Friday, October 25, 2013

wendy's 5 pcs fried chicken Rm8!

The best deal in town! Enjoy 5 pcs Chicken @RM8 Nett! Oct 27, one day only at all Wendy's restaurant! Unbelievable deals only from Wendy's!
 
Wahhhh.. kepada penggemar Wendy's, jangan lepaskan peluang ini ok!
 


Sebulan sekali pasti akan ada promotion ini. Biasa di selang selikan dengan nugget. Ayam goreng Wendy's sangat sedap ok! Ada spicy atau original. Kegemaran Zarin ni :)
 
Pesan mama : Dengan harga ayam yang mahal sekarang, berbaloi-baloi sangat kalau dapat beli ini. hehehehehe.. Mr. papa 10 ketul pleaseeeee!

Thursday, October 24, 2013

Solid food

Alhamdulilah, hampir tiga bulan Sofea telah disajikan dengan makanan pelengkap.  Dan makanan kegemarannya ialah bubur nasi. Setiap hari juga asyik duk tukar tukar sayur itu ini untuk elakkan dia jemu.  Baru-baru ini saya tambahkan ikan dalam bubur nasinya. Alhamdulilah dia suka. Sebenarnya nak beli isi ikan merah, tapi selalulah tak ada kat kedai depan tu. So yang ada hanyalah isi ikan tenggiri. oklah jugakan. 


isi ikan tenggiri 

Seketul ikan tenggiri saya potong kecil untuk stok seminggu dan di simpan dalam tupperware kecil ni. Setiap kali masak bubur, saya akan keluarkan seketul dan bakar atas non stik pan. Saya tak campur terus dalam bubur, takut hanyir pula. Semasa nak blend, saya akan masukkan ikan, nasi dan juga sayur. Siap!!!! 

Lagi satu, saya tak minat untuk buat stok solid food contohnya puree buah, sayur, dan sebagainya banyak-banyak  dan kemudian frozenkan. Nak guna just panaskan dan campur. Saya lebih suka masak untuk sehari terus. Cara saya, malam sebelum tidur saya akan masak nasi dalam slow cooker. Bangun pagi saya akan stim/rebus sayur dan bakar ikan. campur semunya dan blend kemudian masukkan ke dalam thermos dan bawa ke nursery. Bekal yang saya bawa cukup untuk dua kali makan. 

Kalau petang balik kerja, nampak Sofea macam nak makan, saya hanya masakkan couscous. Tak pun hanya bagi biskut. Kadang kala buntu juga fikir nak masak apa lagi. hehehehehehehehehe

Sebelum ini pernah juga campurkan bubur sofea dengan tofu telur, tapi bila makan, akan ada merah merah di bawah dagu Sofea. Mungkin juga dia allegik. So stop terus. Setakat ini hanya isi ikan tenggiri yang saya gunakan. Ayam, daging dan lain-lain masih belum try. 

Kalau kawan-kawan ada link resepi untuk si manja share la ya :)

Pesan mama : Lain orang lain caranya kan???? Hanya yang terbaik untuk si manja anda

Wednesday, October 23, 2013

Free Mori Publika

Bercerita pasal birthday cake Abang Zarin, tahun ni mama tak sempat nak buat kek untuknya. Jadi mama hanya beli sahaja di Free Mori di Publika, itu sahaja kedai kek yang paling dekat dengan rumah.  Insyaallah mama akan buat kek untuknya semasa sambutan di sekolah nanti. Masih lagi blur nak buat kek apa. 


cute kotaknya

Sampai di Free Mori, tak banyak sangat pilihan kek yang ada. Akhirnya kami memilih kek Mango Tango. 

nyum-nyum

5!

bila dan dibedah siasat


Alhamdulilah, kek ini sangat kena dengan selera kami. Tak manis sangat, just nice dan guna fresh cream. Harga pun sangat-sangat berpatutan mengikut size. 

Jika berminat bolehlah ke free mori. Oh ya, bukan sahaja kek yang dijual, tetapi pelbagai jenis bun, roti, muffin, biskut dan slice cake pun ada juga. nyum-nyum.. semua sedap ok! 


