Wednesday, July 31, 2013

Mari mengookies


Perkiraan saya tahun ini rasa nak pencen dari buat kuih raya (kekangan masa) eceh, alasan tak boleh terima dek akal :P. Namun apabila abang Zarin asyiklah duk tanya

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"

 "mama bila nak buat kuih raya?"


Tak ubah macam burung kakak tua, tak pun macam talking tom tu, duk ulang-ulang hingga mama pun jadi pening. So untuk tidak menghampakan permintaannya, jadi gagahkan diri untuk buat cookies ni. 



Special untuk abang zarin. Sanggup tunggu mama wat kuih sambil tengok ipad, menulis dan mewarna. Ok juga, adalah teman berbicara dari sunyi sorang-sorang kan.

Kawan-kawan dah ada kuih raya? buat sendiri ke atau kuih tunjuk-tunjuk??? hehehehehehehe

Pesan Mama: Oh, tahun ni tak dapat nak ambil tempahan. Tahun depan insyaallah. Bila orang tanya tak buat cookies ke tahun ni, Da? Jawapan saya : Ada anak kecik tak sempat, Duk gotel sofea ja. hahahahahahaha

Tuesday, July 30, 2013

solid food

Sofea sudah pun berusia enam bulan.  Jadi sudah tiba masanya untuk saya perkenalkan solid food untuknya.  Sedikit sebanyak buat research pasal solid food ni.  Ada yang kata perkenalkan puri buah dulu,  kemudian bijirin,  selepas itu sayur.  Ada juga yang tulis bijirin dulu,  sayur dan last sekali buah. 

Mmmm.. Akhirnya saya memilih untuk memberi bubur nasi kosong dahulu. Alhamdulilah Sofea suka makan bubur nasi kosong ni. makan pun taklah banyak, dalam 4-5 sudu gitu. Oklahkan, permulaan. Bila dah hampir seminggu makan bubur nasi, saya buat pula puri apple, kemudian puri pear. Tapi kedua-duanya di reject. Sob-sob. Berpatah balik pada bubur nasi. Oh laju dia makan. Nampak gayanya memang Sofea ni perut Melayu, suka makan nasi. ahahhahahaahahaha




Semalam dah beli baby carrot, ingat nak buat puri carrot, tapi masih belum berkesempatan. heheheheeheh. Weekend ni la. Pernah terbaca yang kena ajarkan satu-satu makanan dalam beberapa hari, lihat sama ada alergik ke tak.  Serius saya sangat suka sediakan makanan untuk anak ni. Zarin dulu memang sepenuhnya home made food, harap Sofea pun begitu juga. insyaallah.  

Thursday, July 25, 2013

Menang baju raya.. yeaaaa!!

Alhamdulilah, semalam nama saya terpilih sebagai pemenang giveaway baju raya dari Jarum Emas Collections. Caranya mudah saja Like, Share and Win. Tak sangka nama saya naik sebagai salah seorang pemenangnya.

Hadiahnya ialah?? jeng..jeng..jeng.. Sehelai baju kurung raya. Yang bestnya saya boleh memilih mana-mana baju kurung yang saya sukai daripada koleksi beliau. 

Sebenarnya ada macam-macam jenis baju kat Jarum Emas Collections ni. Cantik-cantik hinggakan saya sendiripun rambang mata dibuatnya. Cantik, tertarik, memang da bomb! 






Kalau kawan-kawan berminat dengan koleksi baju kurung yang saya pamerkan ini bolehlah ke Page Jarum Emas Collections di Facebook. Memang ada pelbagai corak dan design dan warna yang disukai, mengikut tema baju raya kawan-kawan. Paling penting harganya sangat-sangat berpatutan. Siap FREE POSTAGE lagi..Jangan lepaskan peluang ini ok??? Anggun pesona Tampil Bergaya di hari raya.

 Apepun terima kasih Yana, selaku orang kuat aka tokey di Jarum Emas Collections.

