kena cabut, dan Sofea pula alhamdulilah tak hilang gigi, sebaliknya kena buat rawatan root canal. Root canal tau, bukan roti canai ya! heheheheehhe, (senyum sambil tutup mulut, rasa janggal lepas rawatan masih tak habis) :P
 
Sebenarnya baru-baru ini saya sakit gigi, nak kata sakit berdenyut tak boleh tidur tak juga, cuma rasa sengal-sengal dan ngilu. Sakit gigi jangan buat main woooo! Silap-silap kalau orang bising boleh pergi lempang orang tu sedas!
 
Mula-mula saya makan pain killer, tapi hilang kejap, lepas tu datang balik. Akhirnya saya terus jumpa dentist. Masa tengok gigi saya mula-mula dia kata mungkin akan kena buat root canal. Tapi tak apa, dia tampal dulu. Mungkin rosak tak teruk, kalau masih sakit dan bengkak memang kena buat root canallah.
 
Balik rumah, gigi yang ditampal masih juga sakit.  selang beberapa hari saya pergi semula jumpa dentist tersebut. Akhirnya saya tak ada choice, nak tak nak kena buat root canal jugak. So saya redha, janji gigi tak sakit. Oh, nak tahu apa itu root canal? meh baca ni.
 
Apa itu root canal?
 
Rawatan Akar (endodontik treatment / root canal) merupakan rawatan untuk gigi yang telah mati akibat infeksi atau rosak. Ia bertujuan untuk mengekalkan ia pada struktur rahang (mengelakkan cabutan dan agar gigi terus kekal berfungsi di dalam mulut). Infeksi akan dikeluarkan dari akar gigi dan ditampal dengan bahan tampalan akar.

Terdapat beberapa ciri bagi gigi yang memerlukan rawatan akar.
  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.
 
 
 
source: oliverdds.com

Rawatan salur akar dinasihatkan perlu dilakukan agar gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Jika rawatan akar tidak dijalankan dengan segera, anda mungkin menghadapi risiko seperti kesakitan gigi yang teruk, jangkitan nanah pada gigi tersebut dan akhir sekali gigi tersebut terpaksa dicabut.

Kebiasaannya rawatan ini tidak menyakitkan dan bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu. Ketika dalam tempoh rawatan Jangkitan mungkin akan berlaku, namun ianya dapat dirawat melalui antibiotik dan ubat tahan sakit.
Ini adalah satu prosedur yang amat berkesan, walaupun memakan masa yang agak lama . Dalam kebanyakan kes, rawatan akar boleh mengambil beberapa jam dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekalkan gigi anda. Walaupun ia mungkin mengambil masa yang lama - ia lebih daripada berbaloi apabila ia menyelamatkan gigi anda daripada dicabut. (Source)
 
Saya baru saya balik dari buat rawatan root canal. Tapi baru first appointment, ada dua lagi appointment. Sebelum ni tanya doktor dia kata mungkin dalam sejam, tapi tadi saya buat hanya lebih kurang 15 minit dan tak bius pun. Alhamdulilah tak sakit. Syukur.
 
Sebelum ini saya dah tanya doktor sakit tak buat tu? siap google dan sebagainya. Cakap kat doktor tengok kat internet scary giler rawatan dia. Rupanya takla sescary yang digambarkan. Tadi pun siap tanya doktor
 
"Tak bius ke?"
 
