Friday, May 31, 2013

Mutiara kata Jumaat # 14


Thursday, May 30, 2013

Zarin Sofea

Zarin Sofea ! Suka tengok aksi dua beradik ini. 

telatah Zarin, kalau setiap kali bercakap dengan adiknya mesti akan guna suara halus 

"adik, adik sayang abang tak?"
"ala bucuk-bucuk sayang abang ni"
"Adik jangan nangis tau kat school nanti"

 dan macam-macam lagilah

Paling lucu kalau dia nak tenangkan adiknya yang sedang menangis

terusla keluar

"La ila ha illallah, La ila ha illallah, La ila ha illallah, muhammadurrasullah"

bermula dengan suara halus, kuat, lagi kuat, bertambah kuat!

akhirnya

"mama, abang dah nyanyi kat adik, adik nangis jugak!"


budak pipi tembum 

abang sayang adik :)

sharing is loving :)

Tapi bab manja abang zarin tetaplah tak boleh nak lawan. Kadang-kadang tangan adik terdebik kat abang pun boleh nangis jugak. Seronok melayan kerenah anak-anak. Walaupun penat balik kerja, tengok mereka dan cukup buat mama tersenyum lebar.  Kalau tengok muka Mr. papa lagilah mama tersenyum lebar, tet!  Sebab Mr. papa memang banyak bantu menyelesaikan kerja-kerja rumah dan handle anak-anak. Tq so much!  


Wednesday, May 29, 2013

Journal by Plan B @ Publika

Lama rasanya tak buat entri pasal makan-makan.  Hari ini nak berkongsi satu tempat makan yang menjadi kegemaran kami iaitu Journal by Plan B. Kalau tanya anak bujang nak makan apa dia jawab

"spagethi yang ada udang tu mama. Kat situ ada taman, boleh abang beli mainan."

Bila tanya lagi kat mana dia balas

"kat rumah kita tu. Jalan terus pusing kanan, pusing lagi, terus, terus dah sampai. (sambil tunjukkan kanan duk pusing-pusing). 

kalau ikut direction dia tu entah mana-mana sampai. hihihihihihihih.

Ok lah, malas nak ngomel panjang-panjang, jom lihat gambarnya.


signboardnya

semasa tengah tunggu meja kosong. mama kata "baca dulu baru boleh makan"

menu-menunya

dua beranak tengah tengok apa tu?

Sofea yang sporting. Lena setiap kali ke sini :)

Ibu dan anak yang happy sokmo

papa punya, tapi yang ni tak dan snap gambar. so gambar ini diambil dari sini http://striking-notes.blogspot.com

spagethi fevret zarin, share dengan mama

Serius makanan di sini sangat sedap. terdapat pelbagai pilihan. Lebih-lebih lagi kerepek tu. Memang highly recommended! Nyum-nyum. Sebenarnya di publika ni terdapat pelbagai jenis restoren dan memang kami tengah mencuba restoren-restoren di sini. Kalau dan snap gambar memang akan saya entrikan. Bukan apa, tak best bercerita pasal makanan tapi tak de gambar kan? kan? 

psst: gambar tak berapa clear sebab guna telefon cap ayam. Jadilah dari takde langsungkan? ^_^

Oklah, kalau yang teringin mencuba bolehlah datang seperti alamat yang tertera

Journal by Plan B

Lot 65, Level G2
Publika, Solaris Dutamas 1
Jln Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur

Tuesday, May 28, 2013

Helmet baru

Anak-anak ni memang macam-macam kerenah dia. Inilah kerenah anak bujang saya yang tengah kelaparan. Mama pula bila dah lama tak kecahkan dapur jadi serba serbi kekok.. terkedek-kedek di dapur macam itik serati pulang petang.



Helmet baru abang zarin :)


Muka masam mencuka dan asyik-asyik dengar dia tanya

"mama, dah masak ke belum?"

"mama dah masak ke belum?"

Hihihihihihihihihi

Memang tengah lapar sangatlah tu


Teknik Marmet

Hari ini saya ingin berkongsi Teknik Marmet yang wajib dipelajari oleh semua ibu yang menyusukan bayi.  Tak kisahlah walau kita dah ada breastpump pun, tetapi teknik marmet ini sangat-sangat membantu lebih-lebih lagi jika berlakunya kecemasan.

Teknik Marmet ini saya copy dan paste daripada sini. 

Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)

Bahaya Amalan Teknik yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.

Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

pic from: www.breastfeeding.com

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Selamat mencuba! =)

Terima kasih pada Puan Nora kerana berkongsi teknik marmet ini. Sepanjang pembacaan saya, inilah entri yang paling jelas dan mudah difahami. Sekiranya kawan-kawan perlukan info berkaitan dengan penyusuan susu ibu, bolehlah singgah ke blog Menyusu Si Manja. Memang banyak ilmu yang boleh kita pelajari.

Sharing is loving! 


Monday, May 27, 2013

wedges 4 inci

Wedges 4 inci setelah 4 bulan bersalin. Pada mulanya nak beli high heel, tapi kebanyakan yang berkenan jenis satu stripes macam wedges ni jugak. Try pakai mula bunyi kelepek! kelepek! kelepek! bidas.. sudahnya ambil wedges lah senang. 






Senang?? ya senang nak balancekan badan. wahahahahahahahahaha.. Jadinya hari ini saya jalan ala model yang dah cukup tinggi. Jalan ala catwalk. Control semua sekali supaya tak terpeleot. 

Yela dah hampir setahun kot tak pakai yang tinggi-tinggi ni. Lepas ni kena belajar jalan sambil junjung buku, supaya dapat balancekan badan langkah pun teratur. Cewah!!!Yela sangat tu nak junjung buku bagai!

Tapi bila jalan dengan Mr. papa rasa macam tak best kalau sama tinggi. Rasa macam dia tak boleh nak protect kita pulak! (lebih suka paras celah ketiak dia je - hahahahaha, terima jela hakikat memang tinggi paras celah ketiak dia jekan???) hohohohohohhohoho.. 

Aduhai, macam-macam la pulakkan. Oklah, untuk pergi kerja sesuai pakai yang tinggi-tinggi, rasa lebih confident. Titik! 

 

Saturday, May 25, 2013

Rawatan Root Canal : Part 2

18 Mei 2013, merupakan appointment kedua saya untuk rawatan root canal. Appointment saya adalah jam 9.30 pagi bersama Dr. Aun. Jadi sebelum pukul 9.30 saya dah terpacak di kilinik tersebut. Jangan ditanya perasaan saya, kerana berjumpa dentist memang saya agak takut. huhuhuhuhuhuhuhu

Appintment kedua ini, Dr. Aun membersihkan gigi yang telah ditebuk. Serius, saya banyak pejam mata ketika rawatan di jalankan. Takut seram tengok, alatan yang panjang halus di korek-korek di gigi. Kalau saya buka mata, jelas nampak melalui lampu yang dipasang itu. Sudahnya saya hanya pejam mata.

Kali ini rawatan hanya sekitar 10 minit. Dan memang tak sakit pun. Lega!!!!!!

Appointment yang terakhir saya dijadualkan pada 30 Mei. Moga cepatlah berakhir rawatan ini. WAlaupun tak sakit, tapi takut tetap ada. hihihihihi

Saya kongsikan maklumat yang diambil dari sini 


 Kesan RCT anda sempurna :
  • Ia membuang bakteria yang wujud dalam gigi
  • Membuang tisu saraf yang tidak sihat yang hadir di dalam gigi di mana ia menjadi sumber makanan bakteria yang wujud di dalam gigi.
  • Ia mengisi dan menyekat di ruang saraf di dalam gigi  supaya secara fizikalnya tiada ruang bagi bakteria boleh hidup atau melawan tahap daya imunisasi badan anda.
Secara keseluruhannya, RCT perlu dijalankan jika anda mempunyai permasalahan gigi sebelum ianya memberikan kesan yang lebih teruk kepada kesihatan gigi anda. 

Wednesday, May 22, 2013

Susu Formula 20% Offer hanya di Tesco!

Bila dah jadi ibu ni kan, dengar sahaja pampers murah, susu murah mula la rasa tergedik-gedik nak pergi. Bila dah murah memang wajiblah memborong. Terasa satu kerugian bila tak dapat beli kan????  Betul tak??? Lebih-lebih lagi dua keperluan wajib ini (pampers+susu) memang agak mahal. 







Jadi kawan-kawan yang anak-anak masih minum susu formula, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Saya dah borong semalam. Alhamdulilah Sustagen Chocolate untuk Zarin memang murah dari biasa. Berbaloi-baloi.

Jangan lupa ke tesco yang berhampiran sementara stok masih ada. Hanya dari 18-24 May 2013!!!! Eh-eh, tetiba jadi duta tak berbayar tesco pula. hikhikhikhik..

Sharing is loving!


Tuesday, May 21, 2013

Breastpump apa yang saya guna?