Pesan Mama: ooh, tak sabar nak tunggu baju raya sampai :)

Wednesday, July 24, 2013

ragam berpuasa

heheheheh... macam ni pun ada...

Tuesday, July 23, 2013

Persiapan raya yang masih berlubang-lubang

Sudah 14 hari kita berpuasa. Macam mana puasa kawan-kawan? dah tinggal? ke masih penuh? saya so far masih penuh, harap-harap memang penuhlah tahun ni. Orang BF kan, biasanya lambat cik P datang. Cik P, please jangan datang naa. Tak larat mak nak ganti puasa nanti :P

Macam mana dengan persiapan raya? dah settle? ke masih lagi berlubang sana sini.  Persiapan raya kami anak beranak masih lagi berlubang-lubang. hahahahahahahaha.  Masih banyak masa, insyaallah. Untuk anak-anak adalah sikit-sikit yang tak cukup. Rasanya untuk abang Zarin dah ok, kecuali songkok. Untuk Sofea masih ada yang perlu dicari, kasut pun tak ada lagi.  Rasanya nak jugak beli kasut yang comel-comel untuk dia. 

Setiap tahun tayang kasutkan? haaaa, ni kasut raya abang Zarin tahun ni. Merah putih ko! Nasib baik tak ada gambar tengkorak. Abang Zarin panggil kasut harimau, sebab ada lambang harimau kat dalam kot. Beli semasa famili saya datang dulu, jalan-jalan kat KLCC, kebetulan ED Hardy ada sale, dah sepupunya beli dia pun naklah. Nasib baik ada yang berkenan. Oklah kan. Yang penting ada MERAH! memang Abang Zarin pencinta merah. 



Sebenarnya kasut ni pun dah siap pakai 2-3 kali. Setiap tahun macam tu. ahahahahahahaha. Tahun ni tak payah beli sandal crocs lagi, sebab bulan 4 hari tu Mr. papa dah beli crocs beach line shoes masa kat Phuket. Pakai ajalah yang mana ada. 

Untuk Cik Pea ingat nak cari kasut macam ni. Macam comel+klassic gitu. Tapi pergi mothercare tak ada pula. sob-sob. 

Mama dan papa pula? Oh, masih banyakkkkkkk yang tak lengkap. Mama banyaaaaakkkk lagi benda yang tak beli. Oh sangat cerewet kali ini. Tapi itulah, berazam untuk bersederhana sahaja. Kalau tak jumpa idaman hati, pakai ajelah mana yang ada. Anak-anak didahulukan. tet!

Pesan Mama : Seronok tengok anak pakai cantik-cantik, hensem dan kemas. Ingat jangan membazir! Bersederhanalah!  ^_________^

Monday, July 22, 2013

Sofea 6 bulan

Pejam celik-pejam celik, begitu pantas masa berlalu. Sofea sudah pun berusia 6 bulan.  Selama 6 bulan jugalah Sofea menikmati susu ibu sepeuhnya, alhamdulilah. 

Sabtu lepas, bawa Sofea untuk cucuk 6 bulan. Bila timbang beratnya mencecah 8.45kg. Oh membesar bagai johan sungguh Sofea ni, siap 2 kali timbang lagi, kot tersalah.  ehehehehehehe.. Patutlah setiap kali mama dukung rasa lenguh bahu.


Bersedia untuk dicucuk

 Perkembangan Sofea 6 bulan ini, tengah belajar angkat punggung, mungkin nak merangkak kot. Gigi pula dah ada sebatang setengah. Satu dah betul-betul tumbuh, satu lagi dah tumbuh sikit. Patutlah kuat merap. 

6 bulan, maksudnya Sofea sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Oh, mama suka bab berkreatif buat solid food untuk anak-anak ni. Lepas ni banyakalah entri pasal makanan sofea. ahahahahahahaha

Pesan Mama : Kena geledah balik cari buku resepi untuk si manja 

Sunday, July 21, 2013

cuti cemas

setiap kali menerima panggilan telefon daripada nursery anak anak jantung terus berdegup kencang...belum angkat,  tapi bila tertera NURSERY di skrin terus terfikir macam macam...

