Tuesday, December 31, 2013

penutup tirai 2013 dengan ck

tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan 2013. seterusnya melangkah ke tahun baru dengan azam baru. 

penutup tirai 2013 saya tinggalkan dengan cuti kecemasan (ck) . Nak buat macam mana anakanda sofea demam.  Mula - mula nak suruh Mr. Papa cuti,  tapi  ofismate dia pun dah cuti,  dia yang kena cover,  so semakin bertingket - tingket la cuti cemas Ai.. huhuhuhu

Apepun kesihatan anak perlu diutamakan.  semoga anakanda sofea cepat sembuh.. amin

Tahun baru mesti ada azam barukan? eh saya belum fikir lagi apa azam baru ni.. sempat lagi nak fikir last minute kan.. hahahaha..

Friday, December 27, 2013

cik pea cetum

Terasa cepat masa berlalu, Alhamdulillah sekarang Zea Sofea dah pun 11 bulan.. Dah makin besar semakin banyaklah telatah yang kadang-kadang buat kami gelak,  kadang-kadang geram. Tapi selalunya gelak lah.
Hobi terbarunya sekarang ialah koyak tisu sampai cetum lah mulutnya.  Kalau ikutkan mulut cetumnya itu siap buleh ikat reben.  hehe

cetum cetum ralit

Selalunya dia akan merangkak dan masuk bilik abang zarin. Senyap je,  alih alih dah bersepah tisu. Risau juga kadang kadang dia suka masukkan dalam mulut. 

Biasanya abang Zarin lah yang selalu monitor sofea.  Kalau terdengar dia menjerit

koyak lagi, lagi dan lagi

Ya Allah Adik!  habis sepah bilik Abang. 

Kemudian Abang zarin keluar sambil dukung sofea yang dah nangis sebab dah kacau kekhusyukkannya sepahkan bilik abang.

Mama adik berat macam gergasi!


paling khusyuk ni

heheheheheh.. jangan marah mama! Nanti papa vacum ya

hasilnya, baru sikit
Pesan Mama : Anak-anak yang sentiasa menceriakan hidup kami. Semoga terus membesar dengan sihat sayang!

Thursday, December 26, 2013

Isu curi gambar yang tak sudah sudah!

Tak tahu nak mula dari mana. Tapi itulah hakikatnya bila isu curi gambar tak sudah-sudah. Bukan saya saja yang terkena, tapi rasanya ramai lagi yang terkena. Perasaan???? Macam-macam ada macam pakej Astro. 

Yang nak jadi bertambah marah bila gambar kita digunakan untuk tujuan komersil, kali ini gambar strawberi cheesecake. (boleh rujuk sini). Susah sangat ke hah kamu-kamu wahai penjual nak tempek gambar sendiri? Susah sangat ke? Bancuh sajalah tepung instant yang kamu jual tu, hias dan ambil gambar. Mudahkan? sesimple ABC. 


Baru-baru ini saya dah berPM dengan penjual tepung instant juga, katanya ramai dah guna gambar saya tu untuk produk mereka. Tambahnya lagi, kalau gambar internet sesiapa pun boleh cilok. Ok fine! Pada saya susah nak bercakap dengan orang macam ni. Dahla curi gambar orang, pastu nak cakap dia je yang betul. So bila sembang-sembang akhirnya dia setuju utk kreditkan gambar itu pada saya dan akan bagitau pengedar lain supaya jangan gunakan gambar saya lagi.

Sebenarnya bukanlah nak marah sangat, tapi rasa macam mereka menipu. Menipu sebab gambar yang mereka ambil sebagai contoh untuk jual produk sebenarnya tidak menggunakan produk tersebut. Kita susah payah godek resepi alih-alih orang senang senang je cakap guna tepung instant. 

Dunia oh dunia. Kalau ada modal untuk hasilkan tepung instant, takkan tak ada modal untuk upah photographer ambil gambarkan? pleaselah jangan buat kerja mudah saja! Hargailah peluh ketiak orang lain ok! Susah sangat upah ajelah Ai untuk ambil gambar. Ai tak cas pun, cukuplah dengan bekalkan tepung instant free tu pada Ai. Miahahahahahaha

Pesan Mama : Tq pada kawan-kawan yang sentiasa peka dengan gambar saya. Jasa kalian sangat-sangat dihargai. pssstt: Lagi geram bila orang ambil gambar kita, pastu claim yang tu gambar dia punya. Memang dasar tak tahu malukan??? mmmmmm

Tuesday, December 24, 2013

Two one grill di Jalan Kuang

Entry makan-makan yang dah lama terperam hampir 3 minggu kot. Apa yang dimakan pun dah selamat menjadi baja. Tapi arini baru nak entrykan. Pertama kali kami makan di two one grill di Kuang, berhampiran dengan Tasik Biru. Kalau tak silap restoren ni pernah masuk dalam Jalan-jalan cari makan. 