Memandangkan ada yang bertanya breastpump apa yang saya guna sepanjang menyusukan sofea, jadi hari ini saya berkongsi tentang breastpump tersebut. 

Sebenarnya saya guna dua breastpump, satu yang elektrik, satu yang manual. Sejak mengandung lagi saya bercadang untuk membeli medela freestyle, namun setelah tambah campur tolak bahagi, akhirnya saya memilih spectra 3. Jangan salah sangka pula, sebab ada sesetengah kaum suami (di kalangan kawan-kawan lelaki saya) yang ingat spectra ni sebuah kereta. hohohohohohohohohoho.. 

Tapi bagus tau, mereka ni (kaum bapa) ada sifat ingin tahu dan juga ingin melengkapkan ilmu tentang penyusuan susu ibu supaya isteri mereka nanti dapat mempraktikkan penyususan susu ibu sepenuhnya. Oleh sebab itu, kaum bapa juga perlu tahu hal-hal sebegini justeru tahu akan peranan-peranan yang pelu dimainkan bagi melancarkan penyusuan susu ibu .

Ok, berbalik pada tajuk entri. Sepanjang empat bulan (hari ini) menggunakan sepctra 3 ini saya sangat berpuas hati. Cuma pam ini agak berat untuk dibawa ke sana ke mari. Sudahnya pam ini saya tinggalkan di ofis, (Isnin-Jumaat). Lagi satu pam ini kena guna letrik, tidak beroperasi secara bateri. Tapi dari segi performance memang tip top. Saya selalu buat double pumping, paling banyak boleh dapat 16-18 oz satu sesi. Alhamdulilah

Spectra 3 (pic from google)
 Kalau di rumah pula saya gunakan avent manual ini. Ini antara pam yang menjadi kesukaan saya. Pam ini memang banyak berjasa, bermula dari Zarin dahulu hampir 2 tahun setengah juga saya mengepam, sekarang turun kat Sofea pula. tapi kena tukar juga beberapa aksesori, ada yang dah lus.

avent manual (pic from google)

Itulah pam yang saya guna setakat ini. Walau bagaimanapun, pada hujung minggu saya lebih suka buat marmet. Hari minggu memang kena train sofea guna botol juga walaupun sekali sehari. jadi saya perah dan terus bagi pada Sofea. So far memang best, cepat pun cepat. Tapi kena tahu teknik yang betul.

Insyaallah saya akan kongsikan teknik marmet nanti.

psst: sesuai untuk saya, tidak semestinya sesuai untuk kawan-kawan. Jadi carilah yang terbaik. terdapat pelbagai jenis pam diluar sana. ada yang murah, ada yang mahal. Tepuk dada, tanya diri sendiri dan poket anda! hehehehehehehehe... Selamat menyusukan bayi anda.

Monday, May 20, 2013

Suplemen susu ibu

Sangat tertarik dengan status seorang sahabat saya diFB. Jadi saya sharekan di sini 


"IKLAN TENTANG SUPLEMEN SUSU IBU:

" Mahu susu badan melimpah?"
" Stok susu penuh deep freezer?"
" Susu ibu jadi berkhasiat?"

Rasa mahu pengsan dengan iklan sebegini. Bukan pengsan dengan produk, tapi dengan ayat pemasarannya. Kadangkala produknya bagus, tapi ayat untuk memasarkannya....hmmmm....

Ibu-ibu, kita tidak perlukan susu yang melimpah, atau ber peti-peti. Apa yang kita perlukan adalah susu ibu adalah cukup untuk anak kita, bukan anak orang lain.

Susu ibu memang semulajadi berkhasiat, ibu-ibu di Somalia yang tak cukup makan minum pun masih mampu menyalurkan susu ibu berkhasiat untuk anak mereka.

Ini bukan status anti supplemen, saya juga pernah ambil supplemen semasa menyusukan anak, tetapi tujuannya supaya badan lebih bertenaga, supplemen bukan magik / automatik boleh tambah susu tanpa disiplin asas penyusuan.

Penyusuan susu ibu insyaallah akan berjaya dengan ILMU, bukan dengan supplemen magik. "



Saya sangat-sangat bersetuju! Selamat menyusukan bayi anda!

Mari Bertukang Bilik Abang Zarin

Sungguh teruja menyiapkan bilik untuk Abang Zarin. Setakat ni dah complete 90%. Ada beberapa benda kecil sahaja yang perlu dilengkapkan. 

So, saya kongsikan sekeping gambar bilik abang Zarin. Tengok tu, bukan main lagi Mr. Papa bertukang!  


