Friday, June 28, 2013

Betullah tu!

Source:FB

Thursday, June 27, 2013

My Happy Family

Oh sangat susah untuk ambil gambar berempat.. kalau ada pun tunggu hari raya la kot. Jom layan gambar-gambar kami anak beranak. Masa tengah tunggu ahli keluarga yang lain shoping baju raya, kami posing dulu! hehehehehehe


mama+abang zarin yang susah nak duk diam + ambil gambar elok-elok

Mama+ Sofea yang dah sebek! 

Mr. papa + Sofea  yang ramai kata anak jepun + korea (k-pop)

Eh, tuan tanah posing gedik dengan Mr. papa *pegang ketat-ketat!  ^____^
Inilah keluarga kecil kami. Alhamdulilah, sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada, dikelilingi insan-insan yang tersayang! 

Oh ya, nickname IDAZS adalah gabungan daripada nama-nama kami IDA + AZUAN + ZARIN SHAH (dulu masa bertiga) sekarang dah berempat + SOFEA = IDAZS

Pesan Mama : Keluarga kita, kita sendiri yang mencoraknya! 

Wednesday, June 26, 2013

Samseng eh Samsung lah!

Alhamdulilah, akhirnya dapat juga semakpon baru.  Setelah ditambah, tolak campur bahagi, akhirnya saya memilih samseng eh silap, encik Samsung lah.  Tu yang terkeluar entry testing tu. Masih lagi godek-godek.  


Encik samsung S4 dot dot dot


Terketar-ketar tangan keluar duit untuk beli telefon ni..terasa sayangnya duit! oh, dasar kedekutkan?? Nampak gayanya tahun ni tak dapatlah nak beli gelang emas baru untuk raya, raya dengan cik samsung ajelah.  Tapi kalau Mr. papa nak hadiahkan gelang emas baru pun ok juga. hahahahahah.. Aci gitu?

Pesan Mama :  Telefon berbunyi, ring! ring! ring! ku angkat ku tanya SIAPA?

Tuesday, June 25, 2013

testing

assalamualaikum..

testing semakpon baru. ehehehehehe


Dari kerana mata

Balik kerja semalam, jenuh kami singgah di farmasi dan kedai untuk cari mask. Malangnya untuk kanak-kanak kehabisan stok. Yang dewasa pula hanya ada yang keras dan bulat tu. Jadi hanya beli untuk Mr. papa   sahaja. Jerebu boleh tahan teruk juga di sekitar tempat saya. Hingga sakit mata dan kepala. 



Mr. papa bertanya, saya nak pakai mask ke tak? fikir punya fikir tak payahlah. sebab sebelum ini pun, kalau saya keluar dari bangunan, saya akan tutup muka dengan tudung. Jadi balik rumah terus cuba pakai tudung yang boleh menutup hidung dan mulut. Hasilnya jadilah begini! 


Bila saya tanya Mr. papa ok tak? Dia hanya tersenyum sahaja. Oklah tu.. ^____^ 

Pesan mama: Saya hanya wanita biasa dan bukan pemakai purdah/niqab. Tapi serius, sangat selesa pakai macam ni. :)

bengkok kaki!

Minggu lepas ahli keluarga saya dari Kedah datang. So memang jadual shopping kami tersangatlah pack. Nasib baik juga weekend tu Mr. papa cuti, so bolehlah kami menjadi pemandu pelancong. Dalam sehari merata-rata tempat pergi. boleh juga dikategorikan sebagai, shopping pre-raya, dan jalan-jalan cari makan.



bersama anak buah, baru from 2, tapi lebih tinggi dari maksu dia

Serius tersangat penat sehingga terasa bengkok kaki berjalan. Nasib baiklah Sofea ok saja. yelah, masa pregnant dulu mama dia memang kuat berjalan pung! hihihihihi. Tapi penat yang seronok dan berbaloi, sebab dapat menggembirakan hati keluarga :)

Pesan mama : eh, kawan-kawan dah shopping raya ke belum? Puasa pun belum sibuk nak raya! :P

Monday, June 24, 2013

Tindakan yang perlu diambil semasa JEREBU

source: KKM

Friday, June 21, 2013

Mari amalkan

Source: FB

Wednesday, June 19, 2013

Dia dah besar

Hari sukan sememangnya dinanti-nanti oleh semua pelajar. Pada masa inilah masing-masing mahu membuktikan kejaguhan mereka dalam bersukan, tidak terkecuali anak teruna saya. Wah memang sangat excited dia nak bersukan. Setiap hari cakap abang ada sukan. Siap buat exercise lagi.