Sebenarnya tak rancang nak ke sini, lepas beli barang dapur kat Jusco AU,  terus mr. papa cadang ke sini. Pada mulanya rasa macam malaslah nak pergi, macam jauh dari rumah. Lagipun dah hampir jam 9 malam. Bila tengok anak-anak ok, lantas ubah fikiran terus nak pergi. Tapi sebelum pergi singgah rumah kejap untuk simpan ikan sofea dan dalam masa yang sama sofea dah siap buat "kuih" pun.  huhuhuhu

Ai is kurang penyabar orangnya. kejap kejap tanya, kejap kejap tanya mr. papa 

"Jauh lagi ke? jauh lagi ke?"

Mr. papa kata dalam 30 minit. Dan dia juga berkata mama pun dah jadi macam Zarin. Tanya soalan yang sama berulang kali tanpa jemu. hohohohohoho.. Anak beranakakkan? haruslah sama gen. hehehe

Akhirnya sampailah kami kat sini. Tak adalah jauh sangat pun, kejap je rasa. Masa sampai orang pun lebih tahan juga ramai. Dan inilah yang kami order. Ada dua jenis makanan yang tak snap gambar, sebab anak-anak dah mula menunjukkan aksi super duper aktif. 

oren dan tembikai

carrot cake, datang dengan set steak termasuk air. Tapi tak ada dalam gambar airnya. heheheehehehe.. kek ni dah makan nak habis baru ingat nak snap gambar. 

mashed potato, untuk cik pea-

Chicken Chop mama punya tapi abang Zarin yang habiskan. sob-sob

steak, mr. papa punya

Abang Zarin yang super duper aktif suka dapat naik boyan

cik pea aka semek jepun. Langsung taknak duk dalam baby chair. Sebab tengok abang duk lari sana lari sini, main-main. tunggu 'dapat kaki' ye dik! 

Untuk Zarin dia nak ayam, (ayam goreng drummet), 5 ketul setnya, tapi tak makan, Mr. papa yang habiskan. Dan juga burger daging, tapi makan sikit sahaja, Mama yang kena habiskan. Haaaissshlah anak, macam manalah papa mama dan jaga badan kalau macam ni. Pheewwww! 

Keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan makanan dan servis di sini. Harga pun memang berpatutan, iaitu antara RM12 dan ke atas. Sekali sekala nak ubah angin makan western bulehlah ke sini. Memang macam macam menu ada. Persekitaran pun ok. Dak Zarin suka sebab ada boyan (buaian). 

Oklah nak review lebih-lebih tak reti, sebab selera masing-masingkan. Tapi kalau nak mencuba bolehlah terjah ke sini. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari jam 5.30 petang hingga 12.00 malam. 

Pesan mama : Alamat??? oh tatau. Ambil kad dia, tapi dah hilang. huhuhuhuhuhuhu


Wednesday, December 18, 2013

Driver cinonet!

Rasanyakan, semua budak suka dengan stereng kereta. tidak kecuali anak dara saya ni, Sofea. pantang papa turun je, pasti dia akan take over. Suka sangat tengok reaksinya bila pulas stereng. Sekali pandang tak ubah macam bawak kapal titanic. heheheheheheh

eh, mama kita nak ke work mama kan? Betul ke lalu jalan ni?

Haaa, betul dah ni..

Alamak, macam ada abang polis je mama.

takpe, kalau abang polis tahan kita sengeh macam ni!

haaaa, dah sampai. Nah resit. Sila bayar tambang ye mama. 
Pesan mama: Telatah anak anak sentiasa buat diri ini terhibur. Memang terapi yang terbaik! 

Tuesday, December 17, 2013

Satay naik harga lagi??