Free Mori
Lot 67, Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Operating Hours: 8:30am-10:30pm 
Tel: 03-6205 3701

Tuesday, October 22, 2013

Roti tiga rasa

Abang Zarin memang seorang yang sangat-sangat boleh diharap.  Sudah dua malam dia menyediakan hidangan yang sangat ISTIMEWA untuk mamanya.  huhuhuhuhuhuhu.. Memang terharu hingga tak tertelan. 


Roti tiga rasa. Ada yang nak cuba?

Inilah hidangan ISTIMEWA itu. Roti bakar sapu mayonis, jem blueberi dan sos tomato. pada mulanya saya menolak, kata dah kenyang, nanti mama gemuk makan malam-malam. Tapi bila dia mula merajuk sambil buat muka masam kalah asam kecut saya bersetuju untuk menikmati hidangan ISTIMEWAnya itu. Dia juga berkata kalau mama gemuk, perut mama besar nanti kita dapat baby baru lagi. Ai is hampir pitam ok! 

Oh sangat sweet kamu abang Zarin, tapi mama yang sadis nak habiskan. Serius meremang bulu tengkuk nak telan roti tiga rasa ini. Lagi sadis bila dia tunggu di depan suruh mama makan, sambil berkata sedapkan, mama. Hebatkan abang! Tak boleh nak ngelat. Slow slow kunyah dan telan *_____________*

set roti yang maveles!

Malam sebelumnya pula dia turut menyediakan hidangan roti bakar untuk mama. Lagi terharu siap letak air masak dan bawa ke bilik. Katanya abang sayang mama, abang takut mama lapar. Mama cepat makan, abang buat ISTIMEWA untuk mama. Rasalah..ce bau.. sedapkan mama! Oh sungguh terharu mak. Tapi bila digigit. huhuhuhuhuhuhu.. mayonis + jem oren you! Sob-sob

Pagi tadi semasa hantarnya ke sekolah, dia cakap malam ni mama goreng nugget untuk abang. Abang buat roti bakar untuk mama. Abangkan sayang mama. Tapi kali ini saya dah berpesan supaya abang buat roti ikut selera mama, nanti mama ajar buat roti bakar yang ISTIMEWA dan hebat macam abang! Kita buat sama-sama. 

Pesan Mama : Memang saya dah cakap suruh letak itu, ini dalam roti tu, tapi dia kata. Takpe mama, abang dah besar, abang tahu buat roti bakar. Oh ada tanjat nak jadi masterchef abang Zarin ni . 

Monday, October 21, 2013

RSMY Cheese Naan Medan Tuanku

Oh rasa macam dah lama tak upkan entry pasal makan-makan. Sekarang dengan dua 'handbag hensem dan comel' memang tak sempat sangat nak snap gambar. Kalau ada mood baru boleh.  Hari ini nak bercerita pasal RSMY cheese naan medan tuanku yang katanya best intown. Yaaaa, saya setuju .. memang best pun. Dah berkali-kali pergi tapi tak pernah entrykan. Aduiiiii... dan inilah sahaja yang sempat disnap.

sementara menunggu cheese naan sampai

amboi, bukan main happy lagi cik pea ni

Kebiasaannya kami pergi lepas balik kerja, kalau Mr. papa dah ambil Zarin dan Sofea kat nursey, teruslah kami ke sana. Tambahan pula, memang roti naan ni beroperasi dari jam 6 petang ke atas. Memang ok sangatlah kan. Kat sini ada beberapa jenis juga roti naan. Pilihan kami sudah semestinya cheese naan dan juga plain.


oh cheese naan pujaan hatiku

keema


Untuk kuah pula, ada dhal, keema, ayam, kambing. Mr. papa memang sukakan kambing, saya dapat dhal pun dah cukup sedap. Ayam kurang sikit, sebab kalau ada merah merah kat tulang saya tak suka. Zarin dhal dan kuah kambing (asalkan tak pedas) dia ok saja.


tengok??? memang maveles ok!

oklah, kalau ada yang teringin nak makan cheese naan memang berbaloilah sangat singgah di sini. Alamatnya

Location: 11 &13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, 

Phone:  03-2697 0700 / 03-2697 1700

Pesan mama :  Suka makan roti naan, tetiba teringat roti tempayan di kg. gong balai terengganu. oh maveles jugak! 


