Friday, August 30, 2013

penangan manik crumble

Seperti raya tahun tahun lepas,  saya dan Mr. papa lebih suka pakai baju kain plain.  Jadi untuk menampakkan baju raya saya lebih berseri kenalah jahit manik dan hias dengan batu bata. 

Pada mulanya ingat nak letak lace,  macam trend sekarang tu.  Tapi Mr. papa tak berkenan sangat.  Sudahnya terpaksalah saya belajar jahit manik sendiri.  Gigih tengok YouTube cara cara jahit manik.  Saya berkenan yang jenis manik crumble,  jadi try la jahitnya . 

Betul kata kakak saya,  jahit manik perlukan kesabaran yang tinggi.  Silap hari bulan boleh migrain ok.  Sepanjang masa mengadap manik memang merah biji mataku.  huhuhuhuhu..

Macam-macam jenis manik ada


Asas jahitan crumble

Inilah hasilnya. Sangat berpuas hati

Alhamdulilah, akhirnya siap juga jahit manik crumble. Hahahahahaha.. Crumble la sangat. Belasah ajelah. Janji siap. Gigih jahit tau. Malam raya pun sibuk duk ngadap benda alah ni lagi. Aduiiiiii.. Tapi bila Mr. Papa kata cantik, tersengeh la jugak. ^_^

Pesan  Mama: nak cantik kena berkorbanlah :P

Thursday, August 29, 2013

pening dan pusing

Selepas lama bercuti hari raya,  naik saja kerja saya mengalami pening kepala dan pusing.  Sungguh saya rasa tidak selesa. Rasa badan letih dan nak tidur saja.  Nak kata banyak makan lemang masa raya tak juga. Yela musim raya kan. Makan macam - macam. Cuma badan rasa tidak sedap.  Tak tahu nak gambarkan macam mana.
 
Bila badan dah rasa lemah,  kepala pun pening,  tiba tiba tangan pulak rasa kebas kebas.  Mula lah saya risau.  Kot kot ada darah tinggi ke kencing manis ke. Jadi saya pun teruslah pergi berjumpa doktor.  Nak tahu juga apa masalah saya sebenarnya.
 
Bila doktor check semuanya ok. Cuma tekanan darah rendah sikit.  Bila sembang sembang dengan doktor,  tak disangka doktor meminta saya buat pregnancy test... mih mih mih... Saya pun ikut sajalah.  Risau juga kan. Walaupun yakin tak pregnant. Tambahan pula sejak bersalin kan sofea saya belum lagi datang bulan.. ehem.. ehem.. kang tak pasal pasal pulak dapat baby baru... ahahahahaha
 
 
dan hasilnya adalah..........  jeng jeng jeng
 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V

NEGATIVE
 
 
hihihihihihii... suspen ja kan
 
 

Giler bapak besar multivatimin ni. nak tercekik telan. hohohohohohohhooh
 
 
So doktor pun tatau apa masalah saya.  Mungkin letih,  kurang zat dan saya sebenarnya perlukan rehat yang mencukupi.  Doktor bekalkan saya multivitamin,  ubat pening dan juga vitamin untuk saraf.   Alhamdulillah,  setelah beberapa kali makan pening dan pusing kepala saya dah hilang.
 
Tapi risau juga sekarang ramai yang cakap saya macam kurus sangat. namapak letih, tak bermaya dan sebagainya. mmmmmmm.. Serius tak tau nak jawab. nak kata tak berselera makan, tak juga. Rasanya saya paling jaguh bab makan ni. hihihihhihihihi..
 
Pesan mama : Utamakan kesihatan anda !
 
 

Wednesday, August 28, 2013

oh rambut my anak dara

Sofea dan rambut uniknya yang lebat itu memang tidak dapat dipisahkan lagi.  Ke mana pergi pasti rambutnya yang menjadi perhatian.

Gambar terbaru dengan rambut Afro aka Alex the lion. Tu rambut bila tak bertocanglah. 

Cute tak cute tak? ^_^

Sofea cute kan mama?

Pesan mama: oh nampaknya my anak dara ni kena selalu pergi saloon untuk set kan rambutnya yang cantik itu.  

Tuesday, August 27, 2013

Indahnya beraya di desa

Masih lagi dalam mood raya kan. Hari raya tahun ini saya sekeluarga beraya di Terengganu. Oh ya, untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya berasal dari Terengganu. Tapi Family saya dah lama berpindah ke Kedah. Dan Mr. papa pula memang Kedah tulen. 

