Thursday, March 20, 2014

Alahan Telur

Baru-baru ini muka Sofea naik ruam di sekitar mulut dan pipi. Mula-mula ingat macam gatal-gatal biasa disebabkan faktor cuaca. Tapi dia tak adalah menggaru sangat. Cumanya sebagai ibu, bila tengok keadaan anak macam tu mula susah hati. 

Kemudian bertambah susah hati bila cikgu di nursery whatapps tanya kenapa dengan muka Sofea, banyak bintik merah. Tak lama lepas tu whatapps lagi kata dah berkurang. Lega sikit. 

Kemudian lagi dia bertanya kot sofea alegik telur? sebab dia ada suapkan lempeng (yang diletak telur). 

Saya pun tak pasti, sebab Sofea tak pernah makan telur lagi. Cuma saya perasan kalau bagi to fu telur dia akan naik merah sekitar mulut dan pipi. Tapi kalau roti dan kuih lain yang ada telur macam ok pula. hmmmmm... pening fikir. Tapi alhamdulilah, hari ni dah ok. Tak ada merah-merah macam ruam dah. 


saya kongsikan sedikit info tentang alahan telur ni. 

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.

Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.

Maklumat lengkap boleh rujuk SINI

Pesan Mama : Buat seketika kena elakkan atau kurangkan Sofea makan makanan yang ada telur. Tunggu besar sikit. sekurang-kurangnya dua tahun kot 

4 comments:

  1. ermmm....skrg pun ku masih lagi tak berani nak bagi diaorg telur bnyk2...tggu la besar skit lagi..

    ReplyDelete
  2. tangan awak ketak ketak la... kita takottttt

    ReplyDelete
  3. Alahaii..siannya Sofea tak boleh makan telur..Nanti dah besar sikit boleh bagi dia rasa lagi telur tu kan Ida..badan dah kuat sikit..Medina pon naik ruam kecik kat muka..maybe sebab cuaca n air tak bersih sangat..kena catu susahnya lah hai..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...