Monday, September 30, 2013

sofea demam

siapa yang tak susah hati kalau anak demam kan?  sebelum ini sofea pernah juga demam,  tapi dua hari dah ok... demam tak melarat kan,  tapi minggu lepas demamnya agak melarat dan on off.  Minggu lepas juga saya dan Mr. papa agak ting tong,  gilir gilir jaga anak. 

paling tak sangka sofea kena admitted.. huhuhuhu... Tapi Alhamdulilah sekarang sofea dah sembuh,  tetapi kena monitor sahaja. 

Nanti saya sambung di entry yang lain ya...

Tuesday, September 24, 2013

MamyPoko dan Goo.N

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak kisahlah dari segi apapun, asalkan berbaloi dengan nilai wang yang dikeluarkan sudah pastinya akan menjadi pilihan. Kali ini saya ingin berkongsi diaper pilihan saya untuk Sofea.
 
Saya sangat menggemari dua jenis diaper ini iaitu Mamypoko dan juga Goo.N. Mamypoko pun ada beberapa jenis juga. Sebelum ini pernah juga beli Mamypoko yang pants color kuning tu, tapi rasa macam tak berapa sesuai dengan Sofea. Pakai kejap dah penuh dan kadangkala bocor juga. Walaupun harganya agak murah, tapi bagi saya kualiti dia macam kurang sikit. Mungkin juga Sofea jenis yang membuang dalam kuantiti yang banyak. hehehe
 
 
 
 
 
Jadi kami terus balik kepada mamypoko biasa ni. Yang ini tersangatlah ok pada saya walaupun tak setebal dulu.  Harganya pun pada saya agak berbaloi. Kalau tiba time offer boleh dapat dengan harga RM40.99 untuk pek Jumbo ini. Mamypoko ni saya biasa gunakan untuk Sofea pada waktu siang. Alhamdulilah tak pernah bocor, dan sesuai dengan kulit Sofea juga. Dan harga sekeping diapers ni lebih kurang dalam RM0.70-RM0.80 bergantung pada size dan juga Offer.
 
Dan diapers yang paling saya suka setakat ini adalah Goo.N. Lebih tebal dan harganya mungkin sedikit mahal atau lebih kurang dengan mamypoko juga. Biasa dijual dengan harga RM55.95. Tapi bila dicampur tolak bahagi harga sekeping jatuh dalam RM0.75, mengikut size, kalau size besar mahal sikitlah. Pada saya masih berbaloi lagi. Selalu pakai diaper ni waktu malam dan kalau keluar jalan-jalan. 

Apa yang saya suka pasal Goo.N ni selain daripada ketebalannya ialah terdapat lebih kurang 10-15 design dalam satu paket ni. Boleh pilih-pilih nak pakai gambar apa. Selain itu, sizenya juga lebih besar dari Mamypoko. Nak tunggu Goo.N ada sale memang payah. Tapi sekali dia offer memang sangat-sangat berbaloi ok!
 
Perlu diingatkan, baik untuk anak saya tidak semestinya baik untuk anak kawan-kawan. Yang paling penting di sini ialah kesesusaian pampers dengan kulit anak kita. Kadang-kadang isu diaper ini pun boleh tahan jugak hebatnya. Mmmm, tapi itulah saya hanya berkongsikan apa yang saya rasa berbaloi dengan nilai wang saya keluarkan dan sesuai untuk anak saya.  Juga sebagai info kepada bakal-bakal ibu yang kadang kala rasa buntu nak pilih diapers mana.
 
Pesan mama : Zaman sekarang semuanya perlu berbelanja secara bijak dan berhemah. Semua benda dah naik harga oiiii!

Friday, September 20, 2013

KITA YANG MERACUNI FIKIRAN KITA

Semalam saya mencari maklumat tentang Anis Choc Moist Cake. Memang kek ini merupakan kegemaran saya. Sumpah sedap ok! Tapi saya lebih suka memanggilnya dengan nama kek coklat petronas, sebab selalu beli kek di di Petronas.