Sebenarnya saya langsung tak pernah menyambut hari raya di Terengganu semenjak berkahwin. Jadi tahun ini, kami semua sepakat untuk beraya di kampung. Di Terengganu masih ramai lagi saudara mara yang ada, termasuk atuk saya. Jadi saya kongsikan gambar hari raya di kampung. Seronok!

Saya kongsikan sedikit gambar beraya di kampung.


Pagi raya, Zarin dan sepupunya. Sangat susah nak ambil gambar Zarin ok!

Sofea yang sedang lena diulit intan. 

Dan inilah atuk saya aka to'ki man

Mr. papa dan Sofea

Kami bertiga tanpa Zarin yang entah ke mana pergi beraya

Sofea dah mula perangai kepanasan

Family abang saya

K.A.M.I ehem..inilah gambar berempat yang senonoh sikit

Family kakak saya. Spoil gambar bila syafiq berselipar jepun. huhuhuhu

Ummi saya yang pegang handbag tu. Bersama keluarga kak rose
Sedih juga bila berjumpa makcik-makcik yang katanya selalu teringatkan saya. Salam, peluk-peluk sambil nangis-nangis. sob-sob. bukan saya tak pernah balik, selalu juga, tapi tak bekesempatan untuk menziarah. sob-sob

kata Abang Zarin;

Zarin sukalah raya kat kampung terengganu, seronok!

Yelah, mana tak seronoknya, ikut sepupunya beraya dari satu rumah ke satu rumah (rumah saudara mara yang berdekatan). Sebelum ni memang tak pernah gitu.

Memang tak banyak rumah yang dapat pergi, sebab raya kedua kami dah balik Kedah.  Apepun memang sangat seronok dapat berjumpa saudara mara. Makanan yang dihidangkan pun semuanya sedap-sedap. Ada nasi dagang, nasi minyak, nasi beriyani, laksa terengganu, nasi tomato, nasi bukhara, ketupat palas, tapai pulut. Oh perut kempis dah bertukar macam mengandung 3 bulan! hahahahahaha.. Oh, i love terengganu so much. ehem-ehem, Mr. Papa tahun depan beraya di terengganu lagi boleh! ^_^

p/s : tahun ni xde kasut raya. Yang berkenan semua tak de size. nanti sya buat entry pasal kasut ya. huhuhuhu

Pesan mama : Indahnya beraya di desa. 




Friday, August 23, 2013

mutiara kata jumaat

Thursday, August 22, 2013

misteri kunci

Misteri! Misteri!  korang pernah tak alami kejadian macam ni.. dah seminggu kunci drawer ofis saya hilang.  Jenuh cari tak jumpa.. kat tempat biasa simpan pun tak ada.  Memang berhajat nak pecahkan drawer ni sebab banyak barang dalam tu.
 
Alih-alih pagi ini kunci tu ada atas buku atas drawer tu..  Hairan bin ajaib.  Sebab rasa macam mustahil saya tak nampak sebab selalu letak aksesori breastpump,  alat makeup,  sabun pencuci breastpump atas drawer tu..  urmmmm.. dan dan meremang bulu roma..
 
Apepun alhamdulilah, kunci tu jumpa balik. kalau tak jahanam drawer tu. hihihihi
 
 
kunci siap dengan keychain, bukan kunci togel
 
Pesan mama:  Memang misteri Nusantara betullah.  Jangan biarkan hidup anda di selubungi  Misteri.
 

Wednesday, August 21, 2013

ayam togel

Sebut saja ayam kampung mesti ramai yang sukakan?  Saya biasa-biasa saja,  tak suka sangat.  Kalau tak ada choice baru makan.  Teringat kata kata pakcik saya

'ayam kampung sekarang bukan makan tahi dah'

gulp!!!  Kena reset balik otak ni.  huhuhuhu

Balik kampung baru baru ni,  pakcik saya sembelih dua ekor ayam kampung.  Masih muda ayam tu.  Zarin dan sepupunya seronok nak pergi kejar ayam,  padahal orang dah siap sembelih pun. Next time ok. 

Saya hanya memerhati ummi  memproses ayam tersebut.. daripada cabut bulu dan akhir sekali layur (salai). nak buat tak reti sangat.

Sampai hati u ambil gambar ai tengah togel ni. ^_^

Pesan Mama : kalaulah ayam tu pandai cakap sure dia kata dia tak suka kami balik kampung.  bukan apa,  setiap kali anak cucu balik kampung spesis dia yang jadi mangsa...  huhuhuhu...

