Thursday, February 20, 2014

Kerabu beronok

Siapa pernah makan kerabu beronok ni? Cepat ngaku. 

Kerabu beronok (beqonoq) merupakan salah satu makanan istimewa yang terdapat di Pulau Langkawi. Jadi kebetulan, bulan satu hari tu kami sekeluarga ke Pulau langkawi (oh, Mr. Papa anak jati Lanmgkawi tau!), jadi alang-lang dah pergi memang wajib carilah kerbau beronok ni. 

Rata-rata ahli keluarga saya kata sedap-sedap dan sedap. Serius saya tak boleh imagine langsung macam mana rupa kerabu beronok ni. jadi apalagi, teruslah menggoogle. Bila dah jumpa, terus terdetik, ooo, macam ni rupanya.. ada iras-iras dengan gamat jugaklah. 

ape rasa kerabu beronok ni????  serius saya tak tau. Sebab saya langsung tak mencubanya. Silap sendiri juga sebab google dulu rupanya, terus jadi tak tertelan.  huhuhuhu (saya cerewet sikit bab makan ni). tapi Mr, papa kata isinya sedikit liat, dan macam bunyi krup krup masa makan. Tapi semua orang kata sedap. Fikiran saya, mungkin kalau di Terengganu nu, rasanya seperi rojak kateh kot. hahahahahahaha...





Oklah, jadi kawan-kawan yang ke Langkawi jangan lupa untuk mencuba kerabu beronok ya. Haaa, ni ada sedikti info tentang beronok.

Beronok  ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LangkawiKedah.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.

Sumber : Wikipedia

Pesan mama : Kalau saya free nanti saya entrikan cerita di langkawi walaupun dah basi. huhuhuhu... banyak benda nak cerita ni. 

10 comments:

  1. eksotik2 ni, patut mama kena try cuba test ni...hahahha, baru lah tau sedap ke tak sedap... ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak diey, saya jadi kembang tekak.. hahahahahahaha.. aduhai sungguh..next time pergi nak tryla.. insyaallah

      Delete
  2. Pernah tgk beronok ni dlm satu program TV..bila dibelah mcm dia keluarkan cecair kalau tak silap...tp tulah kan sis..akk pun dah tgk upa beronok ni....mcm lebih 80% kepada tak mahu try jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. bila kita dah tengok rupa dia awal-awal mmg tak tertelan.. huhuhuhu.. next time kalau bab makanan takmau google dah. hehehe (buleh caya ka?)

      Delete
  3. macam tak tau jek..baik xtau kot apa tu beronok, makanya boleh telan kalau ada org offer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mar, beronok ni dgrnya ada kat langkawi ja. tempat lain tak taula.. tapi majoriti family members kata sedap. cuma saya je yang tak try.

      Delete
  4. tak mkn kerabu sebab ade sayur..huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... beb, beronok panggang ada kot.. psst (rugi tak makan sayur!)

      Delete
  5. uniknyaa...tapi bila la nak pi langkawi tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg unik+eksotik mizz.. free free pergila.. best juga.. mknn pun murah murah.. ambil tambang murah tu.. berbaloilah jugok... tp jgn time cuti sekolah la :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...