Friday, October 18, 2013

Freezer untuk simpan EBM

Dah lama tertangguh entry ini. So hari ini saya jawab pertanyaan kawan berkenaan freezer tempat simpan EBM Sofea.  

Inilah dia rupa  freezer saya untuk simpan EBM.  Kalau ikutkan nama penuh (eceh nama penuh pulak dah) nama yang selengkapnya MISTRAL MFZ-101U upright chest freezer. Saya beli chest freezer ni cap MISTRAL. Kalau simpan dalam freezer ni boleh tahan sampai 6 bulan ke atas. 

pic from here

Dan ini pula adalah spec untuk freezer ni 

  • 4 Drawer
  • Wide Body
  • Exterior Temperature Dial
  • Corrosion Resistant Cabinet
  • Concealed High Efficiency Compressor
  • Low Energy Consumption
  • Space Saving Interior
Specifications ;-
Voltage: 240V ~ 50Hz
Power: 95W
Net Capacity: 92L
Gross Capacity: 100L
Gross Weight: 39kg
Carton External Dimension: 570 x 595 x 855mm
Power Consumption: 0.84 kwh / 24h 

Thank you, dear. Ya, saya memang beli peti ini untuk simpan stok EBM Sofea. Peti ini seperti dalam gambar. Ada 4 drawer. 


pic from : mistral.com.my

Macam nilah rupa bila peti tersebut apabila dibuka. Masa ini masih belum isikan apa-apa barang lagi. 


susun nipis nipis macam susun fail

Dan yang ini pula masa dah saya susunkan stok EBM Sofea.  Freezer ini saya beli di Jintexelectronic.com. dengan harga RM780. 

Pada mulanya ingat nak beli deep freezer yang macam peti aiskrim tu, tapi entah macam mana bincang punya bincang dengan Mr.Papa kami decide beli yang ini. So far saya sangat sukalah freezer ni. Cumanya kita tak dapat jangka berapa banyak susu kita. Kalaulah saya tahu rezeki susu Sofea murah, confirm saya akan beli yang lagi besar.  Freezer ni memang dah penuh, dan dah beberapa kali buang EBM, ganti dengan stok EBM yang baru.  Dan EBM yang saya tumpangkan di rumah seorang kawan rasanya lebih kurang 100 botol juga. Terima kasih sebab bagi tumpangkan susu. 

Pesan mama : Sentiasa berdoa supaya Allah murahkan rezeki untuk Sofea. Harus diingat semuanya dengan izin Allah, kita hanya berusaha. Selamat menyusukan bayi kawan-kawan :)

ketahuilah....


Thursday, October 17, 2013

sudah 5 tahun!

17 Oktober 2008 -17 Oktober 2013.
 
Alhamdulilah, hari ini genap 5 tahun usia anakanada Zarin Shah. Selamat ulang tahun sayang.  Tiada apa yang dapat mama dan papa berikan selain daripada kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
 
 
wajah kesayangan hamba

Doa mama semoga Abang Zarin diberikan kesihatan yang baik,  menjadi anak yang soleh, mendengar dan menghormati orang tua, berjaya di dunia dan di akhirat.
 
Ketahuilah olehmu anakku, pada mama, kamu tetap 'anak kecil' tidak kira berapapun usia kamu. (oh, banyak lagi nak tulis, tapi tak terungkap, perasaan sebak terus menghantui 'hati tisu' mama).. sob-sob. (Ambil tisu sambil lap air mata dan  hingus ) ^____^
 
Apepun, selamat ulang tahun yang ke-5 sayang. We love you so much!
 