Tuesday, August 20, 2013

ketupat palas ummi

Setiap kali menyambut Aidilfitri tak lengkap rasanya kalau tidak membuat ketupat palas.  Oh bukan saya yang buat,  tetapi ummi saya.  ^_^

Tugas saya hanya potong lebihan daun palas yang sudah dibungkus menjadi ketupat supaya kemas.  Sebut pasal ketupat palas,  ummi saya sangat cerewet ok!  Kalau bungkus biar kemas dan sebolehnya mesti sama besar.  Ketupat palas ummi memang terbaik lah..

Proses membuatnya juga lama. Kukus pulut dua kali, campur santan. Dan kukus lagi. Kami dah terbiasa dengan ketupat palas terengganu style, so memang kukus.

Suka makan ketupat palas dengan rendang,  serunding.  kalau dah 2-3 hari tu,  goreng ketupat tersebut. Nak hiris nipis-nipis pun ok,  tersangat sedap. 

Kemas dan cembung. 
Pesan mama : Saya lebih suka ketupat palas original. Tak minat sangat yang campur macam macam .

Monday, August 19, 2013

oh my anak

Semalam saya terpaksa pulang ke Alor Star kerana ada urusan segera.  Dapat tahu pun sehari selepas balik kl semasa berhari raya... argghhhh.. tensen juga pada mulanya... yela,  baru sampai kena balik lagi.  Bila berbincang dengan Mr. papa,  kami putuskan untuk saya seorang sahaja yang balik. 
 
Mula mula susah hati juga nak tinggalkan anak anak.  Bila memikirkan zarin lagilah susah hatinya.  Semasa hantar saya ke airport semalam pun nangis juga sikit sebab 
 
naaaaaaaaaakkkkkk mamaaaaaaaaaa!
 
Selepas itu dah ok bila Mr. papa makan McD.  lega..  serius saya tak senang duduk bila berjauhan dengan anak - anak.  kejap kejap whatapps.. dan Mr. papa pun hantar la gambar zarin dan sofea..  inilah sebahagian daripadanya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi mcD,  tengah hari Domino's pizza,  malam wendy's!  oh my Anak,  kuatnya makan fast food... 
Balik kl semalam flight saya pukul 9.45 malam. sebaik nampak kelibat saya,  zarin terus berlari mendapatkan saya dan menjerit 
 
mamaaaaaaaa!
 
habis orang kiri kanan tengok. lagak macam dah berbulan tak. jumpa.  padahal beberapa jam saja.. hihihihihihii 
 
Alhamdulilah, semua urusan selesai dengan jayanya. Syukur, boleh menarik nafas lega.
 
Pesan mama : Anak anak adalah segala-galanya.

Friday, August 16, 2013

Aidilfitri 2013

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat rakan rakan semua.  Maaf zahir dan batin.

Merah putih, tema kami tahun ini
 
 
Pesan mama: bukan mudah untuk ambil gambar keluarga di Aidilfitri ok!

Thursday, August 15, 2013

mama nakal

Kata dia 'mama kecik kecik dulu pun nakal, sebab tu abang nakal ikut mama!' aaaaaaaaaa... pitammmmmm mama dengan statement abang zarin ni..
 
Mr.  papa punyalah gelak,  sebab abang zarin kata 'papa masa kecik goodboy,  mama je nakal'..
 
oh abang zarin,  mama rasa macam nak picit picit mulut comel kamu tu..
 
opsss, sorry mama!
 
Pesan mama: kuah dah tumpah atas nasi.. Nasib badan
 

Saturday, August 10, 2013

balik kampung

kali ini sangat teruja untuk balik kampung.. bukan apa sebab kali pertama beraya di Terengganu setelah berkahwin.. bayangkan,  dah berapa lama saya tak beraya di kampung tempat bermain dan membesar.. huhuhuhu

petang isnin kami bertolak ke terengganu.  alhamdulillah jalan clear dan lebih kurang pukul 8 malam kami sampai..  tapi sadis sikit masa berbuka sebab singgah di petronas nak beli air/roti,  tapi DITUTUP untuk memberi laluan kepada staf di situ berbuka puasa.. sudahnya share air milo kotak zarin sambil minum air masak...

kemudian kami singgah di bazar Ramadan, memandangkan dah lepas waktu berbuka,  kakak penjual tu bungkuskan pelbagai kuih kepada kami dan semuanya PERCUMA... alhamdulilah.. rezeki kami dan Masyaallah baiknya kakak penjual tu.. terima kasih akak.. saya doakan perniagaan kuih akak bertambah maju.. amin...

setibanya di kampung halaman,  terus makan nasi,  tak lupa kuih muih tradisi terengganu,  keropok lekor,  satar,  tok aji serebang, pulut lepa... nyummmm....

pesan mama: baru nak update pelbagai cerita.. kat kampung intenet slow walaupun 4G LTE.. Tet!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...