Wednesday, January 29, 2014

Himalaya baby shampoo tak ada stok!

Serius saya rasa bersalah sangat, bila saya ada berjanji dengan beberapa kawan-kawan untuk tolong belikan Himalaya baby Shampoo untuk mereka, tetapi sampai ke hari ini saya masih belum dapat membelinya. Saya telah ke outlet di OU, KLCC, dan juga Midvalley serta pergi ke warehouse sale yang sering diadakan di Bangsar tu, tetapi tetaplah tak ada stok shampoo untuk baby ni.Kiosk lain saya tak pasti. Saya pun dah tanya promoter kat situ, bila akan ada stok, malangnya mereka pun tak dapat pastikan bila.  Sungguh rasa bersalah sangat bila buat orang ternanti-nanti. 


Dalam pada itu, mereka turut memperkenalkan atau nama lain, mempromote atau mengesyorkan saya untuk mencuba gentle baby bath ni, produk baru di Himalaya untuk baby. Katanya boleh juga guna untuk rambut (shampoo). Tapi saya tak beli dan tak pernah cuba lagi, jadi tak berani nak syorkan ke apa.  Cuma baunya juga sangat wangi dan seakan-akan dengan baby Johnson.


Jadi, harap kawan-kawan yang order shampoo dapat bersabar dan jika ada stok saya akan belikan. Namun begitu, kalau ada kawan-kawan yang ingin mencuba gentle baby bath ni, tetapi sukar untuk mendapatkannya bolehlah maklumkan pada saya. Insya-Allah saya akan belikan.

Pesan mama : Nanti kalau saya dah cuba saya kasi review ya :)

3 comments:

  1. ida..yezza..betul..dah cari kat klcc n wangsa walk..habis je..last2 try baby oil..ok gak..bila la rambut nayli nak lebat ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Kak ida,
    Akak lah orang yg buat saya try himalaya product hihii
    Skrg baru try shampoo, maybe next product pulak lepas ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. hari tu tgk kat farmasi sogo ada baby shampoo ni.. ermm..mcm best aje produk baru ni! nanti nak cuba lah! nanti wasup deh!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...