Bila lihat wall Anis di FB, saya tertarik dengan apa yang dikongsikan. Saya copy dan pastekan di sini ya sebagai renungan juga perkongsian

KITA YANG MERACUNI FIKIRAN KITA
Banyak betul yang tanya pada kami tentang bagaimana nak buat kalau bisnes dah jatuh, sale drop, bisnes yang dah start setahun lalu tak menguntungkan..Yang bisnes nak kerja balik,ada yang nak tukar bisnes lain pulak..
Kenapa semua ini berlaku?
Balik semula kepada sistem kepercayaan kita.Sebenarnya masa kita mula-mula buat bisnes dulu, apa yang terlintas di fikiran kita? Apa yang terdetik di hati kita?
Saya pasti ramai yang pernah terlintas, bagaimana kalau bisnes yang kita baru nak buat ini FAIL? GAGAL? Kannnnn...? U all fikir macam tu kan?
Bila bisnes dah hampir nak collapse, tak payah lah nak menyalahkan mak ayah ke..bisnes partner ke..salahkan customer ke..salahkan competitor ke..salahkan suami, salahkan isteri...salah pekerja...semua orang yang salah lah!!....Kita selalunya betuuuuul je..
Tapi.....sebenarnya, tenung-tenungkanlah balik dalam diri tu..Solat lah lama sikit..wirid dan zikirlah sikit..Lama-lamaan sikit atas tikar sejadah tu..Ini tidak, lepas doa je angkat kaki..Tak sempat nak bermanja, mengadu dengan Allah...Renung balik diri sendiri!
Sebenarnya semua tu salah diri kita sendiri! Kita sendiri yang telah meracuni fikiran kita melalui kepercayaan kita tentsng kegagalan tadi..
Bila kita simpan emosi negatif dari awal bisnes..ia akan effect fisiologi badan kita, proses kita berfikir dan wave kita.
Sepatutnya dari awal-awal bisnes, kita tanya pada diri kita, apa yang kita sanggup buat jika kita tau bisnes kita tak akan fail? Kita tau bisnes kita pasti akan berjaya?
Jika dari awal kita dah konfiden yang kita tak akan gagal..malah akan berjaya, tindakan yang kita akan ambik mestilah yang memudahkan perjalanan bisnes kita, yang akan membawa tindakan ke arah kejayaan!..
Mulai sekarang, kita kena mula yakin yang kita tidak akan berjumpa dengan KEGAGALAN!..Cuma yang ada hanyalah HASIL!..Kita sentiasa produce result.Kalau apa yang kita buat tak membuahkan hasil yang kita nak..tukar tindakan kita untuk menghasilkan result yang baru!
WALLAHU'ALAM

Pesan Mama : Masih dalam proses menjadi insan yang lebih baik, belajar, belajar dan terus belajar.

Thursday, September 19, 2013

Ketumbit

"Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman (chalazion ) , iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata. Ai terkena ketumbit yang dalaman ni.


Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :



 - Tekanan
 - Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
- Diabetis
 - Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
 - Kekurangan vitamin dalam badan

 - Pertukaran hormon


Mata tumbuh gigi kata dak Zarin. heheheheehe


Bila tunjuk kat Zarin dia berkata

“Apa tu mama? Mata mama tumbuh gigi ke?”

Hahahahahahaha, memang sakit perut gelak bila dia cakap mata nak tumbuh gigi. Bukan gigilah nak oii, tu nanah!

Alhamdulilah, nanah ketumbit dah pecah, dan dah 80% baik. Syukur, Tak payah pakai spek hitam mai keja :P

Pesan Mama : Jagalah kesihatan mata anda

Tuesday, September 17, 2013

Ai is ketumbit

Rasanya dah lama tak kena ketumbit ni.  Kalau orang terengganu sebut (timbey) . Dan kalau kena ketumbit ni agak sinonim dengan mengintai orang berak!  oh tak kuasa Ai nak ngintai orang berak ok!  yarkkkksss! 

Semalam memang dah bengkak sikit,  bangun pagi ni makin bengkak.  Datang kerja tadi dah mula rasa tak selesa,  gatal dan denyut sikit.  So saya pun pergilah jumpa doktor. 

Kata doktor dalam 3-4 hari akan baik. Sekarang dah ada nanah dalam kelopak mata. Kena letak ubat ikut jam dan tuam dengan air suam untuk elakkan bengkak. Ada juga yang suruh saya letak bawang putih. phewwww! Seram ah. Mata wei mata! 