Doktor kata tak payah, sebab tak sakit. Tapi kalau saya sakit dia akan bius. Doktor duk korek-korek gigi tu. Tapi bila buat, yela tak sakit pung. Alhamdulilah. Bila dah siap dia ada rasa macam ada benda duk merebak gitu. Serius tatau nak cakap macam mana. tapi menurut doktor ia, adalah normal. Doktor dah masukkan ubat. So ubat itu bergerak-gerak untuk keluarkan nanah tu. (penerangan yang mudah bagi yang tak faham istilah pergigian ni)
 
Tambah-tambah dapat doktor yang handsome pulak, tak salah nama dia Aun Hashim kot. Tatau keturunan apa. Tapi malu pulak terpaksa nganga mulut depan doktor handsome yang tengok gigi tak comey! :P

Sebelum ni Zarin memang selalu check gigi, mama pulak selalu cakap kat dia "duduk elok-elok atas kerusi, jangan nangis, tak sakit pun"

Haaa, tadi giliran mama dia pulak yang kena duduk, dia dah berpesan

"mama jangan nangis tau, tak sakit pun".

Adesss, termalu pulak jadinya. Hohohohohoho
 
Tapi serius, takut weh jumpa dentist ni!
 

Bayi dan Jaundis

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.  (Source: Baby Center)

Sofea juga tidak ketinggalan dari terkena jaundis walaupun semasa mengandung saya telah amalkan bermacam-macam petua untuk elakkan bayi terkena jaundis. Biasalah kan, ada yang serasi ada yang tidak, jadi redha sajalah. Bacaan jaundis Sofea agak tinggi iaitu 244 dan terpaksalah duduk di bawah lampu semalaman. Sian anak mama..huhuhuhuhu


Sofea yang nyenyak tidur 


Pengalaman semasa Zarin jaundis dahulu sedikit sebanyak telah menjadikan saya sedikit cool bila Sofea terkena jaundis. Kalau Zarin dahulu memang gelabah habis, sampai nangis-nangis. Sofea ni pun mama nangis juga, tapi tak adalah panik semacam. Teringat lagi kata-kata Ummi saya ketika pulang dari hospital semasa bersalin Zarin dahulu.

" Baiknya anak ida ni. dok peranga lasung. tido je"

Haaaaaa! Awas ya ibu-ibu, jika bayi anda asyik tidur sahaja sebaik pulang ke rumah, berkemungkinan mereka terkena jaundis. Jadi penyelesaiannya, rajin-rajinlah kejutkan bayi untuk bagi susu. Itulah yang saya praktikkan pada Sofea. Kejap-kejap kacau dia tidur untuk susukan. 

Sebenarnya terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bacaan jaundis. Ada yang bagi minum air sengkuang cina, air anggur hitam, susu kambing, dan sebagainya. Sejujurnya saya sangat takut untuk buat semua itu,  apepun terpulang pada diri masing-masing. Tak salah berusaha. Tapi untuk Sofea saya hanya kerapkan breastfeeding. Pernah mandikan Sofea dengan air ramasan daun kuchai, rasanya tiga kali je kot. Itupun setelah tali pusatnya luruh. 



Tak sanggup tengok kaki comel ini dicucuk berkali-kali, sob-sob


Teringat kata-kata doktor "Kalau nak amalkan apa-apa petua boleh, tapi elakkan secara internal, external bolehlah iktiarkan, tapi tak digalakkan sangat. Paling penting kerapkan bagi baby minum susu ibu. Di samping itu juga, ibu-ibu kena makan makanan yang berkhasiat, minum banyak air". 

Jaundis Sofea berlarutan hampir dua minggu juga. Mula-mula setiap hari kena p check darah. Kesian kaki comel anak mama kena cucuk. Lepas bacaan makin berkurang, selang-selang pergi ambil darah. Bacaan jaundis Sofea tak turun secara mendadak, sikit-sikit-sikit. Teringat lagi masa kat hospital, ada baby yang bacaannya 300 lebih. Kalau baby lain hanya gunakan satu lampu, baby tu tiga lampu. Kesian sangat tengok. 

Oklah, persediaan kepada bakal-bakal ibu, juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan boleh baca di SINI 

Thursday, April 25, 2013

Rahsia Saya....Syyyyhhhhhh!

