Tuesday, January 28, 2014

Lupus EBM lagi

Bila sofea dan menginjak ke usia satu tahun, maka sudah pastinya Sofea pun sudah setahun menikmati susu ibu. Alhamdulillah, rezeki anak. Bila bercakap pasal susu ibu, saya pasti sedih bila terpaksa lupuskan EBM lagi. Yang ini entah kali ke berapa, mungkin 4-5 kot. Sebelum ni, ada juga yang dah dilupuskan, tapi tak banyak. Kali ini memang banyak. Sedih, tapi dah tak ada tempat untuk nak simpan EBM ni


tinggal kenangan 

98 bekas dadih x 4oz = 392 oz
4 pek liner x 4 oz = 16 oz
So total EBM yang telah dilupuskan ialah = 408 oz

Apepun saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk Sofea. Harap sangat semoga saya mampu menyusukan Sofea selama dua tahun atau lebih. Insya-allah. 

Pesan mama : Terima kasih pada kak diey, kerana benarkan saya untuk tumpangkan EBM dalam deep freezernya. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan akak :)

Oh ya, sebenarnya saya tak ada apa-apa rahsia atau amalkan apa-apa makanan tertentu semasa menyusu. Saya hanya makan makanan seimbang, minum banyak air dan juga mengepam. Kepada yang PM saya di FB bertanya pasal susu ibu insyaallah saya akan membantu setakat yang termampu. Kita sama-sama belajar ya!

6 comments:

  1. sayangnya kak.. kalo anak perempuan ni tak terminum ker kak.. hehehe anak jue dulu licin..

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii...sayangnya. Banyak tu. Buat mandi susu lah ☺☺

    ReplyDelete
  3. sayang nya...bak sni..hihi..kita tengah kais pagi makan pagi je ni..lagi 2 bulan nak 2 thn..moga kita sama2 Berjaya ye

    ReplyDelete
  4. bestnyaa... xsabar nk bf baby. harap2 dpt rezeki yg cukup nanti!

    ReplyDelete
  5. Alahaii sedihnya nak lupuskan..banyak tu..sob sob sobs..Ida sabar ye..yang penting stok untuk Sofea mencukupi..Amin!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...