Semoga ketumbit Ai cepat sembuh1

Nasib baiklah mata Ai is SEPET . So tak adalah nampak ketara sangat bengkaknya.  Jalan pun tunduk tunduk ja... Ai kan pemalu... hikhik hikhik...Esok kalau bengkak juga Ai nak pakai spek hitamlah. ala-ala pop yeh yeh gitu! 

Pesan Mama : Mata oh mata kenapa engkau ketumbit! Nampak gayanya mata Ai perlukan banyak rehat. Jom tidoq! eh  ^_^

Thursday, September 12, 2013

Apa yang perlu dibawa ke nursery

Tengah kemas beg anak-anak untuk dibawa ke nursery semalam terfikir pula nak buat entry pasal ni. Aduhaii... entah apa-apa. Sekadar perkongsian, mungkin sama dengan ibu-ibu lain mungkin juga tidak.  Perkara asas yang perlu dibawa ialah tilam dan bantal. Tapi bergantung pada nursery juga, dan nursery anak saya memerlukan kami membawa sendiri tilam dan bantal. 




Setiap hari memang empat beg inilah yang akan kami usung untuk menghantar anak-anak ke nursery.  Beg galas tu untuk Zarin, manakala 3 beg lagi untuk Sofea. 

dalam beg Zarin ini saya isi

- 2 pasang baju beseluar panjang (t-shirt+jeans)
- 1 pasang baju berseluar pendek
- susu 2-3 kali minum
- spender 3 helai
- 1 towel (memang akan tukar hari-hari - kalau tak silap peraturannya memang begitu masa hantar zarin mula-mula dulu)

Toiletries pula memang saya tinggal terus di sana. Kalau habis baru cikgunya akan maklumkan.

Memandangkan zarin telah ke tadika, jadi dia hanya dikira sebagai transit.  Kadang-kadang bawa juga bekal makanan ikut permintaanya.

Untuk Sofea pula, dalam beg diisi

- 1 pasang baju tidur tangan panjang, 
- 1 pasang baju tangan pendek seluar panjang
- 1 romper
- 1 singlet seluar pendek/ skirt
- 1 t-shirt seluar pendek/ skirt
- 1 gown 
- 1 bag Toileteries (mandian, baby oil, minyak telon, vicks, lotion, sikat, getah pengikat rambut, bedak nasila)
- 6 keping pampers
- 1 towel ( sama amcam abang Zarin, tukar setiap hari)
- 1 kain lampin
- 1-2 pasang stokin (pakai time hujan)
- 1 cadar dan sarung bantal ( tukar seminggu sekali)

1 beg makanan mengandungi porridge, lengkap dengan sudu dan mangkuk

1 beg susu mengandungi 5-3 botol EBM dan 1 botol susu. 

Sebenarnya boleh juga kalau nak hantar pampers banyak-banyak, baju banyak-banyak. Semuanya terpulang kepada ibu bapa, mengikut keselesaan masing-masing.


Alhamdulilah setakat ini saya sangat berpuas hati dengan nursery ini. Pengetua dan cikgu-cikgunya semua baik-baik belaka. Alhamdulilah dan terima kasih. Harapan saya agar mereka dapat menjaga permata hati saya dengan baik. Insyaallah, amin.  




Wednesday, September 11, 2013

ww: Sofea vs Agnes Minion

Sama tapi tak serupa :)


Patut pergi midvalley hari tu orang asyik duk kata agnes minion, agnes minion

Tuesday, September 10, 2013

Pigeon Trade-in Special

Ok, pada kawan-kawan yang anaknya pakai botol susu pigeon jangan lepaskan peluang ini ok. Bukan senang nak dapat promotion macam ni. Jadi kena cepat ambil peluang, bukan apa,  botol susu pigeon ni agak mahal juga bagi saya.

Bila baca promotion ni, segera saya emelkan pada sogo, bertanya sama ada kaunter pigeon di sogo ada ambil bahagian tak dalam promotion ini. Sebab itu antara yang terdekat juga dengan saya. 

Bila pihak sogo membalas emel saya dengan jawapan YA. Apa lagi teruslah kami pergi. 

wow!!!

Syarat untuk promotion ini ialah tukar mana-mana botol susu yang lengkap. Baru dapat 50% diskaun. Sementara stok masih ada. So Saya pun tukarlah dua botol susu ni, Avent dan MAM. 