-mama, papa, adik sofea-

Wednesday, October 16, 2013

Cerita di sebalik gambar

Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha :) 

Sebenarnya agak susah untuk dapatkan gambar famili yang terbaik setiap kali menjelang hari raya. Pasti ada macam macam ragam. Dan inilah gambar yang saya kira agak terbaik untuk hari raya aidiladha kami tahun ini.

Baru je ready, Sofea dah tarik tudung mama. Adoiii, fenin kepala mak. Takde chance la mak jemah nak berjangok ..


Ok, ok, kita start balik, baiki tudung dulu. anak-anak please behave ok!


Dah ok, Abang Zarin pula wat mata garfield. Aiyoooooo.. ada saja


Finally, dapat juga yang terbaik, walaupun cik pea sembur air liur. kehkehkeh!
Seriously, sebenarnya gambar-gambar yang macam nilah yang akan kita kenang sampai bebila. Kenangan manis, besar nanti bolehlah bercerita kat anak-anak kenapa gambar jadi lagu tu.

Pesan mama : Ni baru anak dua, tiga empat seksok tatau lagu macam mana. Tet! Eh  Mr. papa dah macam pak arab daaaaa.. ya habibi..ya maulana!

Friday, October 11, 2013

Conteng dinding

Huhuhuhu.. Memang tak dapat kesan sejak bila abang Zarin mula membuat mural (conteng dinding) dalam bilik dia. Alih-alih masa kemas bilik dia baru-baru ini, terus terpandang makhluk asing dua ekor ni.
 
Bila saya tanya  memang macam macam jawapan dia. Antaranya yang menarik perhatian saya
  
 
comel juga monster ni


Jawapan 1 : Kat dinding ni papa tak cat (memang kami cat dinding  merah dan cream), jadi abang lukislah gambar monster. Cantikkan mama?
 
Jawapan 2 : Abang lukis mama dan abang. Yang depan tu mama, yang belakang tu abang. Bila mama Tanya kenapa abang duk belakang ? katanya :  Abang merajuk sebab mama asyik marah abang je bila abang nak gi kedai.
 
Jawapan dua paling tak menahan tu. Kalau abang asyik merajuk confirm penuh mural dilukisnya nanti. Lepas perasaan ke bang? Oh sangat bahaya ok. Silap silap mama yang jadi monster nanti. hukhukhuk...
 
Tapi bila tenung lama-lama macam comel pulak monster yang dia lukis tu. Boleh jadi Zarin Picasso besar nanti ni.
 
Plan asal nak gantung frame ditangguhkan dulu, biarlah abang zarin buat lukisan comel di dinding biliknya itu. tet! Dinding bilik sendiri sahaja, tahu???  
 
Pesan mama: Anak-anak kawan-kawan macam mana? suka conteng dinding juga ke?
 
 
 

Thursday, October 10, 2013

baru merangkak

Setiap budak perkembangannya tak sama. Ada cepat ada lambat.  Begitu jugalah dengan sofea.  Sekarang dah hampir sembilan bulan baru nak pandai merangkak.  Itu pun tak laju,  baru setapak dua. Kemudian nangis. Gayat dan berdebar-debar kot.

Gigi pula dah tumbuh 6. Ada 2 lagi baru nak tumbuh.  Pada saya cepat ke lambat ke,  yang penting dia sihat aktif itu dah memadai. 

Wednesday, October 9, 2013

Comel tak kak ton?

Ahaaaaaaa... Comel tak kak ton? 

Kek barbie muslimah gitu. Tudung siap ada awning dan batu lagi. Kerlass kak ton! Jangan jeles! 


Comel tak kak ton?

Kek ini bukan saya yang buat tau. Tapi my kakak ipar. Kek cantik dan sedap. Pakej terbaik! 

Pesan mama : Ai is keras tangan. Tapi tak tahulah bila dah ada nak dara ni, nanti dia minta kek barbie muslimah kenalah juga cuba. ehehehehehehe.. Sifu dah ada ;) . Jangan mintak kek tudung bertingket/paridah sudah. ahahahahahaha

Tuesday, October 8, 2013

Ketawa dan air mata

Bukan semua AIR MATA beerti DUKA
kadang-kadang tangisan adalah KEBAHAGIAAN
yang tak mampu diucap dengan LISAN

Bukan semua KETAWA beerti SUKA
kadang-kadang ketawa menjadi PENUTUP hati yang TERLUKA

hanya yang paling memahami diriku yang akan dapat membaca air mata dan tawa dariku

Pesan Mama : Duhai hati, tenanglah - Copy n paste from status my makcik. 

