Monday, December 22, 2014

Keperluan Sekolah

Lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan 2015 akan bermula. Memandangkan tahun depan Zarin dah darjah satu, jadi tumpuan banyak diberikan untuk melengkapkan keperluan sekolahnya. Setakat ini boleh dikatakan 80% dah beli, ada yang kecik-kecik saja lagi. Buku sekolah pun dah beli pagi tadi, urusan van/bas untuk sekolah harian dan sekolah agama pun dah diuruskan. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. 

Sebenarnya banyak benda nak dicoretkan di sini. Famili holiday, birthday, anniversary, makan-makan dan sebagainya masih kekal sebagai draft. Oh mama sangat bz sekarang. Nanti akan update entry, kira sebagai #throwback je la. Mesti dicoretkan, jika tidak pasti terlupa. 




Oh ya, alhamdulillah, Zarin pun dah jadi budak besar aka anak teruna sekarang. Sembahyang dah boleh duk saf depan. Allah permudahkan segala urusan. Kalau rajin saya entrikan pasal berkhatan/bersunat nanti. ahahahahahaha.. Semua nanti-nanti, nanti.

Pesan mama : Cepat sungguh masa berlalu, semoga kita menjadi insan yang lebih baik seiring dengan perubahan waktu.

Thursday, November 27, 2014

Sepi .. krik krik krikkk

Assalamualaikum. 

Hampir dua minggu tidak mencoretkan sesuatu di sini. Memang agak bz kebelakangan ini. Kerja, suami, anak-anak, diri sendiri dan sebagainya. Rasa macam macam ada.  Memang cuba nak aktifkan diri di sini tapi memang tak berkesempatan. Hari ini rasa macam hendak mencoret sesuatu, jadi lahirlah entri yang tidak ada jalan cerita dan hala tuju sebenarnya. ahaksss..



Kawan-kawan semua macam mana? sihat? Kalau ada masa insyaallah akan saya jalan-jalan ke rumah korang ya.

Okla, sampai ke temu lagi.

Pesan mama : Menangis di mata, nampak air matanya, Menangis di hati, tak siapa yang tahu. 

Friday, November 7, 2014

Legoland Water Park

Seharian telah menghabiskan masa di legoland Theme Park, keesokan harinya kami ke Water Park pula. Sebenarnya kami ambil tiket combo 2D1N (Hotel+Theme Park+Water Park). Anak-anak sudah excited nak main air. Saya tak berapa excited sebab panas dering. Maunya sunburn kulitku yang tak berapa nak gebu ni. eheheheheheh.. dahla tak prepare sebarang sunblock.   



Sebelum ke waterpark, kami check out dulu. Kalau tak silap checkout kul 11 kot ke 12 lupa dah. Senang, angkut barang semua masuk kereta, Lepas puas main air, tukar baju terus balik KL. 


Sementara tunggu Mr. Papa Check out, sempatla anak-anak main lego kat lobby tu. Serius kat lobby hotel pun anak-anak dah seronok, apatah lagi kalau main kat dalam theme park kan? So kalau ada masa bawalah anak-anak ke legoland. Confirm derang happy! 




Lebih kurang kul 10.30 pagi, kami pun masuk water park. Masa nak masuk Sofea kena bayar RM10, dia bagi pampers khas untuk swimming 2-3 pieces, lupa dah. So kalau yang ada anak kecik tu tak payahlah nak prepare beli pampers utk swimming tu sesiap, kat sana dah ada. Tapi kalau nak prepare sesiap pun ok, terpulanglah. Eh kira tips la ni ye. 



Mula-mula masuk dalam water park ni bukan main excited anak-anak. Ya la, budak-budak suka air kan. Sofea pun sama. tapi tak lama dia happy. Dalam setengah jam lepas tu dia mula moody. Mengantuk agaknya.



Bila dia dah moody tu, saya bawa dia naik pelampung ni. pusing-pusing beberapa kali. Tapi tetaplah meragam dan nangis. Memang menangtuk sesangat kot. Sudahnya, saya hanya main benda alah ni satu je. Mr. papa dan Zarin sempat naik semua benda dalam theme Park ni. Tak sangka berani sungguh Zarin ni. 





Haaa, bukan main lena tuan puteri beradu. Hikhikhik. Nasib baik ada khemah kat situ. Ada yang boleh sewa satu (cavana) kot nama dia, atau duduk je bawah khemah yang umum tu. Memandangkan orang tak ramai, (tak de orang pun bawah khemah ni), saya sorang sahaja, jadi saya tak sewa pun. Tunggulah Mr. papa dan Zarin main sampai letih. 




Saya pun dah jaga Sofea tidur, tak adalah naik atas-atas yang tinggi tempat derang main tu. Ada macam-macam sebenarnya. Gambar pun tak de snap. 

