Friday, February 21, 2014

Posing sexy

hehehehehehe, tajuk entry bukan main ya. Bukan orang yang posing sexy, tapi si kepak ayam ni. Siap belaga lutut you! hahahahahahaha... Inilah makanan kegemaran anak teruna dua minggu ni. Kalau boleh setiap hari nak kepak ayam. So stok kepak ayam memang selalu ada kat rumah, kalau dia nak just bakar je dalam pemanggang ajaib. Mudahkan??? 

Sexy tak ai????

Teringin nak buat kepak ayam macam kat pasar malam yang color merah tu. Tapi tak tahu macam mana resepinya. Ada yang kata letak pewarna. mmmmmm... Takpelah nak, yang tak color merah ni pun dah sexy dan sedap hingga menjilat jari. Lain kali kalau kita singgah pasar malam kita beli banyak-banyak k! 

Yang kat bawah ni pun bukan main jugak posingnya. Kalau tengok lengan nampak macam Sofea yang lebih besar. Macam nilah ragam anak-anak. Kalau Sofea, apa abang buat banyak yang nak ikut. Abang minum susu dia pun nak juga. Jadi Sorang minum susu sorang minum air masak. Yang penting sama macam abang. Tataulah besar nanti macam mana. 

Pink-biru, seakan sinonim dengan girl -boy! 

Dan si abang ni, cukup lembut dan selalu mengalah dengan adik. Alhamdulilah, dah besarkan abang. Kenalah pandai jaga adik. Mama selalu pesan "Adikkan small, dia tak tahu lagi apa yang dia buat tu, jadi abang kenalah mengalah dan jangan bekasar dengan adik, kena jaga adik elok-elok. Adik beradik kena sayang, Nanti Allah pun sayang!"

Pesan Mama : Selalu nyanyi kat bebudak ni  "Satu itu satu, Allah itu satu, dua itu dua, dua anak mama!" ^_____^

4 comments:

  1. Qebal plak suka drummet ayamas tu.. dia tak boleh sebut ayam.. tobat tak makan.. tp dia sebut satey.. huhuhu dia makan ayam chicken chop tu dia mau makan kak.. kalo ayam goreng yg mama goreng tu tarak mau langsung..

    ReplyDelete
  2. aww!! ;-))

    yup, abng memang akan mengalah...tgk...besar sikit, adik buli abang, aci gitu?! ;-))

    ReplyDelete
  3. Best je lagu tu..hehee..Sofea n Zarin sama dengan Medina n Aqil..peel diorang pon lebih kurang..abang suka mengalah tapi adik (Medina) suke berebut sebab dia tau dia confirm menang..hehe..tapi tang ayam tu memang terliur tengok..sexy habis,,hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...