Terkejut ok bila tengok harga satay station sekarang. Masa first time makan dulu (2-3 tahun lepas kot) hanya RM0.90 secucuk untuk satay ayam. Kemudian naik RM1.10, Selepas itu RM1.20 dan sekarang RM1.60 ok! Macam mahal je, macam terlampau mahal je, memang terlebih mahal je. Huhuhuhuhuhu


Tapi nak buat macam mana, sebab dak Zarin suka satay ni. Nak kata selalu makan tu takla, sekali sekala bila dia teringin. Tapi memang puas hatilah makan satay ni sebab gemuk-gemuk dan kuahnya sangat sedap!


Tapikan, eh ada tapi lagi, Bila dah rasa macam termahal sangat tu mulalah fikir nak cari satay lain yang sedap. Sebab kebanyakan yang dibeli rasanya oklah, taklah sesedap satay station ni. Kalau kawan-kawan pernah jumpa satay yang sedap dan harga berpatutan jangan lupa share ya.

Pesan Mama : Dalam realiti hidup sekarang ni semua benda dah naik hargakan? Nampaknya mama kena cari resepi untuk buat satay sendirila. Hikhikhikhik... 

Monday, December 16, 2013

Big Bad Wolf Books

Big Bad Wolf Books sememangnya dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi peminat bukukan. Kami sekeluarga pun tidak terkecuali dari ke sana. Sebenarnya kami tak merancang nak ke sana. Cuma adalah cakap-cakap pasal BBWB ni kat Mr. papa. Kebetulan anak buah saya pun ada datang, so ajaklah dia sekali. 

Mula-mula ingat nak pergi pukul 1 pagi, tapi saya sakit kepala dan tertidur. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Dalam masa yang sama Mr. papa pun terjaga juga, so kami decide untuk pergi waktu tu. Dalam pukul 5 pagi kami pun sampai di sana. 

Alhamdulilah orang tak ramai dan tak adalah kami terhimpit-himpit dan berebut buku. Paling penting boleh tolak stroller anak-anak. Hihihihihihhii. Parking pun senang. Tak perlulah parking kat luar dan jalan jauh-jauh macam tahun-tahun sebelum ni yang saya pergi. 

Jom lihat suasana pukul 5 pagi di BBWB dan aksi anak-anak serta buku-buku yang dibeli. 

lengang, senang nak pilih buku dan tolak stroller

Abang Zarin punya buku

Sofea yang lena beradu

Buku-buku Abang Zarin

Eh ada novel twilight la.. hehehehe

Yang ni sofea punya. Antara buku yang saya suka. RM15 untuk dua buku ni. Murahkan?

Yang ni pun Sofea punya juga. Murah-murah hingga terasa sayang kalau tak beli

Membaca jambatan ilmu, khatam novel la lepas ni

Aksi my chenta hati

Muka orang tak mandi ke BBWB. muahahahahahaha

Buku-buku di sini ada pelbagai genre, seperti novel, best seller, photography, masakan, novel melayu, kanak-akanak dan sebagainyalah. . Harga pula serendah RM2. Sape yang tak kemaruk weh! Capai-capai dan capai. Abang Zarin pun bukan main lagi, siap minta kotak untuk isi bukunya. Ingatkan tidur, tapi cerah biji mata tengok buku. Cumanya dia tak nak jalan sebab lenguh. 

Melihat telatah orang di BBWB pun best juga, ada yang tolak troli, bawak luggage, dan macam-maca. stroller anak juga tidak terkecuali dari menjadi tempai mengisi buku. Masa tengah que untuk bayar tu, orang dibelakang saya beli buku 5 kotak! 

Sejam setengah di BBWB kami pun pulang. Orang pula dah semakin ramai. Nasihat saya kalau nak pergi BBWB ni, silalah pergi pagi-pagi buta ya :)

Pesan mama: Next time nak pergi lagi, best sangat! Berbaloi-baloi

Monday, December 9, 2013

siang mengantuk malam berjaga

Oh, oh oh. Jadual tidur anak-anak genius kami bertukar sekarang ni. Siang mengantuk malam berjaga! mula-mula ingat sekejap sahaja perubahannya, tapi dah masuk hampir tiga minggu kot! Serius kepala mama agak ting tong bila datang ofis, walaupun kebanyakkannya Mr. Papa yang banyak berjaga. hihihi..
 
 
 
eh, awal lagikan mama? jangan marah yaaa.. senyum cikit macam sofea ni!