Khamis lalu,  lebih kurang pukul 2.30 petang,  nursery call maklumkan yang zarin demam.  Badannya panas dan dia menangis.  Nasib baik Mr. papa berada berhampiran dengan area nursery,  jadi dia cepat cepat ambil zarin.

bila dah ambil,  lain pula jadinya.. zarin menangis nakkkkkkkkkkkkkkkk mamaaaaaaaaaaa!!!  sudahnya Mr. papa terpaksa hantar zarin ke ofis saya.  sebaik sampai terus bawa zarin ke klinik yang berhampiran. 

menurut doktor demam biasa sahaja,  tiada apa yang perlu dirisaukan.  oh lega.  tapi kalau hari Sabtu tak baik juga,  kena datang balik. 

jadi hari Jumaat saya pun terpaksa cuti cemas..terus cancel aktiviti meronggeng dengan kawan kawan di jalan tar... haha.. takpe,  sempat lagi pergi.  insyaallah...

bila beranak dua ni,  cuti tahunan harus dimanfaatkan sebaik mungkin..dan alhamdulillah,  zarin pun dah baik demam.. syukur

Wednesday, July 17, 2013

Alolo

Aksi comel dari budak comel selepas berbuka puasa. hihihihihihihihi. Sebelum ni asyik tempek gambar senyum, serius je. Hari ni tempek pulak gambar menangis. 

alolo sayang mama 

Semasa berbuka elok saja dia duk dalam high chair. Bila mama bangun je mulalah meraung sebab mama jalan-jalan pi mai pi mai tak angkat dia. Saja biar dia nangis lama sikit nak snap gambar gigi sebatang dia tu. Tapi duk kelupuq tak boleh nak snap pic yang sharp. Layankan saja pic yang blur ni. huhuhu

Alahai anak, nangis suara kuat yang amat, tapi air mata tak keluar pun. ^____^

Pesan Mama : Kalau budak nangis nampak comel je. Ce kalau orang tua yang buat aksi gini?? ahaksss

Tuesday, July 16, 2013

Kaki suka berjalan

Entri jalan-jalan sebelum puasa dan shopping pre raya!

Hari minggu sememangnya akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan cari makan. Walaupun Mr. papa kerja 7 hari seminggu, sebelah petang pasti bawa mereka keluar. Kalau tidak macam-macam aksi dan dramalah budak dua orang ni. Jadinya 7 Julai kami pun pergilah berjalan dengan tujuan untuk cari baju raya juga. Sana sini sale, wajiblah terjah sekupang!


Mama dan Sofea posing sikit

Paginya, kami ke One Utama dahulu. Cari-cari barang, pilih-pilih, bayar-bayar, makan-makan, jalan-jalan. Tapi kali ini agak frust sebab tak banyak pilihan. Mungkin orang dah start shopping raya awal lagi dari kami kot.  Jadi taklah sakan sangat membeli, adalah sikit-sikit. Zarin pula sampai saja terus cakap

Zarin : Mama, abang nak mainan!

Mama : Hari ni tak boleh beli mainan. Kita nak beli baju raya je tau!

Zarin : Satu je mama

Mama : Tak boleh! (cakap slow-slow tapi dengan penegasan)

Zarin : Mama ni semua tak boleh. Abang nak satu je.

Mama : Semalam kan dah beli mainan. Mainan tak boleh beli selalu. Kalau beli mainan tak boleh beli baju raya. Nanti raya abang pakai mainan tu.

Zarin : Mainan mana boleh pakai. Mainan untuk main je. Apelah mama ni. Itu pun tak tahu.

Mama: Haaa, tau pun. kalau asyik beli mainan habislah duit mama.