Warna tema dinding: merah+cream
Warna tema perabot : hitam dan putih

Saya namakan segmen deco-deco bersama idazs (Ida, Azuan, Zarin, Sofea). Ida dan Azuan oklah, memang orang kuat dalam segmen ini (ida orang kuat mengarah, Azuan juga yang pecah peluh, Tet!). Zarin memang the trouble maker, sudahnya suara mama sama kuat dengan bunyi drill dan vacum. ^________^ . Manakala Sofea pula, nyenyak dibabycotnya. Pasanglah drill ke, vacum ke, ketuk dinding dengan hammer ketung ketang pun, tetaplah lena. hohohohohohohohoho.

Tapi hasilnya memang puas hati! :)

Bila dah complete saya kongsikan ya, insyaallah :)

Friday, May 17, 2013

Mandi tomyam

Lunch hari ini saya hanya bertapa di ofis. Cadang nak keluar, tapi hujan. Makanan pula saya hanya tapau di cafe tingkat 5. Nak dijadikan cerita, selepas siap menapau, saya pun naik ke bahagian dan terus letakkannya ke dalam mangkuk. Sebaik saja tomyam dicurahkan saya berkata

"Sorry ya, kawan-kawan bau tomyam kuat sangat ni"

Tiba-tiba...

Tupppp....

Mangkuk tomyam yang sedap baunya dan panas itu pecah dua!  Terus kuahnya mengalir deras atas baju saya!

sob-sob!

Kalau dah bukan rezekikan, tomyam dalam mangkuk pun boleh pecah! uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....mandi tomyam arini..panas weh!

Ada juga yang berkata petanda yang kurang elok, contoh ada orang hantarkan santau atau sipi-sipi santau. Ermmmm,saya tak nak berfikiran negatif. Anggaplah tak ada rezeki. Macam kak diey cakap, mungkin dalam tomyam tu ada rambut, nanti kalau saya makan sakit perut dan sebagainya. huhuhuhuhuhuhu

Dah la badan tak berapa sihat harini, ramai yang tegur nampak saya tak sihat. ditambah pula dengan bau tomyam semerbak kat baju ni! terus migrain! cepatlah pukul 5! nak balikkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!


Tapi alhamdulilah, walaupun tomyam tumpah, ada orang yang baik hati bagi nasi goreng. Itu namanya rezeki! syukur! Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya!

Tadi mr.papa call ajak p beli barang balik keja nanti, terus sebek cite pasal kejadian tomyam...sob-sob! cembeng!


S.A.K.I.T

pic from:google

Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru

Balik sekolah semalam zarin berkata:

"Mama, kawan-kawan abang semua dah beli hadiah kat cikgu..abang sorang je belum...jomlah mama kita g beli hadiah kat cikgu, abang sayang cikgu!"

Oh, terus mama blur fikir nak beli apa untuk cikgu-cikgu zarin ni.  Jika sebelum ni, sekadar wish kat kawan-kawan selamat hari guru, tapi sekarang bila anak dah sekolah, mama kena beli hadiah kat cikgu-cikgu pula. 

Teringat dulu masa sekolah saya bukannya orang senang, jadi selalu juga bagi hadiah sabunlah, tisulah kat cikgu. paling tak leh ingat balut dengan kertas minyak. Tapi sekarang dah berkemampuan sikit, so cantiklah bungkusan untuk cikgu-cikgu zarin :)


Hadiah yang comel untuk cikgu-cikgu yang comel macam Kak Ton.. Hohohohohohoh


Mula-mula ingat nak pergi IKEA, tak pun KL festival city, tapi dah malam dan jalan agak jam, terus cancel. So kami ke publika sahaja. Tapi hadiahnya tersangatlah terhad, tak banyak kedai yang ada jual hadiah-hadiah ni. Apepun akhirnya kami berjaya juga beli hadiah untuk cikgu Zarin walaupun last minit. Tak kisahlah mahal ke murah yang penting ikhlas, ye dak?

Zarin pun sangat teruja nak bagi hadiah kat cikgu dia. Insyaallah next year kena prepare awallah, tak nak kalut macam ni. Hohohohohoho..

Akhir kata "selamat hari guru" pada semua guru-guru di malaysia. Tidak lupa juga ucapan teristimewa buat ayah mertua saya, ISHAK MD. SHAH.

Untuk yang bukan guru secara rasmi ( tidak bekerjaya sebagai guru) jangan berkecil hati, kita semua juga adalah guru, mendidik anak, menyebarkan ilmu secara langsung dan tidak langsung dan sebagainya juga perlu dihargai. 

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA!  

Wednesday, May 15, 2013

kaki kecil comel!