Jadual tidur Sofea lebih kurang ginilah, balik dari nursery dalam pukul 8-9 malam akan tidur dan bangun pukul 11-12 malam. Kadang-kadang dalam kereta dah tidur. Bila dia dah terjaga tengah malam tu, dia asyikla bermain dan akan tidur balik antara jam 2-4 pagi.


Main sorang-sorang pun jadi

Bila dah tidur lambat, bangun pun surelah lambat. Sofea bila hantar ke nursery memang tidur, dan akan bangun  antara jam 11-12 tengah hari. Memang saya dah pesan kat cikgu, biar je dia tidur. Bila waktu dah bertukar ni, minum susu pun kurang. Sehari hanya 2 botol sahaja. Makan okey macam biasa.

Ni aktiviti abang, tengok movie!

Itu perangai si adik, dan ini perangai si abang pula. Bila adik tak tidur abang pun raya sakanlah jugak. Kadang-kadang tu geram juga sebab bila mata adik dah layu, si abang datang bilik mama dan main lompat atas katil, kadang-kadang saja nak peluk adik lah, nak main ngan adiklah, dan macam-macam lagi. Bila si abang dah ada, si adik apa lagi, melentik-lentik macam ulat dah seronok nak main ngan abang. phewwwwww!!!! peluh kami laki bini weh!
 
Satu lagi, Zarin tengah-tengah malam memang akan minta makanan. Katanya kalau abang tak makan nanti abang mati. Perut abang dah sakit ni. So kena prepare makananlah. Kadang-kadang order Pizza, KFC, kadang-kadang masak nasi lauk telur pedas atau pun udang pedas.  Macam semalam saya buat mee kungfu. Lepas makan mee kungfu, minum pula hot coklat semug dan roti bakar dua keping.

Seronok main


Tapi syukur alhamdulilah, zarin tidurlah lewat macam mana pun, bangun pagi tetap ok, takde lah nak ngamuk ke nangis ke apa. Cuma mengantuk tu ya lah. Sebab tu masa hantar kat nursery dah bagitau cikgu dia supaya bagi dia tidur dulu kalau mengantuk, sebab tidur lambatkan. Nasib baiklah cikgu-cikgu dia ok.
 
Ada juga yang berkata, jangan ajar anak tidur lambat. Tapi entahlah, bukan kami yang ajar atau latih pun, tetiba sahaja jadual mereka bertukar. Ada juga yang cakap, jangan bagi tidur awal tu. tapi kalau dah mengamuk menangis nak tidur (sofea) memang akan tidur jugalah. Harapnya kejap jelah. Tapi rasanya kalau budak baya sofea memang normal jadual tidur bertukar. Sebab seingat saya dulu Zarin pun gitu juga, malah lagi teruk rasanya.
 
Pesan mama : Anak-anak dan Mr. papa memang ok saja jadual macam manapun. Tapi mama yang kaki tidur ni, memang macam garfieldlah kat ofis. Aduhaiiiiii. anak-anak, kita tidur macam biasa naaaa.

Friday, December 6, 2013

Ben's General Food Store Bangsar Village

Semalam ada urusan di bangsar, kebetulannya ada pulak warehouse sale Himalaya  kat  LRT Bangsar sampai Jumaat. Murah-murah juga, tapi untuk saya rasanya banyak benda yang sale tu dah ada. Jadi saya hanya beli face wash (RM20), ubat batuk (RM8)  dan juga Ayur Slim. eh Ayur Slim hanya RM50 je tau! Untuk sebulan. Murah yang amat! 

Pada kawan-kawan yang pesan shampoo baby tu, tak ada pulak. Insyaallah saya akan cuba ke kiosk himalaya jika berkelapangan. Semalam pun nak singgah Mid Valley, tapi jalan jam terus tak jadi. Sorry ya kawan-kawan.



Bila dah keluar tu, teruslah saya lunch date dengan Mr. Papa. Macam-macam kedai duk fikir nak makan apa, akhirnya kami ke Ben's General Food Store Bangsar Village. Mulanya nak makan fish n co kat pavillion, tapi tersalah jalan. sob-sob. lain kali pulaklah fish n co tu. 

Dan inilah yang kami order. 