Zarin: Duit habis mama pergilah bank. Kat bank kan banyak duit. Tekan-tekan keluarlah duit. 

hahahahahhahahaha.. pitam dengan ayat last Zarin tu. Kat bank memang ada banyak duit, tapi duit orang, bukan duit mama! tet!!!!

Tapi alhamdulilah, dia faham. Dan hari itu tiada mainan dibelikan. YES! Lepas dah puas jalan-jalan kat OU, Fikir punya fikir Mr. Papa ajak ke Lot 10, seterusnya ke Pavillion.

Zarin dan Sofea yang baik

Waktu itu, jam baru pukul 2 petang. So saya pun ok saja. Kali ini Mr. papa ajak naik train, kesian Zarin sebab dah lama dia nak naik 'ketapi'.  Selepas singgah sembahyang zohor di masjid TTDI, kami bergerak ke brickfields, parking kereta kat situ, kemudian naik monorail ke Lot 10. Sekali sekala penuhi permintaan anak, Seronok Zarin dapat naik ketapi.

Sampai di Lot 10, terus lah cari barang lagi. Kemudian terus ke Pavilion cari barang lagi. Tapi mendukacitakan juga sebab banyak yang tak ada size. Tapi adala juga beli sikit-skit.  Hari pun dah beransur petang, Lebih kurang pukul 4.30 kami pun balik. Kali ini sedikit mencabar naik train sebab orang ramai.

Bila dah sampai ke kereta, Zarin nak makan ais kacang dan main kat taman. So kami pun singgah pula makan ais kacang dan air kelapa, kemudian bawa Zarin ke Publika. Kat situ ada taman dan dekat dengan rumah. Memang dia suka main kat taman situ pun.

ice cream.. nyum-nyum!

Sementara Zarin main kat taman, saya sempatlah jengah-jengah apa yang patut. Jalan-jalan terpandang Fittflop ada sales up to 30%. Jadi sempatlah saya cuba-cuba. berkira-kira nak beli ke tak, nak beli ke tak! Sudahnya tak beli pung! Pakai ajelah yang dah ada tu. Kena pastikan antara keperluan dan kehendak! ^______________^

Hikhikhik.. 

Bila dah pukul 6, terus ajak Zarin balik. Lain kali kita datang main kat taman lagi sebab mama belum sembahyang Asar. hahahahhahahahaha, opppsssss!!. Sebelum balik singgah beli barang dapur kat BIG kejap. Siap Zarin pow mama beli asi krim bentuk paw! Dahlah mahal sebatang RM8.90. Sticky gelato kot nama kiosk dia. Dah lupa dah. Tapi sedap!

lepas beli barang dapur teruslah balik. Kami dalam satu hari boleh pergi banyak-banyak shopping kompleks. Nasib baik mood Sofea hari itu ok-ok saja. Haaa, satu famili dasar kaki suka berjalankan.

Eh, kawan-kawan dah habis shoping raya? Saya baju raya pun tak ada lagi ni. Untuk anak-anak baru beli sikit-sikit. Tunggu weekend ajalah. Kalau tak ada choice juga, pakai ajelah mana yang ada ye anak-anak! hikhikhikhik  Harap kaki kuat untuk berjalan bulan puasa ni. Kalau lepas berbuka memang tak dapat pergilah. Mr. Papa nak terawih.

Pesan Mama : Jalan-jalan cari makan. Sudah makan hati riang. Dapat beli barang-barang!


Monday, July 15, 2013

Eh, dah tumbuh gigi

Kejap je masa berlalu. Sedar tak sedar Sofea dah pun tumbuh gigi. patutlah sebelum ni asyik meragam je. Suka menggigit, meleleh air liur dan badan pun dedar juga. Rupanya dah tumbuh gigi. Sebelum ni tengok gusi dia memang dah bengkak dan nampak putih dua. Tapi tak tumbuh lagi. Hari sabtu haritu tengok-tengok dah tumbuh sebatang, gigi bawah belah kanan. 

