Tuesday, January 7, 2014

Lupa

Lupa! Lupa! Lupa! Memang itulah situasi diri saya sekarang. Kadang-kadang baru sahaja bersembang dengan mr. papa pasal sesuatu topik. Bila ditanya mesti saya jawab entah, tak tahu. Awak ada cerita kat saya ke? Haaaaaa, tapi kadang-kadang guna ayat untuk cover. 

"Biasalah, dah beranak dua ni, banyak urat putuih masa besalin dulu. tu yang asyik lupa!" ^_^

Semalam saya terlupa bawak beg pump ni. Dalam kereta baru perasan. Last-last minta tolong Mr. Papa balik ambil dan hantarkan. hehehehehehehehehe. Tq mr. papa.


Beg pump ni saya tinggal di ofis. Hujung minggu baru bawa balik. Almaklum sajalah, hari Isnin, dengan kalut anak-anak lagi hingga tak tercapai beg comel merah ni. Jika dulu saya jadual pam saya 3 kali sepanjang di ofis, sekarang saya hanya pam dua kali sahaja. Pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang. 


Dan inilah hasilnya setiap sesi. Alhamdulilah, walaupun tak semeriah dulu, yang penting cukup untuk Sofea. sekarang pun Sofea dah kurang menyusu, hanya 2 botol di nursery, tetapi kuat makan. Nampak gayanya stok EBM yang dah lama tu akan saya lupuskan tidak lama lagi, dengan gantikan yang baru. Rasanya dalam 50 botol ke atas. sob-sob. 

Pesan Mama : Sentiasa berdoa semoga allah murahkan rezeki untuk anak-anak, Amin. 

6 comments:

  1. Alhamdulillah.banyak susu nya.xsbr nk susukan anak kedua nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Rara.. eh, bila duenya?

      Delete
  2. beb...susu aku dah kurang..apa tah lagi stok aku... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke beb. Takpe, biasanya mmg susu ni ada turun naik. Jgn fikir sangat. yang penting mkn mknn seimbang, minum banyak air dan nyusu seperti biasa. Paling penting berdoa semoga Allah murahkan rezeki utk shakirah :)

      Delete
  3. Biasalah tu. Saya pon dah jadi makin pelupa bila dah banyak anak nih. Pernah bawa pump, tapi corongnya kat umah, acaner nak pam.

    Alhamdulillah...masih meriah hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Fiza. Saya pun bnyk kali juga jadi mcm tu. Cooler bag pun pernah teringgal tau.

      Alhamdulilah, rezeki anak-anak

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...