Tema bagi tadikanya ialah pahlawan tradisional. (lebih kurang camtulah). Jadinya kena pakai kain lilit di kepala, siap ada selempang. Baru-baru ini semasa melihat versus II, kyoto protocol nyanyi lagu cindai. Jadi Zarin berkata;

Zarin: Mama, Abang tahu lagu lembik-lembik ni.

Mama: Lagu lembik-lembik?

Zarin: Lagu macam dalam Tv tu, abang kena menari kat sekolah (sambil buat gaya terkepit-kepit macam menari Zapin)



Saya gelak sakan lagi dengan istilah lagu lembik-lembik dia tu. Rupa-rupanya semasa hari sukan tu, tadikanya menggunakan lagu cindai (siti nurhaliza) sebagai lagu temanya. Ooooo, patutlah dia tahu. hihihihhiihi



Anak yang bersukan, tapi mama yang pecah peluh! Basah ketiak mak! serius, majoriti ibu bapa hari itu semuanya berpanas-panasan dan mandi peluh. Masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk merakamkan detik anak-anak mereka.

Zarin pula terlibat dalam acara larian satu Malaysia. Di mana, setiap peserta dikehendaki berlari membawa bendera Malaysia, pusing 3 buah kon dan akhirnya bila dah habis terus lari ke garis permulaan. macam-macam ragam ada. hihihihihihihihi

Dahulu, saya yang aktif bersukan, sekarang tiba giliran anak pula. Oh, cepatnya masa berlalu, tak sedar rupanya abang Zarin dah jadi BIG BOY, bukan lagi BABY BOY. sob-sob..

Pagi tadi saya tersalah sebut :

Mama: Cepat b, amik beg sekolah, mama dah lambat ni. (saya memang suka panggil dia sayang, baby (b) 

Zarin: Mama, abang bukan babylah. Abanag dah besar. Adik baru baby. 

Sob-sob, anak mama dah besarlah!

Tidak ketinggalan Sofea, turut memberikan semangat untuk abang Zarin. Siap pakai baju color hijau lagi. sepanjang di padang, lebih kurang dari pukul 8.30pagi  hingga 11.30 pagi, Sofea langsung tak meragam. sekejap tidur, sekejap bangun. 



Alhamdulilah, abang Zarin dapat hadiah pingat dan juga bekas air Tupperware. Tapi mama lupa snap gambar. hihihihihihihii..

Pesan Mama : Tak kiralah Zarin dan Sofea umur berapa pun, bagi mama, kalian tetap juga 'baby' sampai bila-bila. Love u so much! eh tertinggal, mr. papa pun tetap juga baby boy walau dah jadi bapak budak pun! tet!  ^_______________^

Monday, June 17, 2013

Semut oh semut!

Sampai sahaja di rumah, terus terpandang kelibat beberapa ekor semut yang sedang merayap! serius rimas, lantas terus berkata

Mama: Abang, lain kali kalau makan gula (gula-gula) jangan buang merata-merata, jangan sepah-sepah. tengok, kan dah semut ni.

Zarin : Semut tu lapar, sebab tu dia datang kat rumah kita. Rumah kita kan ada makanan. Bukan abang yang buat.

Mama: Abang suka makan manis-manis sangat sebab tu la dia datang.

Zarin: Mama, kita kene beli makanan kat dia, dia lapar tu. 

Masa ni dah gelak dah dengan Mr. Papa


pic. from: speedysigns.com

Mr. Papa : Abang, kita nak beli makanan apa kat semut ni?

Abang: kita beli makanan yang kecik-kecik kat dia, nanti baru dia boleh makan.

Hahahahahahahaha. Aduhai, sakit perut kami gelak. Sejak bila semut jadi binatang peliharaan pulak ni?

Abang Zarin oh Abang Zarin, mau pitam mama kalau bela semut!

Pesan Mama: Bela semut tak boleh! Tapi kalau rajin dan hubungan yang akrab macam semut tak pa!

Model lah sangat!

Baru-baru ni ofis saya mengadakan majlis Hari Semarak Kasih Puspanita. saya pula ditugaskan untuk menjadi model (modellah sangat) untuk memperagakan baju-baju dari butik Yan's creations. Saya ok saja, saja suka-suka kan. 

Ok tak ai posing ni?