Sama macam Zarin dulu juga, cepat tumbuh gigi. Tapi jalan masa umur setahun. Orang kata kalau cepat gigi lambat kaki.  Tataulah betul ke tak. Just wait and see jelah. Lagi satu setiap perkembangan budak ni tak sama. Yang tu kena ingat! 

gigi mahal, tak boleh tengok!


Bila cakap kat dia 

"Sofea, buka mulut, mama nak tengok gigi"

Haaaa, kemah keming dia tutup. Tak bagi kerjasama langsung. Tapi kalau duk agah dia bagi dia gelak nampaklah gigi sebatang tu baru naik. Orang kata baby nak tumbuh gigi ni sakit tau. Patutlah Sofea asyik merap dan kalau kat nursery minggu lepas teacher dia kata 

"Sofea perangai sikit hari ni, tak boleh nak letak langsung. kalau letak dia nangis" 

Hadoiii nak oiii. Janganlah buat perangai lagu tu. 

Pesan mama : Nampaknya Sofea beraya dengan gigi sebatanglah tahun ni. Dan jangan duk mengigit mama naaaa!

Friday, July 12, 2013

Jadual Mengepam Susu

Memasuki Bulan Ramadan jadual mengepam susu di ofis pun sudah bertukar, tetapi masih lagi 3 kali sehari. Sebelum ini saya mengepam pada jam 10.00 pagi, 1.00 tengahari dan 4 petang.  Tapi sekarang jadual berubah kepada 8.30 pagi, 12.00 tengah hari dan 2.30 petang.  Sebab bertukar jadual saya pun tak pasti, mungkin sebab kita bersahur dan makan awal, jadinya cik B cepat penuh awal tu. Jadi saya pun kenalah tukar rutin. 

Walaupun berpuasa, alhamdulilah pengeluaran susu masih seperti biasa. Syukur pada Allah kerana memurahkan rezeki untuk Sofea. Kebiasaanya untuk sesi I saya akan dapat antara 14-17 oz. Sesi II dan III saya akan dapat antara 4-6 oz. Kesemuanya double pumping. Purata sehari saya berjaya kumpul antara 23-25 oz. Setiap kali mengepam saya mengambil masa antara 15-20 minit. 


Kebiasannya sesi I saya akan guna botol avent yang besar ni. Sesi II dan III saya akan gunakan botol yang 5 oz. Inilah rupa susu yang telah saya asingkan untuk Sofea sekali minum siap-siap. Biasanya saya akan isikan antara 4-5 oz.  Dalam sehari (sepanjang di nursery) Sofea akan minum 4-5 botol. Ikut keadaan. kadang-kadang ada juga sampai 6 botol.

bekas bumble bee pujaan hati

Tapikan, kadang-kadang saya skip juga jadualnya. Kalau sibuk dan datang penyakit malas saya hanya pam 2 kali sahaja. Itupun kalau dah bengkak. Oh.oh..oh.. Jangan tiru perangai tak senonoh saya ni tau. Bukan apa, kalau malas kosongkan breast, maka sikitlah hasilnya nanti. huhuhuhuhu.. penyakit M, sila pergi main jauh-jauh ok! Jangan nak bermanja-manja tak ketahuan dengan saya pulak!

Setiap minggu saya akan bawa susu Sofea mengikut keperluannya. Contohnya, hari Isnin saya akan bekalkan 6 botol. 4 chilled EBM dan 2 Frozen EBM. Saya akan labelkan siap-siap nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6. Jadi teachernya akan mengikut nombor yang telah saya labelkan. Biasanya saya akan letak no 2. dan no. 4 untuk Frozen EBM.


Cik Pea baru bangun tido. Bau busyuk masyam bangun tido dia tu sangat best untuk digomol ok!  