Monday, October 7, 2013

discharged and follow up

Masih lagi berkisar tentang demam Sofea, bukan apa semuanya perlu dirakam untuk rujukan di masa hadapan. Ok, berbalik pada cerita, Sofea mula masuk ward pada Khamis petang, Jumaat malam, lebih kurang pukul 10.20 malam, dr. salleh datang melawat Sofea. Ketika itu, Sofea dah tak demam dan menurut doktor, keadaan Sofea much much better! So neb dari 2 jam sekali terus bertukar jadi 4 jam sekali. Syukur sangat-sangat. 

Pagi Sabtu, Dr. Salleh datang melawat lagi, menurutnya Sofea memang dah beransur baik. Tak perlu risau apa-apa, insyaallah after lunch nanti dia datang lagi dan jika Sofea bertambah tambah baik, petang nanti dah boleh discharged! hoooorayyyy!!

Cik pea dah siap kelek bag toiletries. Ai nak balik rumah u olls!
 Fuh lega sangat-sangat mendengar penjelasan doktor tu. Boleh balik paling best, tak perlu lelama di hospital cukuplah tidur 3 hari dua malam sahaja. Lunch hour Dr. salleh datang dan setelah check Sofea, kami dibenarkan pulang dengan syarat teruskan ubat hingga tiga hari dan hari selasa datang balik untuk follow up. Baik doktor! Terima kasih pada doktor dan semua nurse yang sangat baik hati memberi layanan yang first class pada kami sepanjang di sana. Paling tak lupa bila ada nurse yang basuh berak Sofea dengan tangan kanan. hadoiii.. 

Sudahnya hari isnin saya cuti lagi untuk monitor Sofea. Hari selasa saya dah hantar dia ke nursery. Tapi pukul 1.30 dah ambil sebab appointment dengan Dr. Salleh pukul 2. 

Masham je muka cik pea time ni. huhuhuhuhu

Alhamdulilah, semasa follow up, Dr. Salleh mengesahkan yang Sofea sudah pulih sepenuhnya. Kemudian beliau memberikan beberapa pandua kepada kami ketika menghadapi anak demam.

"Demam perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak. Apa yang perlu kena monitor suhu, jangan lebih 38.5'C. Kalau selsema kenal pasti keadaan hingus tu, sama ada cair, likat atau hijau. Kalau hijau tu dah serius. Kalau suhu tinggi, hinggus likat memang kena cepat cepat bawa jumpa doktor, tak kisah doktor klinik biasa atau pakar. Satu lagi, batuk atau kahak yang terlampau banyak boleh menyebabkan paru paru menyempit dan susah untuk bernafas. kalau dibiarkan boleh membawa kepada asma." 


Ok, itu sajalah yang saya ingin kongsikan. Semoga anak-anak kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik pada masa masa akan datang. amin!

Pesan mama : Anak adalah anugerah Allah. Jagalah mereka sebaik mungkin :)

Friday, October 4, 2013

cute gown for a cute patient

Malam pertama di hospital, Sofea baik-baik sahaja. Tapi tiba time neb dan makan ubat memang nangisla.  Paling tak tahan, masa makan antibiotik, memang muntah kahak dia. Sudahnya sarungkan juga gown hospital yang cute ni. 

auwwwww!
Mungkin sebab fobia kena paksa makan ubat, apa saja yang disua kat mulut memang langsung taknak. porridge, air masak, biskut, semua tak nak, yang nak hanya susu sahaja. Sedih oo tengok anak nangis. Dengan mama sekali turut sedih. 