Mula-mula risau juga, dah la tak reti nak catwalk, sudahnya jadilah gaya model keras kejung. hikhikhikhik.. Gelak diri sendiri. Saya memilih untuk memakai baju jenis yang (fish tail). Ok, berkenan juga. Ingat nak beli  sebab boleh dapat murah, tapi Mr. Papa kata saya nampak rendang+renek kalau pakai baju jenis begini.  Ok, sedar diri memang renek. Sudahnya tak jadi beli. huhuhuhuhuhuhuh

with kak linda yang sentiasa vouge! Ai pun numpang vougeh!

Seronok juga bila sekali-sekala memperagakan baju ni. Ye la, boleh pakai baju yang mahal-mahal. Kalau nak beli taklah termampu sangat. Koh-koh koh! batuk-batuk manja.  Baju yang saya pakai ni berharga RM459. Koh-koh-koh. Batuk lagi. 

Apepun terima kasih pada Yan's Creation sebab sponsor baju. Seronok juga sebab dapat jumpa Sasha Saidin, dia pun model jemputan hari tu. Cantik betul dia, macam anak patung! 

Pesan mama: Sekali-sekala model anak dua, nak melaram. Comey tak Kak Ton? hahahahahahaha

Friday, June 14, 2013

Rezeki masing-masing

Assalamualaikum 


Pesan Mama: Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, Alhamdulilah 

Thursday, June 13, 2013

Pulut Durian

Musim durian kembali lagi. Meow! eh, ayu sangat. Auuummmm! baru ganas sikit! ^_________^

Bagi peminat durian aka hantu durian sememangnya musim ini sangat-sangat dinantikan.  Alhamdulilah, kat rumah saya semuanya suka durian. Dari Mr.Papa dan juga Zarin, memang hantu durian. Zarin kalau benda yang perisa durian semua dia nak. Memang betul-betul ngikut Mr. papa ni.

Semalam ketika mengambil Zarin dan Sofea di Nursery, ternampak lori jual durian di tepi jalan. Lantas teruslah terliur. So sempatlah beli dua biji. Menurut penjual tersebut, musim durian baru nak mula, so harga yang dijual pun sedikit mahal iaitu RM10 untuk 1kg (durian kampung). 

Bila dah ada durian, automatiklah akan ditransferkan menjadi pulut durian. Memang kami hantu pulut+hantu durian. Tapi saya makan sedikit sahaja, risau juga takut sakit badan, pulutkan. 


Pulut durian, nyum-nyum


Semasa menyusukan Zarin dulu, paling risau kalau makan durian sebab nanti sepanjang malam Zarin akan mengempeng je. Lotih mak! Mungkin sedap kot, susu perisa duriankan. eheheheheheheheh.. Tapi berbeza dengan Sofea, maintain saja, bangun minum susu ikut jadual! Taklah mengempeng sepanjang malam. 

So kawan-kawan yang 'hantu durian', jangan lepaskan untuk menikmatinya ya! :)

Pesan Mama: Alangkah bestnya kalau ada dusun duriankan? Mula berangan tanam durian di balkoni rumah! ^__________^

Wednesday, June 12, 2013

senangnya nak dapat baby

Perbualan dalam kereta antara ibu dan anak 

Zarin: Mama, mama makanlah banyak-banyak biar mama jadi gemuk!

Mama: kenapa nak suruh mama jadi gemuk? Abang tak suka ke mama kurus?

Zarin: Bukan, kalau mama makan banyak-banyak, nanti perut mama gemuk, dalam tu ada baby. 

Mama: Kan kita dah ada baby Sofea.

Zarin: abang suka baby banyak-banyak. nanti bila mama makan banyak, perut mama besar, kita dapat baby lagi. mama kena pergi klinik, pastu kita balik kampung mama tak payah pergi work! 

Mama: Oooo, kalau mama makan banyak, mama gemuk kita dapat babylah?

Zarin: haaaa, macam tu lah. Abang suka baby kita ada dua. Nanti boleh baby tidur atas tangan abang dua-dua. Sekarang Sofea tidur atas tangan abang satu je.

Mama: Nanti mama fikir naaa.

Abang Zarin: abang nak baby banyak tau mama

Mr. papa: (sengeh je dengar perbualan mama dan Zarin)


Zarin kan abang, mesti pandai jaga adik (Zarin Sofea)

hehehehehehehe... Mudahnya pemikiran anak-anak tentang nak dapat baby ni. Makan banyak, perut besar terus dalam tu ada baby. Tak semudah yang disangka nak oii. Tet!

Monday, June 10, 2013

Bekas simpan EBM

Hari ini saya ingin berkongsi bekas yang saya gunakan untuk menyimpan EBM. Sebenarnya saya gunakan tiga jenis bekas. Ok, mari kita tengok! Setiap bekas yang saya gunakan di isi dengan 4oz-5oz EBM.