Ohya, jangan risau, kat sini ada perkhidamtan sewa locker, sewa towel, juga ada jual baju mandi kalau tak bawa. Tempat makan pun ada, bilik persalinan pun ada. Tak perlu risau. Kami duduk dalam waterpark ni dalam 2 jam sahaja. Letih kot, dengan panas yang amat. Bila main air confirmla cepat lapar. Lebih kurang pukul 1 tengah hari kami pun keluar dan bersiap untuk balik KL. Oh ya, sempat juga kami singgah kat hello kity town (seronok juga) , JPO (murah juga barangan kat sini) dan Melaka (makan yang tau foo). Tapi malas dah nak buat entry pasai tu. ehehehehehehehe.


Pandangan peribadi saya, kalau setakat nak pergi water park 2-3 jam dah cukup kot. Tapi terpulang pada masing-masinglah ya :)

Good bye Legoland, till meet again! 

Oh ya, insyaallah nanti saya kongsikan tips-tip (do and dont) untuk ke USS dan legoland ya. ada ke yang nak tahu??

Pesan mama : Tengah riki-riki tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak jalan-jalan lagi ni. Untuk sekarang memang nak cari tempat yang boleh buat anak-anak seronok je. Untuk mak pak, tunggu dulu ya :P

Tuesday, November 4, 2014

Hotel Legoland Best!

Sambungan daripada entri legoland yang dah lama terperam. kisah-kisah tentang legoland sebelum ni boleh baca di link bawah ni ya


Jam hampir pukul 6.30 petang, setelah anak-anak dah puas bermain dan puas bershoping lego dan segala macam barangan lego, akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu merehatkan diri. Oh, memang anak-anak super duper excited nak tidur di Hotel Legoland ni. Bukan anak-anak je, mak bapak pun sama. ahahahahaha.. anak seronok, mak pak super duper seronok, tak gitu? 

Semasa menempah, kami memilih bilik kingdom ni. Haaaa, dak Zarin memang seronok habis. Semua tempat lego kan. Siap cakap lagi, mama bilik abang nanti abang nak bilik lego macam ni. aaaaaaa, pitammmm! 

Jom tengok beberapa gambar bilik kingdom ni. 















Alhamdulilah, segala kemudahan ada dalam ni. Samalah macam hotel memana pun. Cuma yang bestnya siap ada 1 box lego untuk anak-anak main. Sabun pun bentuk lego. ihiksss.. Pandai derang nak pancing anak-anak kan. 

Setelah puas berehat malamnya, oh anak-anak memang tidur lena sangat. Letih agaknya, sebab sebelum ni kami ke USS, pastu singgah pulak ke Legoland. Paginya kami terus breakfast di situ. Alhamdulilah, memang banyak sangat pilihan makanannya. Dan sedap-sedap juga. 








Haaaa, cuma masa breakfast tak boleh nak fokus sangat makannya, sebab dak Zarin dan Sofea ni, asyikla nak main lego di sekitar lobby hotel tu. Grrrrr... Dan alhamdulilah, cuaca hari itu sangat baik dan kami akan terjah waterpark pulak! Yeaaaaaaaa!!!

Pesan Mama : Dak zarin ni dah berzikir nak ajak ke legoland lagi. hahahahahahahaha.. Tunggu ya nak, ada rezeki kita pergi :)

Friday, October 24, 2014

Jeruk mangga asam boi

Sekarang tengah viral sungguh jeruk mangga asam boi ni. Saya pun tak lepaskan peluang nak mencuba. padahal bukan peminat jeruk pun. Nak buatnya pun semudah ABC sahaja. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma nak cari buah mangga muda tu la yang sukar sikit. Satu lagi asam boi tu. Majoriti kat kedai habis. Mungkin semua orang tengah buat kot. 


mangga, gula, garam, cili dan asam boi.. diadun sebati. ummmph!


Ramai yang tanya rasanya macam mana???

Pada saya rasanya sangat sedap! Tak ada rasa asid yang kuat dan menyucuk hidung tu. Emmmm..tetiba kecur liur. Rasanya pun just nice, masam manis masin pedas. Secukup rasalah kiranya.

Pesan mama : ramai yang kata boleh juga tukar buah mangga muda ni dengan betik, jambu batu, kedondong dan juga epal hijau. Urmmm, nantilah nak try buah buah ni pulak! 


Monday, October 20, 2014

Riadah

 Sekali sekala tukar aktiviti. Anak-anak memang seronok. lebih-lebih lagi si Sofea. Suka dia bila dapat naik basikal sama-sama. Kalau tak sebelum ni memang nangislah sebab kena tinggal. So kali ni dah jadi penumpang yang setia.


Senyum memasing :)

Mama pula menjadi pemerhati je lah. Try naik basikal Mr. papa, tapi kaki tak jejak tanah oiiii! Masa naik ok, sebab pegang dindingkan. Nak turun jerit-jerit panggil Mr. papa tolong pegang. Kalau tak sure dah terbalik. Basikal yang tinggi ke daku yang katik??? sob-sob..