Hari Selasa hingga Khamis saya akan bekalkan 4 Chilled EBM dan 1 Frozen EBM mengikut permintaannya. Kadang-kadang saya bagi semua yang Chilled EBM. Eh faham ke ni??? haaaa..lebih kurang gitulah. kalau tak faham buat-buat faham ajelah :P

Alhamdulilah, sepanjang berpuasa (3 hari ni)  bekalan susu untuk Sofea masih seperti biasa. Diharap rezeki untuk Sofea pada hari-hari akan datang akan sentiasa Murah. Amin-amin amin! Tapikan, setiap kali selesai mengepam mulalah perut jadi lapar. Kalau dah masuk sesi III tu mulalah rasa macam ada bintang bulan kat atas kepala ni, lutut pun gigil sikit-sikit. eheheheheeheheheheeh 

Pesan Mama: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Kita hanya berusaha, selebihnya hanya dengan izin Allah.  

Jangan buat tau!

Assalamualaikum..



Source FB


Pesan Mama: Ingat tau! Selamat Berpuasa..

Thursday, July 11, 2013

terbabas sahur

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! 

Nangis ok!  Baru dua hari berpuasa kami dah terbabas sahur! Bila tersedar tadi jam dah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Terus saya kejutkan Mr. papa..

Saya : Pa, bangun.. dah kul 6.15..tak dan sahur!

Mr. Papa: (Bangun sambil tenyeh mata). Silap kot jam tu..(sambil renung lama-lama jam)

Saya: Betullah kul 6.15 tu. uwaaaa..nak sahur! nak sahur! sambil wat muka sebek

Mr. papa: Tak boleh dah (sambil baring balik)..

Saya: Eh dah 6.15 la..bangun siap pi keje. Jangan sambung tidur!

Malam tadi Sofea sedikit tak nyenyak tidur. Asyik terjaga dan kami pun sama-samalah berjaga. Tu yang bila dia nyenyak kami pun nyenyak sama hingga terbabas sahur! Tambahan pula, pagi tadi hujan lebat. Semakin syok mengerekok dalam selimut. kihkihkih..Apa nak dikata!



Oh, Cik Pea yang tembam. Jangan risau, susu ada untuk kamu nak. 


Sedih tau. Sebelum ni kalau tak sahur tak kisah sangat. Tapi bila kita tengah menyusu anak ni, mula terfikir macam-macam. Lebih-lebih lagi orang menyusu ni kerap lapar! Risau juga memikirkan susu nanti. Tapi alhamdulilah, walaupun tak sahur hasil mengepam sehingga jam ini maintain macam biasa. Syukur alhamdulilah. 

Cuma yang tak berapa nak maintain, sayalah. Pagi-pagi perut dah nyanyi lagu apo kono jang! Siap buat rapping sekali. huhuhuhuhuhuhu ... Ni pun rasa macam gigil kepala lutut. makin kuat pulak rappingnya.. Oh badanku yang sihat dan kuat, sila bertahan hingga ke petang ya. ^______________^

Pesan mama: Lepas ni kena beli jam loceng yang kuat bunyinya. Handfon-handfon tak jalan dah! Muahahahahahahaha



Bazar ke Bazir???

Bila tiba sahaja bulan Ramadan, wujudlah Bazar Ramadan. Seakan sinonim gitu.  Bazar Ramadan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka. Ada pebagai jenis makanan, kuih muih yang enak-enak, air yang pelbagai color dan sebagainya.  

Dulu-dulu saya suka juga ke Bazar Ramadan. Memang penuh tanganlah bawa. Tapi 3-4 tahun kebelakangan ini, kami tidak gemar berkunjung Bazar Ramadan. Bukan apa, bila ke sana memang macam-macam beli. Tengok semua sedap. Semua nak beli! Hasilnya tidak ubah seperti gambar di bawah. 





Source: FB

Kalau dapat makanan yang sedap tu oklah. Tapi kalau asyik mendukacitakan, memang boleh sakit hati di samping frust menonggeng!   Huhuhuhuhu.. So tahun ini, sebolehnya kami nak elakkan untuk singgah di Bazar Ramadan. Insyaallah. 

Pesan Mama: Membazir amalan syaitan! Peace!!!


Wednesday, July 10, 2013

Bedah siasat!