1. Botol

Botol merupakan bekas yang saya paling suka gunakan untuk menyimpan EBM. Botol yang saya suka guna ialah MLO, Bumble bee dan juga Avent.  Bukan apa, sebab nampak cantik je bila simpan, tambahan pula senang sikit nak bawa ke nursery nanti. Semasa Zarin dulu saya banyak guna bekas MLO, Tapi untuk Sofea saya lebih gunakan yang Bumble bee, cantik juga.  Fikiran saya lagi, kalau guna botol boleh guna banyak-banyak kali. So sepanjang dalam pantang memang banyaklah botol yang diorder online. hihihihihihih



sila abaikan susunan yang tak kemas ini
2. Bekas Dadih

Ingatkan dengan botol sahaja sudah mencukupi untuk menyimpan EBM kerana saya dah beli banyak juga botol bumble bee, seingat saya hampir 100 botol. Namun masih lagi tidak mencukupi untuk menyimpan EBM. Nak tak nak, saya gunakan juga bekas dadih.  Oklah juga, murahkan, tetapi makannnnnn space ok! Saya tak rekomenkan sangat untuk guna bekas dadih ni. Tapi ketika itu saya tak ada choice, bila semua botol bumble bee dah habis diguna, order online pun lambat sampai, so memang saya beli bekas dadih ni.  


Bekas dadih. Gambar ini diambil ketika dalam proses mentransferkan susu dari Alor Star ke Kuala Lumpur.


3. Storage bag

Pada mulanya saya memang langsung tak terfikir nak guna liner ni. Sebab rasa macam leceh dan hanya boleh pakai sekali. lagi untung kalau beli botol kan. Namun bila stok EBM makin bertambah, peti dah tak muat baru saya start guna liner ni. Alhamdulilah, sekarang saya rekomenkan pada semua kengkawan untuk gunakan liner ini, lagi jimat space! Pilihan saya ialah Autumz Double Ziplock Storage Bag. Saya lebih suka beli yang 12oz, tapi setiap satu saya isikan dengan 4oz-5oz sahaja, cukup untuk sekali penyusuan, kemudian,  untuk jimatkan space, saya leperkan dia, susun macam susun fail. Nampak kemas dah teratur je. Harganya pun berpatutan, RM9 (25 pcs)-beli time expo. Kalau tidak harganya RM12.90. 

kemas sikit susunan menggunakan liner ni


Oklah, itu sahaja yang saya ingin kongsikan untuk hari ini.  sharing is loving! 

Friday, June 7, 2013

S.E.T.I.A

Assalamualaikum 





Thursday, June 6, 2013

Kami muda-muda dulu

Hehehehehehehe...godek punya godek terjumpa pulak gambar tahun 2006 dulu. Zaman tengah cintan cintun dengan Mr. Papa. 



Sudah hampir 7 tahun berlalu. Dari pada bujang, berkahwin, sekarang anak dah dua pun. Alhamdulilah..

Agak-agak banyak tak perubahan muka kami? hihihihihihih

Wednesday, June 5, 2013

Tengok boleh pegang sorry!

Ramai yang bertanya saya makan apa hingga rambut sofea lebat macam ni dan ikut siapa? Serius saya pun taktahu nak jawab apa, tapi kalau diikutkan masa saya kecil pun rambut lebat juga.  




Kalau ke mana-mana memang rambutnya sentiasa menjadi perhatian. Ayat yang selalu kami dengar

"Tengok rambut dia, tengok rambut dia!"

"Lebatnya rambut dia, memang tak cukur dari lahir ke?"

"Letak apa rambut lebat macam ni?"

"Rambut anak hang ni memang rare la, unik dowh!"

Dan macam-macam lagi.

Pernah Mr. papa melawak kata lepas ni kita letak signboard

"Tengok Boleh Pegang Sorry!"

Sebab ramai juga yang suka usap-usap rambut dia, nak tahu lembut ke keras kejung. Tapi alhamdulilah, walaupun pacak terpacak, rambut sofea lembut sangat.





Untuk elakkan rambut dia terus terpacak, saya pun belilah cekak, sepit, headband dan sebagainya. Tapi itulah, kalau pakai sepit, depan je terkepit belakang tetap juga cacak. Kalau pakai cekak, memang tak jalan juga. Sudahnya hanya bunga je yang timbul. hihihihihihhi..

Apepun kita tunggu sajalah rambut Sofea turun sendiri, dah panjang nanti turun la tu. Insyaallah.