Sekejap sahaja masa berlalu, cuti 3 bulan telah pun berakhir. 22 April 2013 saya telah pun mula bekerja kembali. Biasalah bila dah lama bercuti terasa agak janggal, dan kekok nak buat keje. Hohohohohohohoho.. Ok, tak nak cerita pasal kerja, tetapi berkaitan dengan rahsia saya, syyyyyhhh (sambil letak jari dibibir).

Nak tahu rahsia apa??? Haaa, rahsia saya kembali kurus selepas bersalin! Ya, saya dah kembali pada berat yang diidamkan. Alhamdulilah. Tetapi tak ada apa-apa rahsia pung! Serius tak tipu tau! Ramai juga yang bertanya saya makan jamu apa/set bersalin apa selepas bersalin.

Sebenarnya saya langsung TIDAK mengambil sebarang jamu/set bersalin. Saya hanya makan ubat yang diberikan oleh hospital dan kemudian ambil ubat/vitamin di klinik sakit puan khas untuk selepas bersalin. Itu sahaja.



Amboi, sakan hero mama ni posing, siap baring lagi!

Oh ya, sebelum ini saya ada beli Fellina Inchloss, tujuannya untuk guna dalam pantang. Tapi langsung tak guna. Bertungku pun jarang-jarang (main-main) apa lagi berbengkung. Memang tak buat pun sebab nanti naik ruam. Nak kata berdiet dalam pantang tak juga. Sebab makan nasi sepinggan selalu habis. Sayur sawi hampir 50 kg kot makan. Biskut cream cracker berpek-pek. 

Tapi salah satu sebabnya yang menyebabkan berat saya turun dengan cepat ialah dengan breastfeeding. Tak percaya???? Haaaaaa, tengok gambar kat bawah ni! Mungkin zat-zat dan lemak-lemak yang ada kat badan ni dah diambil oleh Sofea. 

Sofea yang bam-bam. Leher  mana nak oiiii????

Nak kata saya kurus cengkiding taklah. Lemak-lemak tepu kat badan masih ada. Yang boleh dikatakan di sini ialah berat yang naik 20kg masa pregnant dulu dah tak ada.Semua jeans termasuk si skinny pun dah boleh pakai balik. Alhamdulilah. Tak payah beli jeans baru, jimat duit.  Sekarang saya pun makan banyak. Menyusu cepat lapar ok! setiap masa biskut ada atas meja. krup krap krup krap. 

So lepas ni, jangan tanya lagi apa rahsia saya kembali pada berat badan asal selepas bersalin. Saya tak ada rahsia, petua atau apa saja. Mungkin jenis badan saya juga kot. Kadar metabolisme tinggi, makan buang, makan buang. Cuma kadang-kadang saya berseloroh dengan kawan-kawan.

"Nak kurus senang je, cepat pregnant dan beranak lagi, sure kurus!" hahahahahahaha

pssst: Baru masuk keja dah EL sebab Zarin tak sihat. So bersiaran langsung dari rumah. Selamat bekerja kawan-kawan :)

Friday, April 19, 2013

tanda-tanda rezeki yang berkat

assalamualaikum

Thursday, April 18, 2013

Pigeon Peristaltic Plus Pilihan Sofea

Sebelum ini saya menyatakan bahawa Sofea tak nak minum susu dengan botol, (boleh rujuk entri ini). Walau banyak kali dicuba tetaplah juga reject. Jadi saya tidak berputus asa, walau bagaimanapun mesti cari puting yang sesuai supaya sofea nak minum. Pada pandangan saya Sofea bukan tak nak botol, tetapi PUTING. Kena cari puting yang lembut.  Terus google dan google lagi akhirnya terjumpalah Pigeon Peristaltic Plus.