Serius ini antara side dish yang wajib saya order jika ke sini. Sedap yang amat ok! Roast potato and string beans. Setiap kali pergi memang saya pasti akan tanya Mr. papa, "macam mana dia buat ek? sedaplah."  Lepastu mulalah terfikir, kalau ada resepi boleh buat sendiri. Macam mudah je, macam senang, tapi macam tatau je" hahahahahahahahaha


Side dish tu pakej dengan beef lagsana ni. Memang sedap sangat. Rasa daging dan cheese membuak-buak dalam mulut. Rasanya kepingan lasagna tu sikit ja. Boleh dikatakan tak terasa langsung. Yang rasa hanya daging dan cheese, oh terbayang dah kesedapannya. Paling penting tak pedas dan sangat sesuai untuk budak-budak seperti Zarin. 


Ini pula Salami Pizza. Simple tapi sedap sangat. Haaaaa sudah semua sedap. Sebelum ni, selera saya mengatakan domino's pizza antara yang tersedap, tapi salami pizza ni lagi sedap ok! hikhikhikhik. Portion dia pun besar, boleh makan 3-4 orang, kalau berperut keciklah. Kalau perut stokin macam kami ni, makan berdua pun licin. hakhakhakhak! 


Mr. papa penggemar tegar kopi. So dia order ni, saya tatau nama apa. Saya hanya minum air masak yang disediakan secara percuma. Bila dah nak habis makan, tetiba terpandang red velvet yang diorder oleh orang meja sebelah. Waaaahhhhh, terus terliur dan nak! nak! Tapi sebab perut memang dah tak boleh masuk makanan dah. Jadi kena tunggu lain kali lah. Insyaallah.  

Mr. papa kata "nanti kalu makan, mulalah cakap, saya buat lagi sedap!" 

hihihihihihihi.. Macam tau tau je Mr. papa ni. Tapi setuju juga katanya, sebab kebanyakan red velvet yang saya makan macam tak sesedap rasa. Resepi yang saya buat lagi sedap kot!" (hok aloh, perasan banget eh mung ni mek ida weh!) 



Sebenarnya kami selalu juga makan kat kedai ni, tapi di Publika. Sebab dekat dengan rumah kan. Jangan tak tahu Zarin kalau ke Publika boleh dikatakan selalu nak makan kat sini. Kalau tanya dia terus cakap nak makan "Ayam isi lembik kat BIG!" (roast chicken).  Kalau kat Publika memang kadang tu kena que, sebab orang ramai. Tapi serius super duper sedap. Harga pun berpatutan. Memang tersangatlah disyorkan. 

Makan berdua dengan Mr. Papa mulalah teringatkan anak-anak. Sob-sob! Apepun Tq Mr. Papa sebab selalu tahu apa yang saya inginkan dan tak pernah letih melayan karenah saya yang macam roller coster ni. hahahhahahaha. 

Pesan mama : Sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Thursday, December 5, 2013

wondermilk publika

Sudah lama tak coret entry makan-makan. Bukan apa sejak beranak dua ni memang susah sangat nak snap gambar makan-makan ni, walaupun boleh dikatakan kami asyik makan dikedai yang makanan dia sedap sedap! 




Kali ini anak-anak agak behave so bolehlah saya snapkan gambar. Sebenarnya Mr. papa yang nak makan sangat kat wondermilk ni. Dia teringin nak makan burger wondermilk. Sayangnya gambar tak snap pulak. Tapi serius memang super duper sedap burgernya dan spagethi juga.  


wondermilk sememangnya terkenal dengan cakes dan cupcakes yang super duper sedap juga. Jadi taksah kalau ke wondermilk tanpa membeli sebarang cupcakes. Saya pun suka juga cupcakes dia. Tapi nak kata sedap sesangat tu tak la. Sebab kadang kadang rasa saya buat lagi sedap! muahahahahahahahahahahaha. Tapi kalau malas nak buat memang di sinilah tempatnya untuk lepaskan keinginan. 


Zarin pula seperti biasa mudah terpikat dengan design cupckaes. "Mama, abang nak yang ni, abang nak yang tu, kita beli semualah. Abang suka. Lama dah abang nak makan yang tu yang ni." 