sleeping beauty

Di hospital, pergerakkannya agak terbatas. Hanya boleh membuas atas katil sahaja. Mula la dia boring, Sudahnya tidur dan tidur. Hari kedua baru ok sikit, dah mula nak makan , neb pun dah tak nangis. redha ajelah adikkan? Kecuali makan ubat tetaplah simpan dalam mulut dan sembur sikit-sikit. huhuhuhuhuhuhu.

haaa, dah bangun

Demamnya pun semakin hari semakin baik. Dan kahaknya juga semakin bertambah baik juga. Syukur ya Allah. Bila abang ada, memang segar bugar. Riuh dengar suara dia main dengan abang. Tarik rambut dan telinga abang memang hobinya. Abang pulak jenis sabar, redha. Paling-paling pun keluar ayat

"ouuuhhh! sakitlah adik, jangan buat abang!" Tapi tangan adik tetaplah buat juga. Alhamdulilah Abang Zarin memang sayang adik dia. Rasanya tak pernah lagi dia nak buat adik dia. Adik buat abang ada. hihihihihihihi

alhamdulilah dah sembuh - adik abang

Paling rasa terharu dan tersentuh hati mama bila adik demam dengar dia berdoa sebelum tidur

"Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah Sofea adik abang!" 

Dan bila dia borink teman adik kat hospital dia cakap

"mama bila doktor nak datang ni? Nanti abang nak cakap kat doktor nak suruh adik balik rumah kita, adik dah sihat!"


Thursday, October 3, 2013

Parkcity Medical Centre (SDMC Parkcity)

Sampai di Parkcity Medical Centre (SDMC Parkcity) kami terus ke klinik paediatrik di tingkat satu, berjumpa dengan Dr. Salehuddin Samsudin. First time jumpa Dr. Saleh rasa macam pernah tengok, dan dia sangat baik ok! Terus jatuh cinta. Ahahahahahahaha. Jatuh cinta untuk servis dia ok!

Sofea masih aktif bermain di hospital

Masa check dengan Dr. Saleh, memang kahak sofea banyak, demam pun tak adalah tinggi, 37.4'C. Cerita sedikit sebanyak perihal demam Sofea dan sebagainya. Dr. Saleh meminta kami untuk ambil nebulizer dulu, tengok ada perubahan atau tidak bila ambil neb tu. So kami pun ikut sajalah. Bila lepas neb, check balik memang ada perubahan, tapi Dr. terpaksa tahan sofea di ward untuk continue neb 2 jam sekali, dan Sofea juga kena x-ray untuk lihat paru-parunya.  Kot-kot ada jangkitan kuman. 

menunggu untuk di x-ray

klinik paediatrik - nursing room
Result x-tray Sofea tidak ada yang membimbangkan, semua ok, cuma ada sikit jangkitan kuman.  Tapi tiada apa yang perlu dirisaukan.  Dr.  Saleh juga memberi dua pilihan iaitu,  pertama - bagi ubat secara oral terlebih dahulu,  kalau tak ok baru drip. Pilihan kedua itulah drip. Oh dengar drip mula kepala mama pusing.  Tak sanggup tengok tangan ketak ketak sofea kena drip... huhuhu..

Jadinya kami terpaksa menunggu sebentar sementara di hantar ke ward paediatrik di tingkat 7.  Dalam waktu menunggu tu, sempat jugalah saya meninjau keadaan hospital, cantik! Bila bilik sudah tersedia, kami pun terus ke tingkat 7.

ward paediatrik - comelkan lukisannya?
Comel sangat giraffe dan butterfly tu

Dalam pukul 6 petang macam tu, Dr. Salleh datang melawat Sofea. Tiba-tiba juga demam Sofea naik kepada 38.8'c. Apa lagi, teruslah terkejut kami. Dr. Salleh mencadangkan agar ujian darah dilakukan. Risau juga sekiranya ada perkara lain yang timbul. Terus kami ke treatment room. 

Di treatment room, Dr. Salleh belek-belek tangan Sofea, katanya

"Tangan adik ketak-ketak tak nampak urat ni."