 Pada mulanya saya tidak terus membeli botol pigeon ni. Sebaliknya saya hanya membeli putingnya sahaja Size SS RM13. Bila membaca review pasal botol dan puting ini saya rasa tertarik dengan sifatnya yang "baby's natural sucking behaviour and minimise nipple confusion". Ini penting untuk keselamatan bayi supaya tidak tersedak susu. Memandangkan botol ini jenis wide neck juga, so bila beli putingnya sahaja alhamdulilah boleh fit dengan botol Avent. Putingnya pun sangat lembut. Masa dalam kedai tu, jenuh duk picit nak rasa lembut ke tak. Tapi sia-sia sahaja, sebab picitlah camne pun, dia dah pack dalam plastik keras tu, tak dapat rasa pun. Tapi gigih mak picit sampai kemek! ^___________^



Pertama kali bagi Sofea minum dengan menggunakan puting ini lebih kurang pukul 9 malam alhamdulilah dia boleh hisap dengan mudah tanpa nangis. Tapi untuk permulaan memang dia main-main dulu, bila dah serasi dengan lidah terus hisap 2 oz habis. Yeaaaaa!!!! Nampaknya misi mencari botol yang sesuai untuk sofea berjaya. 


Pukul 4 pagi saya cuba lagi bagi Sofea minum dengan botol. Alhamdulilah 4 oz habis. Saya bersyukur sangat sebab akhirnya Sofea nak juga minum susu dalam botol. Hati mak mana lah yang akan tenang bila tinggalkan anak di neseri, dalam masa yang sama anak tak hisap susukan? Mestilah dia lapar. Jadi lepas ni mama boleh pergi keje dengan tenang, Insyaallah.

Bila Sofea nak minum susu guna botol pigeon ni, teruslah saya pergi ke JJ beli satu set botol susu lengkap. Rupanya harga dia boleh tahan mahal juga. Lebih mahal dari Avent kot. Hohohohoho... Beli sebiji dulu, tunggu expo bulan May nanti kot ada diskaun boleh dapat murah. Dia ada dua jenis botol, satu yang tinted/honey ni satu lagi yang macam botol avent tu. Mr. Papa pilih yang tinted/honey ni. Saya ok sahaja. Macam mana pun tak apa, asalkan Sofea minum susu. 

Oh ya, saya sangat mengesyorkan botol ini pada rakan-rakan yang anaknya keliru puting atau mencari-cari puting yang sesuai. Bukan saya sahaja yang berjaya, malah seorang kawan saya semalam bila beli botol susu ni terus anaknya nak hisap. Sebelum ni macam-nacam botol juga yang dicuba.

Apepun perlu ditegaskan di sini bahawa setiap bayi itu berbeza, sesuai untuk anak saya tidak semestinya semua untuk anak kawan-kawan. Cuma tak salah rasanya mencuba :)

Wednesday, April 17, 2013

WW: Anak papa!

Haaaaa, inilah ragam anak manja papa ^_^


Abang Zarin kata

Mama = Abang Zarin
Papa = Sofea

So kalu ke mana-mana mama kena tolak stroller Abang Zarin yang beratnya boleh tahan juga pecah peluh mama. Dan Mr. Papa pula tolak stroller Sofea. Hadoiiiiii! Camne mama tak kurus kalu lagu ni! :P

Tuesday, April 16, 2013

Sofea tak nak minum susu guna botol

Masalah yang melanda sesetengah ibu yang bekerja setelah cuti bersalin ialah nak train anak minum susu guna botol. Sangat mencabar ok! Cuma apa yang perlu ditanamkan dalam minda ialah setiap anak lain ragamnya. 

Berbalik pada kes sofea, selepas pantang dan balik KL, kami mula train dia minum susu guna botol sehari sekali. Masa mula-mula bagi minum susu guna botol dia ok saja, dan pilihan saya sudah semestinya Avent, macam Abang Zarinnya juga. Tapi lain pula jadinya pada kali kedua, ketiga dan seterusnya bila bagi susu guna botol, dia reject! Oh pada mulanya fikir, dia dah kenyang, tak apa cuba lagi. Tapi setiap kali bagi dia siap menagis macam sakit dan boleh buat uwek! uwek! So kami stop seketika, sebab cuti saya masih banyak berbaki. 


