Thursday, February 6, 2014

Dapur saya masih berasap

Oh, rasa terharu sangat bila kawan-kawan Pm tanya lama tak nampak gambar air tangan saya, baik di FB atau pun di Dari Dapur Kecah. Sejujurnya dapur saya masih lagi berasap seperti biasa, cuma untuk di Upload di FB, sebolehnya saya minimakan. Bukan apa, kadang-kadang niat kita lain, tapi lain pula tanggapan orang. Paling tak tahan bila ada yang kata "MACAM DIA JE YANG PANDAI MASAK". Sob-sob..

Kalau di Blog pula saya kekangan masa. Bukan mudah untuk tulis resepi. Insya- Allah, saya akan cari masa untuk update balik dapur kecah saya tu. Sebenarnya banyak nak kongsi, tapi tak terkongsi. 

Oklah jomlah cuci mata tengok gambar makanan. Yang simple-simple sahaja

Bubur nasi berlauk

Capati kuah sambal sardin

sambal udang eh ketamlah bertelur (tq cheqna)

sambal cumi-cumi

nasi lemak 

karipap sardin

mentarang rebus serai

sambal telur

cucur udang

Setiap hari saya pasti masak untuk abang Zarin. Menunya yang simple simple sahaja. Kalau bekal ke sekolah, Abang zarin jenis yang bermusim. Contohnya, 2 minggu dia nak bawa bekal ayam goreng ala kfc (drumstik sahaja), seminggu nugget dan fries, seminggu sosej, seminggu roti bakar, minggu ni dan minggu lepas nasi goreng, sampailah dia jemu dan minta menu yang lain pula untuk minggu yang akan datang.

Kalau makan malam pula, pun hampir sama juga. tapi mesti yang pedas (masak merah). Minggu ni dia minta sambal ikan bilis, so memang setiap hari masak sambal ikan bilis simple. hahahahahahahahaha.. Semuanya bergantung pada selera Abang Zarin. Sebab saya dan Mr. papa jarang makan malam, sebab dah kenyang makan di ofis. Kalau abang Zarin makanlah apapun, akhirnya sebelum tidur minta nasik juga. Ayat yang tak boleh tahan 

"Mama, abang lapar, perut abang sakit ni. Nanti abang mati kalau tak makan nasi" 

Pesan Mama : Eh, sekarang saya rasa gas cepat sangat habis. Dulu gas tahan sampai 3 bulan. Sekarang sebulan lebih dah habis. Padahal tak adalah masak sangat-sangat. Dulu lagi meriah masaknya. ermmm... gas bocor ke eh??

6 comments:

  1. tong gas jue dr september 2013 sampai skrg duk guna lagi.. hahh cmner tu kak ida.. heheh setiap beli gas mesti jue tulis kat tong gas tu tarikh dia.. hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. Nasib dah makan sbelum tgk gambar2 ni ☺☺

    ReplyDelete
  3. udang ke ketam tu ??
    terliur wehh

    ReplyDelete
  4. dah kenapa tgk sambil telan air liooo ni?? :D

    ReplyDelete
  5. uhuk, terliuq nya cucur udang tu!

    ha, kak pun perasan gas macam sikit je? mungkin selalu msk kot eh? ;-))

    ReplyDelete
  6. Aduhaii..kecur air liur tengok semua masakan ni..boleh masuk master chef ni Ida..hehe..semua nampak nyummy,,patutla Abg Zarin tak berhenti minta mama masakkan..hehee..Tapi bab gas selalu habis tu,aida pon sama!sebulan lebih dah habis..tapi aida tak pelik sebab setiap pagi dok gigih masakkan bubur Medina..(medina still ber bubur..huhuhu)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...