Oh, sila tutup mata dengan jari. Jari tu renggangkan sikit, ala-ala intai celah jari gitu. Entri pasal makanan kan. Ampun korang! 


Dua budak sihat sedang beristirehat,
Menunggu masa untuk dibedah siasat.



Sesudah dibedah siasat, 
Segala isi sudah terburai,
Menunggu masa untuk disiat 
Habis licin tinggal kuah.



Pesan mama: Ketupat sotong pujaan hati. Resepi boleh lihat di sini


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan dinanti



Pesan mama: Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua \o/

Ben's General Food Store

STK tidak dapat lari dari entry makan-makan. Tuan rumah suka makan kan. Baru-baru ini kami ke Ben's General Food Store, Publika untuk makan malam. Mr. papa teringin nak makan pizza pescatora. So layankan saja gambar makanan sebelum puasa ni. 


Abang Zarin, Cik Pea dan mama. 
Meatball dan spiral kot, untuk abang zarin. nyummeh!!!!
pizza pescatora pujaan Mr. papa
aksi bersama anak-anak, pelbagai ragam ada :)

Serius makanan kat sini sedap-sedap. Harga pun berpatutan dan paling penting dekat dengan rumah. Abang Zarin sekarang takmau keluar makan kat tempat yang jauh-jauh. Nak yang dekat-dekat aja. So Publika lah tempatnya. Mari kita try semua restoren kat sini ya nak!

Kesian Sofea cup cap cup cap mulut dia tengok kami makan. Sabar ya Cik Pea, 21hb ni genap enam bulan kita start solid food ya ^_^

Pesan mama: Makan-makan juga, kesihatan wajib dijaga

Monday, July 8, 2013

CPUV Dari Nuffnang

Oh terima kasih nuffnang kerana berikan CPUV lagi untuk blog saya ni. Sebenarnya CPUV ini adalah yang ke 15-20 untuk tahun 2013.  Sekarang ini terdapat 6 CPUV yang sedang menari-nari kat blog saya ni iaitu RHB Debit, University of London, KL SOGO sale, Drypers, Coke Ramadan dan yang terkini Sunsilk. 



Tak lupa untuk kawan-kawan yang selalu berkunjung ke sini, terima kasih. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang semua iklan tersebut bolehlah klik diiklannya ya. 

Terima kasih sekali lagi untuk nuffnang dan pengiklan serta kawan-kawan. Lain kali bagi lagi ya, advertorial pun ok juga :)

Pesan mama: Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk, alhamdulilah 

udang pedas oh udang pedas

Setiap orang pasti ada makanan kegemarankan? Tidak terkecuali dengan anak teruna saya ni. Makanan/lauk kegemarannya ialah udang pedas! hari-hari makan udang pedas pun tak pe. 


Udang sekor

 Jadi cuti hari minggu memang dua hari berturut-turut masak udang pedas. Kadang-kadang geram juga bila dah keluar jalan-jalan cari makan, dia taknak makan pula. Dalam kereta terus cakap lapar, sakit perut nak makan nasi dengan udang pedas! Oh, air tangan mama juga yang dia nak.

Udang tiga ekor, dah ada kawan. hihihih



Bila dia dah cakap gitu, teruslah cair hati mama ni. Penat ke, letih ke, mengantuk ke, gagahkan diri juga masakkan udang pedas kegemarannya. terasa dihargai bila dia kata 

"Mama masak lagi sedap, Abang sayannnnngggg mama!"

Pesan mama : Air tangan ibu juga yang terbaik! Masak dengan penuh kasih sayang kan :)

Friday, July 5, 2013

Cooler bag baru

Inilah akibatnya kalau Maknga (Maknga dalam bahasa Terengganu - cuai, lupa, ralit) lebih kurang gitulah.
 
 
Pagi itu, memang saya dah kemaskan cooler bag, letak atas meja, namun apabila hendak keluar, hanya capai beg sekolah Zarin. Dalam kereta baru terperasan yang lupa ambil cooler bag. So redha ajalah. Kalau patah balik tak pasal-pasal kena jawab surat cinta sebab lambat. tet!
 