Tuesday, June 4, 2013

Milk Booster : Dutch Lady Chocolate Drink

Sebut sahaja milk booster memang terujalah nak cuba. Sebenarnya saya sangat suka minum dutch lady chocolate ni sejak dia mula dijual di pasaran. Kemudian beberapa orang kawan yang sedang menyusukan bayi mereka menyatakan dutch lady chocolate ini merupakan milk booster.

Saya masa dalam pantang pun memang minum dutch lady chocolate ni. Tak minum milo takut sembelit. Oh azab ok kalau sembelit dalam pantang! Bertapa la dalam toilet nanti. Sepanjang menyusukan Sofea, saya dapat rasakan bahawa kata-kata kawan saya pasal dutch lady chocolate sebagai milk booster ada benarnya. 



Setiap hari saya akan minum 2-3 segelas. Waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Memang terasa keberkesanannya. Kalau kawan-kawan yang sedang menyusukan bayi, tak salah kalau nak mencuba. Tetapi bergantung kepada tubuh badan masing-masing. Memang berkesan dan serasi pada saya tidak semestinya berkesan dan serasi dengan kawan-kawan. Semuanya dengan izin Allah, Insyaallah.  Selain itu rasanya pun sedap! Harga di pasaran ialah antara RM14.90-RM17.90 bergantung kepada kedai. 

Selamat mencuba :)


Monday, June 3, 2013

Semakpon oh semakpon!

Sudah empat hari semakpon (smartphone) saya rosak. Punca rosak tak pasti. Sebab pagi Jumaat pukul 6.00 saya tutup alarm ok lagi screennya. Dalam kereta bila nak touch dah tak boleh. Dah keras kejung. Apa pun tak boleh! Mungkin juga terkena segugus kunci rumah masa saya campak dalam handbag kot.

Sudahnya saya gunakan telefon yang kecik comel ni. Nokia 2330 classic! Serius mula-mula macam terkial-kial juga, ye lah sebab dah lama tak guna. Paling geram bila nak unlocked keypad, tekan banyak-banyak kali pun  tak jadi juga. Lepas tu, semua nombor tak save. Satu nombor pun tak ada. Paling geram ramai pulak yang duk call time telefon rosak ni. Sudahnya setiap orang yang call saya tanya siapa ni? 


pic from : www.GSMArena.com

Mr. papa kata 

"Mama memang sesuai pakai nokia ni, sebab malas charge telefonkan? Telefon ni kalau pakai lima hari pun bateri ada lagi 2 bar! "


Arghhhh!. Saje Mr. papa ni. Tapi memang betul pun kata-kata dia tu. Sebab saya memang malas nak charge telefon. Balik rumah kalau telefon takde bateri pun biar je. nanti Mr. papa tolong chargekan. kalau dia pun terlupa, so esok pagi dalam kete baru charge. hikhikhik

Tambah Mr. papa lagi

"mama, telefon ni orang tekan dengan sebelah tangan jelah. Tak payahlah guna dua tangan. Lagi satu, tak payah tekan kat atas tu, takde button untuk nak switch off ke apa, nanti dia padam sendiri!"

Arrrggghhh!!! terus termalu, sebab dah terbiasa dengan semakpon yang dulu tu. teruslah perasaan nak beli semakpon membuak-buak! Sekarang ni tengah berkira-kira nak beli semakpon baru ke tak. Nak repair kan kena 2-3 ratus, baik beli baru terus.  Mmmmm, harap adalah yang sudi nak hadiahkan telefon ni. Amin.. kalau nak keluarkan duit sendiri kena buat kira-kira dulu, sebab saya memang kedekut bab keluarkan duit beli telefon ni. Mr. papa tolongggggggg!!!! Bolehlah...bolehlah.. Belikan sebagai hadiah lepas bersalin, tak pun sebagai hadiah sebab berat saya dah kembali pada berat asal sebelum mengandungkan Sofea.. aci gitu??? ^______________^ (Macamlah Mr. papa baca blog wife dia ni!)

Tetapi, dalam hati tetap ada keinginan untuk beli semakpon baru dan pilihannya sudah pasti HTC jugak. Sekarang tengah fikir nak yang mana sama ada HTC Butterfly atau HTC One. Yang mana satu ya?

Psstt: Walau secanggih mana pun telefon, telefon nokia model lama macam saya guna sekarang ini memang terbaik!  Walaupun kadang-kadang orang duk jeling-jeling bila saya keluarkan telefon ni dari bag! arggghhhh!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...