Avent dan MAM

MAM tu botol susu zarin dulu, Avent tu memang beli untuk Sofea, tapi dia reject. Mula-mula ingat nak tukar mimijumi, tapi sayang. So simpan jelah buat kenangan.  kalau ikutkan nak tukar 4 botol, tapi jangan tamak, bagilah orang lain pun merasa samakan. oh ya, di Sogo, Avent pun ada promosi macam ni jugak. Tapi tak pasti kaedahnya macam mana. Sama ada mana mana botol atau avent saja.

Mula-mula promoter tu tanya

Promoter : "kak ni botol Avent ni kak"

Saya : "Takpe, anak saya reject botol ni. So saya nak trade in."

Dan inilah yang saya ambil. Botol susu pigeon yang 4 oz. Nak ambik yang 8 oz, memang Sofea tak akan guna. Kalau ikutkan satu botol 4 oz RM55, ni dengan RM55 saya dapat 2 botol. Yeaaa Suka!

Satu dah guna, satu masih berkotak

So kawan-kawan, apa tunggu lagi, dapatkan sekarang dengan diskaun 50%. hehehehehehehehe

Pesan mama : Berbelanjalah secara berhemah! 

Monday, September 9, 2013

EBM expired

huhuhuhu.... sedih tengok EBM ni...Nak tak nak kenalah buang.  Semoga Allah murahkan rezeki untuk Sofea... amin

Friday, September 6, 2013

Baby food chart

Jom kita tengok apa yang boleh baby makan mengikut peringkat umur.

source : baby-things.org
 
 
Senang sikit ada chart ni. Boleh tukar tukar menu, taklah masak benda yang sama je untuk Sofea :)
 
Pesan mama : Hanya yang terbaik untuk anak-anak!

Tuesday, September 3, 2013

terjun tiruk

Dah lama sangat dah tak bawa zarin pergi swimming pool.  Sebenarnya dari hari ahad lagi dia duk cakap nak berenang,  nak berenang. namun memandangkan ahad tu hujan lebat jadi niat untuk membawa dia ke swimming pool terpaksa ditangguhkan.

Semalam pula,  bangun saja dari tidur dah sebut swimming pool.  hantar sekolah pun masih cakap pasal swimming pool.  nampak saja muka mama di pintu nursery juga cakap swimming pool.  Hadoiiiii... Bingit telinga bila asyik berdikir pasal swimming pool ni..

Sampai saja rumah,  turun kereta terus nak terpa ke swimming pool.. oh nooooooooo!!!  stress mak jemah ok.. so pujuk dia naik tukar seluar dulu,  mana boleh mandi pakai jeans.. nanti abang polis (pak guard) marah. 

Mama pun tak sempat tukar baju,  terus diheret ke swimming pool. Sempat capai towel je.. Hadoiiiii abang zarin.  Nasib baiklah cuaca semalam agak baik.  So dapatlah penuhi permintaannya.. Bukan main seronok dia dapat main air..  Tapi sebek juga kejap sebab dia nak mandi kat pool yang dalam tu.. katanya


senyum lebo dapat berenang. Peace!

Aksi terjun tiruk. Oh risau ok, sebab kolam ni cetek. 

Mana aci, kat abang mandi air sikit,  yang situ air banyak.  abang nak air banyak! \°/

Aduhai,  boleh luruh jantung mak jemah ni.  Bila dah pujuk pujuk baru ok.  Risau sangat bila dia pergi kat sipi sipi air yang dalam tu,  nanti kang tak pasal pasal mama kena terjun kolam dengan baju kurung.  Terus terbayang kain naik terapung macam belon.. Hehe 


Mood dah ok, walaupun mandi kat tempat air sikit. ehehehehehe


santai tepi kolam dengan baju kurung. Perasan perempuan melayu terakhirlah tu! wek!

Hampir setengah jam juga dia mandi.bila dah sejuk menggigil baru nak balik.Ssampai rumah terus mintak roti telur..  lapar katanya.. 

Pagi tadi dah cakap nak berenang lagi.  Tapi nak pergi dengan papa,  sebab nak mandi kat air yang banyak.  hihihi

Pesan mama : Mama pun kena masuk kelas swimming la nampak gayanya ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...