 Bila Zarin warded baru-baru ini, sekali lagi kami kelam kabut. Yela, Zarin taknak Mr. Papa jaga, nak mama. So kesimpulannya Sofea mesti duduk dengan Mr. Papa. Kali ini kena bagi susu guna botol lagi. Bila disua, menangis macam sakit. Akhirnya saya google cari botol susu apa yang sesuai untuk baby yang mamanya nak naik keje tak lama lagi. Cara nak ajar guna botol dan sebagainya.

Kemudian terjumpalah botol mimijumi ni. Rata-rata yang kata anak mereka guna botol ini macam 'Cinta pandang pertama'. Sekali bagi terus nak minum. Memang bagus dengan rekaan putingnya seakan-akan puting asli. So apa lagi, terusla beli.  bukan satu tapi dua sekaligus. satu 4 oz satu lagi 8 oz.



Malangnya, berlainan dengan Sofea. Dia lagi tak nak botol ni ok! Uwaaaaaa.... Pitam mama macam ni nak oiii!!! Dahla harga sebiji botol ni agak mahal. Tapi tak apa, untuk anak mama rela berhabis sedikit asalkan Sofea nak minum susu. Tapi tetaplah reject. Pada saya puting ini lagi keras dari Avent dan Sofea seolah-olah tak dapat nak lekapkan bibir dia kat puting ni.. Macam licin-licin gitu kot.. Kulum pun dia tak nak, menangis selak. Huhuhuhuhu

Selepas itu saya pun search lagi dan tanya kawan-kawan, ada yang suggest botol dan puting MAM, sebab leper mungkin dia nak. So kali ini saya tak beli botol MAM, sebaliknya hanya puting MAM sahaja sebab puting MAM ni fit dengan botol Avent, wide neck kan.

Tapi-tapi-tapi! Sofea taknak jugak!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaa




Nasib baiklah saya tak beli botol MAM. Kalau tidak rugi juga. Ada juga yang syorkan saya beli puting Dr. Brown, Dr. Baby, Japlo dan seangkatannya yang color kuning jenis getah tu. (puting latex kot). Ada juga yang suruh Fiffy. Sebab fiffy puting dia memang lembut. Pastu puting  bentuk kemek-kemek dan sebagainya. 

Serius, Sofea agak cerewet bab puting ni, tak macam Zarin. Zarin dulu Avent je terus nak. Huhuhuhuhuhuhu...

So nasihat saya pada kawan-kawan yang tengah pregnant tu. Jangan terus beli botol yang mahal-mahal. Kehkehkeh..kalau anak tak nak minum rugi! MAcam mimijumi Sofea tu, harap bila dah besar sikit dia nak minum. Amin!!!! 

Saturday, April 13, 2013

pureen stock clearance promotion

Haaaa, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Jom kita terjah nanti!


Jumpa di sana

Friday, April 12, 2013

Doa bahagia suami isteri



source: FB

Thursday, April 11, 2013

BE ke 3 dan 4 2013

Assalamualaikum.. 

Hari ini gatai tangan nak buka nuffnang. Tak sangka rupanya ada dua BE baru sedang menari-nari di sini. Syukur Alhamdulilah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. (Bukan sikit-sikit lama-lama habis tau!)



Apepun tq pada nuffnang, digi, samsung kerana sudi pilih blog tenggelam timbul saya ni. Tak lupa pada kawan-kawan yang sudi singgah sini juga.  Sayang korang ketat-ketat ^___^

Wednesday, April 10, 2013

wordless wednesday

saya supermom, bukan superman ya! ^_^

Tuesday, April 9, 2013

Wet Kitchen

Dua tiga minggu ini rumah saya memang agak bersepah dan lintang pukang. Ini semua gara-gara nak cantikkan dapur.  Masa masuk rumah tahun 2008 dulu, tak banyak yang dapat buat. Duit habis kat down payment dan lengkapkan perabot-perabot yang menjadi keperluan. Kalau ada duit sekelepuk masa tu ok juga, tapi ini seciput je, bukan sekelepuk. Apepun alhamdulilah walaupun rumah tak besar, tapi syukur adalah tempat untuk kami sekeluarga berteduh.  

