Thursday, February 27, 2014

BROS water bottle

Bukan mudah untuk mencari botol air yang sesuai untuk anak-anak. Walaupun terdapat banyak jenis dan design yang kiut miut dipasaran, tetapi pelbagai aspek perlu diambil kira. Macam kami pun agak cerewet juga, saya berkenan Mr. papa tak berkenan. Mmmmmm

Sebenarnya hanya nak cari botol air masak untuk sofea. Sebelum ni guna sippy cup avent, tapi macam Sofea tak berminat sangat. Beli juga MAM, tapi kalau saya suap asyik tersedak saja. Aduiiii..sudahnya hanya bagi minum guna cawan. Tapi itulah, tetap juga nak cari botol yang sesuai. Mula-mula nak beli Thermos, sama macam bekas makanan dia, tapi Mr.papa tak berkenan. mmmmmm... kalau bapaknya dah tak setuju, memang tak boleh kata apadah. Akhirnya kami terjumpa PURE : BROS water bottle ni. 

Alhamdulilah, Sofea suka sangat dan Zarin pun of course la ada juga untuk dia. Tak berebut. Senang bawak pergi sekolah juga. Sebelum ni boleh dikatakan selang dua minggu, atau sebulan sekali beli. Sama ada hilang atau patah atau tak praktikal (susah nak buka-tutup). 


purple (Sofea) - merah (Zarin) 


sedikit info tentang botol ini :

Pure
BROS Pure series, like its name, aspire to make every sip of yours purely refreshing. These contrasting coloured water bottles are ergonomically designs and come with a flip top straw cap. Made from Eastman Tritan copolyester, rest assured that your daily water intake are taken care of in a healthier and jazzier way.
BPA Free – Made from 100% Bisphenol-A (BPA) free material (source)
Memang best sangat botol ini. Anak-anak suka sudah pasti ibu bapa gembira. Sofea memang jenis kuat minum air masak, so kena pastikan air sentiasa ada dalam botolnya. Terdapat pelbagai pilihan warna yang kiut miut untuk dipilih. Dan yang penting BPA Free, ada spare part dan mudah dicuci. Boleh dapatkan di shopping complex yang berdekatan dengan harga RM19.90. Hari tu kami beli ada sale 50%. Hehehehehehehe. 

Pesan Mama : Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Pastikan anak-anak minum air yang mencukupi :)


2 comments:

  1. ha, anak2 kak pun bekal air masak je, dah berbotol2 beli Tupperware..hilang la, lupa letak la...haisy...aduhai....

    kat mana bros ni? sogo ado?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...