Helmet nemo comel.. safety first ya dik! 

Mr. papa kata nanti dia belikan jugalah basikal seketul. Hikhikhik.. Tapi mama taknak basikal macam orang jual sayur tu tau. Nak yang ada gear jugak. Tunggu saleslah, dapat murah sikit..ahaksss

Pesan Mama : Bersukan sihatkan badan! Kena keluarkan peluh,. badan dah naik bagai dipam-pam ni oiii. 

Thursday, October 16, 2014

Tukar nama

Baru-baru ni Zarin berkenalan dengan kawan baru. Dialog dia lebih kurang ginilah

Kawan baru : Nama awak coklat ke?

Zarin : Bukan nama kita Elai Shane.

Kawan baru: Ooo.. ingatkan Coklat. Nama kita Strawberi. (Pastu terus masuk rumah)

Zarin pun datang bagitau saya : Mama, abang bukan color coklatkan? Abang color peach. Kalau papa baru coklat. Kawan baru abang tu kata abang coklat. Abang peachkan mama? Sambil tunjukkan tangan dia. Adik putih. 

Adui.. nak tergelak saya. Marah sungguh dia kalau orang kata dia coklat. kihkihkihkih..

Mama : Yang abang cakap nama Elai Shane tu pasai pa? Elai Shane tu sapa? Sejak bila abang tukar nama? 

Zarin : Elai Shane tu  dalam cerita slugterra. (sambil bercerita pasai slugterra) 

Saya dan mr. papa dah gelak dah masa ni.

Mr. papa : Lepas ni mama, papa panggil abang Elai Shane lah. Hai Elai Shane.

Zarin: (senyum simpul!) sambil jerit. Papaaaaaa!!!!!

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni saya kena bertugas di Putrajaya. kemudian Mr. papa Whatapps ni. 




Ahahahahahaha, Aduhai. Saje je tau. Ingatkan pasai apa la tadi. Nak kena lekuk sungguh Mr. papa ni. 

Pesan mama : Kuat betul pengaruh superhero dengan anak teruna ai ni. huhuhuhuhu 

Thursday, October 9, 2014

Boat Noodle Publika

Boleh dikatakan 2-3 sekali sebulan kami akan dating. Haaaa, bukan dating apepun, just makan-makan berdua. Haaa, quality time la sangat walaupun setiap masa duk sebut pasal anak-anak jugak. hikhikhihk.. perasan mak-mak ni memang tak boleh buat apa dah. 

Terbaru kami singgah makan di Boat Noodle. Rata-rata kata sedap sangat makanan kat sini. So apalagi, wajiblah terjah, ye dak?



Inilah menu yang ada di boat noodle. Simple sahaja. Dan harganya hanya RM1.90 semangkuk. RM1.90??? murahkan?? biar betul!


Haaaa.. Memang betul pun. sila percaya ok! Dan ini hidangan sampingan yang kami order. Kuih tepung talam/coconut and pandan dessert. Sedap, cukup lemak manis memang secukup rasa. sepasang, dua mangkuk kecil tu RM1.00 


Beralih kepada mee yang berharga RM1.90 ni. Haaaa, memang harganya RM1.90, tapi sesuailah dengan size hidangannya. Dalam dua kali suap dah habis satu mangkuk. Kami order setiap set. Nak rasa semua. 




Disebabkan size hidangannya yang kecil, bagi yang berperut besar macam saya, memang akan repeat order 2-3 empat kali. hahahahahahahahaha..





Saya suka yang clear soup, manakala Mr. papa lebih suka yang creamy soup. Tapi bila dah sampai tak dapat sangat nak bezakan yang mana satu, walaupun pelayan dia ada sebut. So rasa dulu, kemudian beralih tuan. hikhikhik..


Hehehehehe, sekejap je makan dah licin. Hasilnya tersusunlah mangkuk bertingket-tingket ni. Total semua yang dihabiskan ialah 12 mangkuk. Mr. Papa makan 5, saya makan 7. Eh????



Burppppp!!! Alhamdulilah. Kenyang dan memang sangat menepati citarasa kami. Next time nak pergi lagi. Iced coffee dia sedap! Yang best harga yang dikenakan tidak ada langsung segala mala tax. yeaaaa!! i loike!

Pesan Mama : Makan-makan bersama yang tersayang. Semarakkan cintamu. EH???? 

Wednesday, October 8, 2014

BE bertingket-tingket!

eh terkejut bukak nuffnang arini? Biaq betui , BE bertingket-tingket..

Apepun, alhamdulilah rezeki. Tq so much nuffnang dan semua iklan yang tengah run tu. 


Tq juga kengkawan yang rajin singgah dan klik iklan di sini.

Pesan mama : banyak benda nak cerita tapi tak sempat nak bercerita. eh! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...