Dari tangan kanan, beralih ke tangan kiri. Kemudian kanan pula. Kemudian Dr. Salleh meminta nurse padamkan lampu dan bawa torchlight (mungkin istilah lain) lampu color merah, suluh di bawah tapak tangan untuk cari urat, tapi tetap tak jumpa. Dr. Salleh check pula kaki Sofea, Katanya ada urat satu, tapi risau juga nak buat, takut tak berjaya, sakit pulak adik tangan ketak-ketak ni. huhuhuhhuhuhuhu

Kemudian, saya meminta agar Dr. Salleh menunggu mr. papa datang (mr. papa pergi solat), senang sikit dia nak pegang sebab Sofea kuat menggelupur dan menendang. Tak lama lepas tu, mr. papa muncul dan darah berjaya diambil. Ahamdulilah, saya duduk di luar, penakut pun ya, juga. Jadi tak dengar pula suara sofea menangis. Mungkin tak nangis la kot, tanya Mr. papa dia kata ok saja. 

Bila result darah keluar, Dr. Salleh menerangkan kandungan protein (kalau tak silap saya) dalam darah Sofea sedikit tinggi. Tapi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Sofea hanya perlu ambil antibiotik. Neb diteruskan 2 jam sekali. Oh lega sikit, tapi saya kali ini tak adalah panik semacam, sebab dah terbiasa dengan kes macam abang Zarin dulu. Tapi risau tetap ada. 

Maka berkampunglah kami di hospital tersebut. huhuhuhuhuhuhu.. 

Pesan Mama : Risau bila anak-anak tak sihat

Tuesday, October 1, 2013

Demam on-off

Jom sambung pasal demam on off si Sofea ni. Sebenarnya Sofea start demam hari Ahad, Isnin tu dah mula batuk dan bawa jumpa doctor, doctor pun nampak macam serba salah nak bagi ubat. Kemudian dia hanya bagi ubat batuk, memandangkan paracetamol masih ada di rumah. Sebenarnya doctor tak galakkan sangat kami bagi ubat kat baby macam Sofea ni, Tapi kalau dah tak ada choice baru bagi ubat batuk tu, itupun 1 ML sahaja. Saya ada sapukan balm 21st Century perisa strawberry untuk Sofea. Sapu di dada, belakang badan dan juga tapak kaki.

 Sofea pula kejap demam, kejap ok, kejap demam kejap ok. Siang ok, malam demam. Pernah suhu sampai 38.7’C. Memang kami asyik jelum dan lap badan dia dengan towel. Kawal suhu supaya tak tinggi sangat. Risau juga kalau suhu terlampau panas kan.  Tapi nasib baiklah Sofea jenis yang aktif, demam pun tetap aktif, makan dan minum seperti biasa. Hari Rabu, nampak macam Sofea sudah pulih sepenuhnya, sebab memang dia aktif dan main sampai pukul 2 pagi.  Jadi tak adalah nak risau sangat walaupun batuk ada lagi, dan ada sedikit bunyi – wheezing (kahak).




Jadi hari khamis tu, giliran Mr.Papa pula jaga Sofea. Pagi pagi saya whatapps tanya keadaan sofea macam mana pesan itu ini, bla-bla-bla-bla... mungkin juga Mr. Papa dan borink asyik dengan soalan sama saja. Hahahahahahaha..

Tup-tup pukul 12.30 Mr. Papa Call ajak pergi balik klinik. Badan Sofea panas lagi. So saya pun teruslah ikut. Dalam kereta dah bersembang dengan Mr. Papa dan dapat agak yang Sofea akan kena admit. Demam on-off dah lebih tiga hari, ditambah pula dengan wheezing. Sampai klinik, bila jumpa doctor memang dia buat surat untuk refer ke hospital, walaupun ketika itu suhu Sofea 37.4’c. Tapi kahak banyak dan bimbang akan dapat jangkitan kuman. Setelah siap surat, kami pun decide nak pergi hospital yang mana. Akhirnya kami memilih Sime Darby Medical Centre ParkCity. Hospital baru, dan hanya 10 minit dari rumah.

Pesan Mama : Eh macam panjang jugak lagi ni, next entry ajelah. Ok bye! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...