Dalam hati berkira-kira untuk tumpang susu kat peti ais bahagian lain. Ye lah, bahagian saya takde peti ais. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam termalulah pula. Sudahnya terpaksa kreatifkan diri dengan mencipta cooler bag baru bagi menyelamatkan EBM daripada rosak!
 
Tadaaaaaaa!!!!
 
Hahahahaha.. Cantik tak cooler bag baru saya??
 
 
 
 
Tabung gula-gula penyelamat. Ala-ala wonderpet datang membantu gitu! hahahahahahahaha...  Oklahkan dari tak ada langsung. Tapi jenuh juga sebab kena tukar ais selalu. sekali refill RM1, dah rupa macam refill air kat subway pula kekdahnya.
 
Pesan Mama: Apa-apa pun boleh demi anak tercinta. Slamber kelek tabung angkut susu. ngehngehngeh!

Allah ada

Source: FB

Thursday, July 4, 2013

Wak Lan Bayu Malam, Bagan Lalang


Dah lama tak menikmati ikan bakar. Last makan masa pilihan raya hari tu di kedah. Tapi tak menyengat ikan bakarnya, biasa-biasa sahaja. Semasa famili saya datang minggu lepas, mereka ingin ke Nilai, sebab ramai yang kata barangnya murah-murah. Serius kami memang tidak pernah ke Nilai. Jadi bila mereka nak pergi, kami ikutkan sahaja., yelah pemandu pelancong kekdahnya! hahahahahahaha..

Sampai di Nilai, saya, Mr. papa dan Sofea tak turun pun. Sampai pun dah hampir pukul 5 petang. Mereka sahaja yang turun, kami menunggu di kereta, tambahan pula Sofea tidur. Hampir 45 minit di sana, kami pun terus ke destinasi seterusnya iaitu Bagan Lalang untuk menikmati ikan bakar. 

Sebenarnya abang ipar saya yang teringin nak makan ikan bakar. Mula-mula ingat nak makan kat Melaka, tapi bila fikir-fikir balik rasa tak berbaloi nak pergi Melaka semata-mata nak menikmati ikan bakar. Jadi kami pun ke Bagan Lalang. Oh ya, ini merupakan kali pertama kami makan di Bagan Lalang. 

Pada mulanya kami singgah di restoren HM kot nama dia. Tapi masa sampai tu, penuh sebab bank muamalat (kalau tak silap) ada buat annual dinner ke family day, gitulah. Jadi memang fullhouse! Jadi kami ke kedai lain iaitu Wak Lan Bayu Malam.

Sampai, sampai terus pilih seafood, semuanya nampak fresh. Dah inilah hasil tangkapan pada hari tersebut. 


Sotong goreng tepung, kerapu bakar kering (garam+kunyit) siakap stim halia, ketam, pepahat, kepah, dan sayur+tomyam. Saya suka sotong goreng tepung di sini sebab rangup, taklah macam sesetengah restoren, rupa sotong goreng tepung dah macam jeput (cekodok). 



Alhamdulilah, semua menu yang dipilih memang menepati citarasa. Sedap sedap sedap! Wah dah kecur liur rasa ni. Mesti kena repeat lagi, lagi dan lagi! Tapi itulah, kalau makan ikan bakar kena ramai-ramai baru best dan happening. Kalau setakat kami empat beranak, macam tak meriah sangatlah. Apa yang penting, tak sesia kami datang untuk makan di sini, servis yang cepat, makanan pun sedap dan yang paling penting harga pun berpatutan. Memang disyorkan :) (Tak apa bayar mahal kalau makanan sedapkan?)

Pesan Mama:  Bila tiba di Bagan Lalang, terus terasa nak check in kat Golden Palm Tree tu. ehehehehehehehe.. Insyaallah.. tunggu kami datang ya! ^_________^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...