Mama pula kalau bab makan atau anak teringin memang sentiasa kalah. Apa yang dia nak ok, beli beli beli. Cuma bila dia dah rasa dan  bila keluar ayat macam ni 

"Mama kita tak payah beli la cupcakes ni, abang rasa macam tak nak dah!"

haaaaa, hebatkan anak-anak ai! hikhikhik
Grrrrrrrrr, rasa nak marah pun ada juga, sebab dah beli baru tak nak. Tadi bukan main lagi nak semua. Silap sendiri sebab ikut apa anak nak, pastu sendiri geram. Padahal boleh je bawak balik. Tak ada masalah pun. Kat rumah dia sambung makan lagi. Tapi tetaplah rasa macam grrrrrrrrr!  ^_______^  

sikecik pun bukan main lagi

Dan budak berdua ni pulak, ok saja aritu. Bukan apa seronok main. Terus tertanya sendiri, eh depa ni nak makan ke nak main ja? Terus buat tempat main tu macam rumah sendiri. hikhikhikhik. Anak-anak tak makan sangat mak bapak pulak yang terlebih makan. Muahahahahahaha

Apepun kalau kawan-kawan berminat untuk ke sini memanglah sangat disyorkan. ada pelbagai jenis makanan dan memang mesra anak-anak. Sekali sekala ubah selera pun ok juga. 

Alamatnya:
7A & 8A Level G2, Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, KL
Tel: 03 6211 1092

Wednesday, December 4, 2013

wide shawl pulak dah!

Hihihihihi.. Perempuan dengan tudung memang tak dapat dipisahkan. Kegilaan saya sekarang ialah wide shawl pulak dah! serius sangat selesa memakainya dan boleh tutup dada tanpa perlu berbelit belit sampai terbelit!

wide shawl paisley+ kurung polka dot

Tambahan pula sekarang merata-rata orang jual wide shawl. order online pun boleh, murah-murah dan cantik. Kadang-kadang kat ofis saya ni pun ada jual. Bila harga murah, taklah ralat sangat beli kalau nanti tak pakai dah! : P



Kadang-kadang tu lucu juga bila Mr. Papa bertanya, "Shawl baru ke? Tak pernah nampak pakai pun, bila beli?"

Hehehehehehehehehe.. Mama renyeh je bila Mr. Papa tanya. Kadang kadang soalan dijawab dengan soalan "Cantik tak saya pakai ni?" ^__________________^

Mr. papa saya ni tak banyak kerenah sangat. Cuma dia jenis yang JUJUR. Kalau tak elok memang terus cakap tak elok, takde nak selindung dah. So far dia oklah tudung apa saya nak pakai kecuali tudung bertingket-tingket atau awning. Tapi tudung awning saya selalu pakai bila orang datang rumah je. Tet! 

Pesan mama : Nampaknya kena tambah lagi koleksi wide shawl ni. Oh ya, saya main belasah je pakai warna apapun, matching ke tak matching ke. Walaupun ada yang tegur tudung tak matching dengan baju. Pada saya, asalkan nampak ceria, manis kemas, sejuk mata memandang dan tutup dada serta tak rupa pokok bunga bergerak sudah!  

Tuesday, December 3, 2013

keropok keping keluarga dani

keropok keping memang akan sentiasa ada stok kat rumah saya!  suka makan keropok dengan mee,  bihun dan kadang kadang dengan nasi.  pilihan saya sudah semestinya keropok keping keluarga dani.

keropok keping ini memang sedap,  tak tebal sangat dan tak nipis sangat,  paling penting rasa ikannya!  setiap kali balik Terengganu memang saya akan borong keropok ni. 

Keropok keping juga selalu jadi penyelamat bila orang datang rumah tapi tak tahu nak hidang apa..  hehehehehehe

Monday, December 2, 2013

Menonggeng

Ini merupakan aksi merangkap hobi terbaru Sofea ketika memasuki 10 bulan. Seram setiap kali dia buat aksi macam ni. Mungkin juga salah satu kaedah untuk mengimbangkan badan seterusnya berjalan. Seingat saya dulu, Zarin tak ada pulak buat aksi macam ni. Itulah, lain anak lain ragamnya.

Mengintai apa tu Sofea????

Sekarang Sofea memang suka panjat katil, kerusi, Sofa dan sebagainya. Agak lasak cek mek kita ni. Ada jugalah beberapa kali tergolek. huhuhuhuhu..Apepun semoga Sofea terus membesar dengan sihatnya amin. 

Pesan mama : Terasa cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar Sofea dah pun masuk 10 bulan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...