Sebenarnya dapur rumah saya tak luas dan jenis yang bersambung terus dengan ruang tamu. Jadi kawasan yard kami gunakan untuk buat wet kitchen. Tak adelah nanti masak sambal semerbak bau cili masuk rumah, Tapi kalau goreng pekasam memang sampai kat lobi lif bau. hohohohohoho




Untuk wet kitchen kami pilih konkrit. Proses membuat konkrit ini mengambil masa selama dua hari. Masa ini dalam proses nak keringkan simen tu. Itu saja yang sempat saya snap. Dengan Sofea yang agak 'perangai' sebab bunyi bising drill sana sini, terbataslah sikit aktiviti nak ambil gambar.





Ini pula yang dah siap. Tapi masih belum bubuh pintu, kitchen hob and hood. So memang berlubang gitu je lah dulu. Untuk sementara juga dapur rumah saya diTUTUP! 

Hari ini orang Intech Kitchen datang lagi untuk pasang kitchen cabinet (dry kitchen).  Tataulah macam mana hasilnya. Tak sabar nak tengok wajah baru dapur saya. hohohohohohhooho.. oklah hingga ke temu lagi dalam segmen rumahku syurgaku. daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Jom Breakfast

Breakfast oh breakfast! Siapa di sini yang selalu skip breakfast? Saya semasa bujang dahulu memang tak suka sangat breakfast. Kalau makan pun hanya dalam pukul 10 ke atas, kalau makan sebelum tu biasanya akan sakit perut. Itu dulu, semasa badan masih kuat, sekarang pun masih kuat juga, cuma pancit sikit je.  Kalau skip breakfast confem gigil kepala lutut!

Cuti tiga bulan ni, breakfast saya sungguh berkhasiat. Dalam pantang biasanya makan roti/cream cracker cicah milo/hot chocolate. Bila dah habis pantang saya suka makan roti bakar dan juga cereal. Pilihan saya sudah semestinya cookies + koko krunch. Nyummehhh!!! Sekali sekala makan capati/roti canai. 


Jemput makan :)


Saya ada terbaca sebuah artikel berkaitan dengan kepentingan breakfast, jadi saya pastekan sedikit intipatinya

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.


Lebih kurang dua minggu dari sekarang saya akan mula bekerja setelah bercuti 3 bulan. Dengan itu, akan bermulalah menu breakfast saya yang kurang 'comey' dan kurang baik untuk kesihatan seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, dan segala mak nenek makanan yang berlemak. Ohoiiiiiiii!!!! Semakin bertambahlah lelemak tepu selepas ini. Azam baru, bawak bekal ke ofis. (haaaaaa, leh caya ke?) :P

Kawan-kawan breakfast apa pagi ni????

Monday, April 8, 2013

MyBurgerLab

Sudah berkali-kali saya teringin nak makan MyBurgerLab ni. Namun setiap kali pergi mesti ramai yang tengah Q. Kedai belum bukak, orang dah Q dah. Oh, sungguh hebat penangan MyBurgerLab ni. Suatu hari Mr. Papa balik dengan membawa MyBurgerLab ni. Hoooorayyyyyy!!!!! Akhirnya dapat makan juga bila Mr.Papa sanggup beratur hampir sejam demi nak bagi isterinya makan. Hohohohohoo.. 

Pertama kali terpandangkan burger ini Zarin berkata

"Burger apa ni mama? Hitam je. Burger hangit terbakar ke?"

Hehehehehehehe.. Saya pertama kali tengok pun pelik juga. Warnanya grey kehitaman. Mungkin itulah trademark burger ni kot. Tapi serius rasa sedap yang amat ok! 

sedap! sedap! sedap! 

