Friday, November 29, 2013

demam!

oh dah lama tak bersiaran. Tuan tanah demam teruk ok! uhuk..uhuk! dah seminggu pun. Hari ini baru datang keje. Yang lain MC. Kong! Kong! Kong! tengok sisa batuk ada lagi, suara pun still macam serak je, macam sopan je, macam control je! 


Ginilah bila jarang sakit. tapi kalau kena sekali memang makan masa nak baik. Serius, sepanjang ada anak, ini demam saya yang paling teruk ok! Apepun bersyukur masih lagi dapat bernafas hari ini. 


Bila dah tak berapa sihat ni, tekak pun susah juga nak menerima makanan. Tapi bila rasa sihat sikit, mulalah nak makan macam-macam. Dan inilah yang saya idamkan, sweet cherries!! nyum..nyum! sedap sangat! 


Oklah, nak sambung keje, banyak keja yang tertangguh sepanjang cuti hari tu. Baru naik keje arini, esok dah sabtu! yahoooooo!!!!!! nak cover balik masa dengan anak-anak, sebelum ni mama asyik melepek ja. 

Pesan mama: Terima kasih pada yang mengambil berat dan yang selalu bertanyakan khabar saya. Sayang korang ketat ketat! 

Monday, November 18, 2013

16 NOVEMBER

16 NOVEMBER 2013. Alhamdulilah genap 6 tahun usia perkahwinan kami.





Ya Allah...
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Amin! 

Tuesday, November 12, 2013

Alahai budak budak zaman sekarang

Baru balik dari majlis konvokesyen Abang Zarin.  Kali ini mama benarkan dia naik bas bersama kawan-kawan. Belajar berdikari sikit sebab memang asyik nak melekat dengan mama je. Tadi sampai nampak je mama terus berhenti makan nak duduk atas riba. Aduiiiila... Anak oh anak! Sementara menunggu gilirannya, sempatlah juga beramah mesra dengan kawan-kawan yang selalu disebut-sebutnya. Dalam duk sembang-sembang tu tiba-tiba ada sorang kawan Zarin ni bertanya, dia lelaki ok! 

Selfie kekdahnya! ibu dan anak

Kawan Zarin : Auntie, apa auntie pakai ni? sambil tunjuk kat mata
MamaZarin : oh, ni auntie pakai eyeliner.
Kawan Zarin : Cantik! apa kat baju auntie ni? sambil kuis-kuis manik kat baju saya
MamaZarin : Ni manik. Memang orang lekat kat baju.
Kawan Zarin : Cantik! Kenapa auntie pakai ni? sambil pegang cincin kat jari saya.
Mama Zarin : oh, ni cincin kahwin auntie.
Kawan Zarin : Kahwin?????? sambil senyum-senyum malu. Mummy kita pakai camni-camni je (sambil gosok-gosok tangan) mungkin losyen kot.

Aduhai, sungguh tak tersangka soalan-soalan kawan zarin ni. Budak 5 tahun ok! budak-budak sekarang memang suka perhati kot eh.

Friday, November 1, 2013

Sudah 31 tahun

29 Oktober 2013, alhamdulilah genap 31 tahun usia saya. Walaupun dah naik lagi setahun usia, tapi mak tetap rasa macam sweet 17. hakhakhakhak.. 

Di hari ulang tahun kelahiran tiada apa yang istimewa, tak sempat nak plan apa apa. tambahan pula saya sibuk dengan seminar yang berlangsung 29-30 Oktober baru-baru ini. 



Cumanya, balik kerja pada 29 Oktober tu, masuk je dalam kereta, mr. Papa dah siap ambil Abang Zarin, Sofea belum. Abang Zarin berkata 

Abang Zarin : Mama, abang ada sesuatu yang ISTIMEWA untuk mama?
Mama: ISTIMEWA??? apa dia bang?
Abang Zarin : RAHSIA!

Tak lama lepas tu dia pun mengeluarkan paper bag ISETAN dan bagi kat mama.

Happy birthday mama! Abang sayang mama. Satu kucupan hinggap dipipi mama.

wow!!! terkejut juga mulanya. Mulalah mama sebak. touching!!! Terima kasih abang, mama pun sayang abang. 




Abang Zarin : Mama bukalah, tadi abang naik ketapi p beli hadiah dengan papa. best!!!
Mama : Kenapa abang beli hadiah kat mama?
Abang Zarin : sebab abang nak suruh mama GEMBIRA. Sebab tu abang, papa, adik beli hadiah kat mama. mama gembira baru mama sayang abang!

Sungguh, rasa terharu sangat. Tq my luv.

Pesan mama : Terima kasih pada kawan-kawan yang wish dan mendoakan saya sempena hari lahir yang ke 31 ni. Sayang korang ketat-ketat! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...