Saya suka sangat ambil gambar kaki, tangan dan specific anggota badan baby ni. Tersangatlah comeynya.. Geram nak gigit-gigit ditambah lagi dengan bau wangi asli tu. Memang wajiblah digomol kaki mulus dak sofea ni. 


Gambar ini dirakamkan ketika sofea berusia 4 hari. Tengok, masih lagi menggelupas kulitnya :)



Geram-geram geram! oh, terus rindu kat cik pea bam bam.. Juga rindukan abang Zarin :)

Tuesday, May 14, 2013

memastikan susu ibu mencukupi

Assalamualaikum.

Menyusukan bayi juga memerlukan saya untuk belajar, dan belajar lagi justeru mendalami ilmu tentang penyusuan susu ibu dari semasa ke semasa. Di sini saya kongsikan perkara-perkara yang  perlu dilakukan oleh ibu bagi memastikan susu ibu mencukupi untuk bayi

1. Mulakan penyusuan awal dalam masa satu jam selepas kelahiran.
2. Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap iaitu 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu (on demand)
3. Tidak memberi bayi minuman atau makanan lain selain susu ibu (sehingga 6 bulan)
4. Tenangkan fikiran dan berehat secukupnya...jangan tensen2 yea
5. makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan. (Yang ini sangat penting. Jangan nak diet-diet sangat sebab dengan BF automatik berat badan akan menurun, itu sayalah. Lain orang lain kesnya)
6. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
7. Menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul.
8. Memastikan tiada pengunaan puting kosong (pacifier)
9. Makanan tambahan dimulakan pada umur enam bulan
10. Memerah susu pada bila-bila perlu (khusunya utk ibu yg bekerja/berjauhan dari bayi/payudara membengkak)

Insyaallah akan saya kongsikan lagi perihal penyusuan susu ibu di lain masa. Kesemua info ini adalah berdasarkan pamplet yang diberikan semasa saya menghadiri seminar penyusuan susu ibu beberapa tahun dahulu.

Monday, May 13, 2013

Merah pilihannya

Merah! Merah! Merah!

Itulah warna kegemaran anak teruna saya! Setiap kali nak beli barang bila tanya nak warna apa jawapannya 

Red!  

Contoh 1 :

Mama : Abang, raya ni abang nak baju color apa?
Zarin: Abang nak color red!




Contoh 2:

Mama: Abang bilik abang nak cat color apa?
Zarin: Color red lah mama, warna red hebat! 

Contoh 3:

Masa sedang pilih color untuk kitchen cabinet.

Zarin: Mama, dapur ni kita buat colour red lah. Abang suka! Sambil tunjuk contoh kitchen cabinet warna merah yang diberikan.
Mama: Red??? oh, terang sangat tu nak oiiii!!!! mama tak beranilah nak buat dapur color red

So untuk cat biliknya, Zarin memilih merah jugak! So kali ini kami bersetuju untuk cat bilik warna merah ikut pilihannya. Sebab dia yang nak duduk dalam bilik tukan, so biarlah dia pilih sendiri yang mana elok, tapi atas persetujuan mama papa juga. Semalam dah siap cat setengah, malam ni sambung. 

Nanti saya sharekan gambar bilik Zarin ya, insyaallah. 


Friday, May 10, 2013

awesome hair

Awesome tak rambut anak dara saya ni? hikhikhik...

pic from insta adik ipar, tq :)

Dah la rambut yang awesome, muka pulak ramai yang kata k-pop. Nampak gayanya kena cari kasut ala-ala k-pop la untuk cik pea .... kuhkuhkuhkuh (tak pasal-pasal mama kena bebel dengan mr. papa kalu beli kasut k-pop) :P

Mutiara kata #13

Assalamualaikum

pic from www.fanpop.com

Thursday, May 9, 2013

Cik pea bam bam

Budak-budak lagi tembam lagi syok gomol. Hehehehehehehe.. Dan inilah gambar yang tak berapa terkini cik pea bam bam saya. Masa check up 3 bulan berat dah 7.1kg. Alhamdulilah, semoga Cik Pea terus membesar bagai johan dan sihat sempurna. Amin.


Zea Sofea :)


Perkembangan Cik Pea setakat ni, 3 bulan dah boleh meniarap, suka sembang dengan suara nyaring weh! Pastu suka senyum dan gelak bertambahlah cute jadinya hingga rasa nak gigit-gigit! Di  nursery pun cikgu dia kata ok. Alhamdulilah. Taklah mama risau nak tinggalkan Cik Pea.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...