Sekali tengok tak ubah macam batu yang dibelah, kemudian, letak daging, mushroom, cheese dan sebagainya, mungkin kerana warnanya kot. Mr. Papa beli yang set, ada burger, fries yang digaul dengan perasa (pedas-pedas gitu) dan juga air. 

nyum-nyum


Sekali ngap! ohhhhh, nikmatnya burger ni. Ada juga yang kata tengok warna dah tak lalu. Tapi bagi saya macam pepatah "hitam-hitam sitampuk manggislah, kan" sedap ok. Don't judge a book by its cover.  Sekali rasa mesti nak lagi!


My Burger Lab

No.14, Jalan 21/22 Seapark 
46300 PJ Selangor
Business hours: 5pm - 10.30pm (Closed on Monday)


Ok, selamat beratur ya! 

Friday, April 5, 2013

5th Maternity and Children Expo - Apa yang dibeli???


Akhirnya tertunai juga hasrat untuk ke expo kali kelima ini. Rancangannya, saya seorang sahaja yang akan ke sini, Mr. Papa jaga Sofea. Namun saya keluar pun dah hampir pukul 12, jadi terpaksa bawa Sofea bersama sebab Mr.Papa nak pergi sembahyang jumaat. Nak beli barang dalam masa 1 jam memang tak puas hatila kan?

Jom lihat apa yang saya beli :)

Breast milk storage bag (10 pack) 1=RM9

1. Pureen liquid detergent 2L (RM21)
2. Pureen liquid cleanser refill (RM22 - 2 pack)
3. Baju tidur Sofea (RM 12)
4. Towel (RM15)

Baby Wipes RM 20 - 6 PACK
suka wipes ni sebab paraben free, dan tentulah murah 600 sheets semuanya

reuseable icepack, 1 RM15

Panties Sofea, tapi yang ni beli kat JJ RM9.90 3 in 1. Sayangnya yang bunga-bunga tu ditulis 3 in 1, tetapi ada 2 helai je.  huhuhuhu.. Sehelai dah tercabut kot. tak perasan. RUGI!

Sapu tangan RM10 - 8 pcs

total barang yang dibeli !

Part yang paling best, dapat berjumpa dengan kawan-kawanlah, dua-dua mak yong ok!

Tudung corak abstrak, Ayu.. Tudung bunga-Shila. And TQ Shila sebab belanja kami makan Domino's

Jangan tertanya-tanya macam mana saya bawak semua barang tu dengan Sofea lagikan? Kali ini saya tak bawak stroller, guna ring sling. Mulanya hanya beli icepack dan breast milk strorage bag je. Selepas sembahyang Jumaat, Mr. Papa datang ambil kami, saya sempat lari kejap pusing sekali lagi. Mr. Papa jaga Sofea, so sempatlah beli barang-barang tu. Hohohohohoho..

Kesimpulan yang dapat dibuat untuk expo kali ini ialah, kurang best! Sebab tak banyak booth. Benda-benda yang betul-betul nak beli tak ada. Takpe, tunggu mom and baby expo pulak bulan 5. Tet!

Psstt: Ramai yang tegur rambut Sofea, tak kurang juga yang bertanya samaada saya berkahwin dengan Cina ke? Sebab muka Sofea macam Cina. Hahahahahaha.. 

Thursday, April 4, 2013

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


Tahukah kawan-kawan apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif?

Dalam menjayakan penyusuan Susu ibu, ilmu berkaitannya perlulah difahami dan dipelajari. Oleh sebab itu penting untuk bakal-bakal ibu mengetahui apa itu penyusuan susu ibu secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja sehingga berusia enam bulan. (tiada air masak+FM+etc). 

susu ibu, nyum-nyum!

Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga berumur 6 bulan kerana:

1. kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Perlu diingatkan bahawa penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain TIDAK menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.

2. Selain itu juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.

3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan pelengkap mahupun FM kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.

4. enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh sebab itu bayi mudah mendapat diarrhea (cirit -birit) sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.

5. Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan juga alahan.

Selamat menyusukan bayi anda!

5th maternity & children expo

Yeaaaaa, expo yang ditunggu-tunggu muncul lagi. Suka! Suka! Fuh, kali ini lega sikit sebab saya masih lagi dalam tempoh bercuti. So tak perlu rushing-rushing nak kejar waktu rehat. Boleh pilih barang dengan tenang. 


Add caption


Tapi dalam kepala tak adalah banyak sangat barang nak beli. Adalah listkan 5-6 jenis barang yang nak beli. Harap expo kali ini pun berbaloi-baloi macam yang lepas-lepas. Paling nak beli ialah autumz double ziplock storage milk bag. Kebiasaannya di jual dengan harga RM9! Nak cari juga icepack, maklumlah hujung bulan dah naik keje.Segala keperluan untuk mengepam perlu dilengkapkan.  

Oh, kena siapkan list jugak ni, risau nanti lain yang nak dibeli, lain pula yang terbeli.Opsss!!!! Keperluan+kehendak! Nafsu-nafsu!

So kawan-kawan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, dah selamat bersalin, masih bujang trang tang-tang ke, anak-anak dah besar ke, jom sama-sama meriahkan expo ini. Mana tahu ada yang berkenan di hati.

Jommmmmmmmmm!!!!! jumpa di sana k! 

Wednesday, April 3, 2013

parlimen dibubar!

Sudah diumumkan oleh YAB PM, parlimen dibubarkan mulai hari ini.

Di FB pula, nampaknya kata kunci yang paling popular untuk hari ini ialah BUBAR!

Apepun kawan-kawan bersedialah untuk

"marilah mari, pergi mengundi, jangan lupakan kewajipan pada negara"...

saya mengundi di kedah..korang kat mana?

Tuesday, April 2, 2013

Ring Sling

Sudah lama meninggalkan dunia ring sling. Suatau ketika dulu bila semua bercerita pasal ring sling dan berbaby wearing saya pun tak ketinggalan untuk mendapatkannya. Malangnya ring sling yang saya beli ini jarang digunakan kerana Zarin tak suka duduk kat dalam tu. Jadi ring sling ini menjadi tukun untuk beberapa tahun. Nasib baik tak berlumut. hohohohoho..

Baru-baru ini saya keluarkan balik ring sling ni. Yesss! walaupun tak berapa mahir dan telah menonton cara memakai ring sling di you tube, tapi saya masih takut-takut untuk mencubanya. Sekali sekala terpaksa pakai juga bila hero (Zarin) dan heroin (Sofea) memerlukan perhatian serentak. Contohnya Zarin nak makan honey star, nak susu dan dalam masa yang sama sofea nak tidur. Kadang-kadang Zarin ok, boleh tahan, tapi kalau dia dah lapar sangat mulalah keluar ayat-ayat menusuk kalbu ni.

"Semua orang tak sayang abang"
"Abang lapaq ni, mama. Nanti Abang mati"
"Perut abang sakit dah ni, nanti kena jumpa doktor"


Masih dalam proses belajar ni


Jadi, dalam waktu tak terduga itu saya gunakanlah ring sling. Alhamdulilah nampak gayanya sofea suka duduk dalam ring sling tu. Yela, sebab melekat je dengan mama kan. Kalau guna ring sling ni pun memang nyenyak dia tidur. Setakat ini hanya pakai di rumah, tak pernah lagi berring sling bila keluar. Mr. papa dah cukup gagah untuk dukung Sofea. Tet!

pssst: Masih lagi praktis dan praktis guna ni. Harap mahir suatu hari nanti. Selesa juga :)

sifat orang beriman

Sharing is loving :)


source FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...